19/10/2026
Tengah rancak semua orang bercakap dan bermain Pickleball sekarang ni, atau ada yang menggelarnya ‘Bola Jeruk’ kerana namanya yang unik! 🎾✨
Tapi, tahukah anda dari mana datangnya sukan ini?
Sebenarnya, Pickleball telah diperkenalkan pada tahun 1965 di Bainbridge Island, Washington, Amerika Syarikat. Permainan ini diasaskan oleh Joel Pritchard, Bill Bell dan Barney McCallum apabila mereka cuba mencipta aktiviti baharu untuk mengisi masa lapang keluarga menggunakan peralatan yang tersedia.
Lebih menarik, nama ‘Pickleball’ dipercayai berasal daripada istilah ‘pickle boat’ dalam sukan mendayung, merujuk kepada gabungan pendayung daripada kumpulan lain. Terdapat juga cerita popular yang mengaitkan nama tersebut dengan anjing keluarga bernama Pickles. Namun, menurut penyelidikan USA Pickleball, anjing itu hanya dilahirkan pada tahun 1968, selepas permainan ini dicipta pada tahun 1965.
Sumber: USA Pickleball – How Pickleball Got Its Name
Apa yang menarik, sukan ni bukan saja seronok, tapi ia tentang bagaimana kita kekal fokus dan ketangkasan. Dalam hidup, kita perlukan minda yang cerdas untuk buat keputusan yang betul. Kalau badan kita sentiasa dijaga dengan baik tanpa gangguan perkara yang merosakkan, barulah kita boleh bertindak dengan pantas dalam apa jua situasi.
Ketenangan dan kegembiraan yang sebenar datang daripada gaya hidup yang aktif. Tak perlu cari 'keseronokan' luar yang membinasakan, cukup sekadar luangkan masa dengan aktiviti yang membina macam ni. Bila badan segar dan otak tajam, barulah kita boleh cipta sejarah peribadi yang hebat macam asal-usul Pickleball ni.
Jadi, bila kali terakhir anda cuba sukan baru untuk 'refresh' minda? Jom kita jadikan hidup sihat sebagai identiti kita!
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.