03/06/2026
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah merupakan Fan Page rasmi Bomba Kedah bertujuan berkongsi maklumat kebombaan dan juga isu semasa.
03/06/2026
03/06/2026
ALOR SETAR, 3 Jun 2026 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) JBPM Negeri Kedah Tahun 2026 telah diadakan pada jam 2.30 petang di Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar.
Majlis penyerahan bendera yang disempurnakan oleh PKPJB Awang Hidzel bin Awang Bujang itu sebagai simbolik pelepasan kontinjen Kedah yang akan membawa cabaran negeri dalam Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Tahun 2026. Majlis turut menjadi pemangkin semangat kepada kontinjen untuk memberikan persembahan terbaik serta mengharumkan nama JBPM Negeri Kedah.
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
29/05/2026
Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026
Semoga sambutan HAWANA tahun 2026 terus menyemarakkan semangat kewartawanan dalam menyampaikan berita yang tepat, telus dan berintegriti kepada masyarakat.
Buat seluruh warga wartawan dan pengamal media di Malaysia, terima kasih atas jasa, pengorbanan dan dedikasi anda dalam menjadi mata, telinga serta suara rakyat.
Semoga terus maju, dihormati dan sukses dalam dunia media yang semakin mencabar.
“Wartawan Berintegriti, Informasi Dipercayai, Malaysia Dihormati.”
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
29/05/2026
Seorang lelaki dipercayai lemas selepas tercampak ke laut ketika cuba menyelamatkan sebuah jet ski yang hanyut berhampiran Pantai Tengah, Langkawi, malam tadi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh JBPM bersama agensi berkaitan dalam keadaan ombak kuat dan angin kencang.
Mangsa berjaya ditemukan pada jam 6 petang hari ini oleh pasukan penyelamat yang membuat rondaan menggunakan jet ski sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.
Semoga pengorbanan dan keikhlasan yang dipupuk membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
25/05/2026
POKOK SENA, 25 Mei – Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.07 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari BBP Pokok Sena dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah jengkaut dihempap runtuhan tanah dan batu kuari sehingga menyebabkan pemandunya tersepit di dalam kabin yang mengalami kerosakan teruk serta dipenuhi tanah.
Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan hidraulik dan peralatan khas bagi membuka ruang akses kepada mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.
Operasi dikawal pada jam 2.47 petang dan tamat sepenuhnya lima minit kemudian.
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kedah Kini
21/05/2026
TRAGEDI | Satu letupan gas dipercayai melibatkan tong gas helium di tapak ekspo Dataran Jam Besar, Sungai Petani, meragut nyawa seorang lelaki berusia lingkungan 42 tahun.
21/05/2026
Sebuah bot nelayan terbakar kira-kira 70 peratus dalam kejadian di Jeti LKIM Jalan Penarak, Langkawi malam ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.44 malam sebelum BBP Persiaran Putra bersama bantuan BBP Langkawi dikejarkan ke lokasi.
Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan bot nelayan jenis kayu bernombor pendaftaran KHF1319 yang sedang berada di tambatan jeti.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki serta bantuan buih (foam).
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.15 malam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api di lokasi kejadian.
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kedah Kini
21/05/2026
Seorang maut, dua cedera letupan gas helium di Sungai Petani Kejadian letupan yang dipercayai dari tong gas helium di tapak ekspo berhampiran Dataran Jam Besar, di sini malam ini yang menyebabkan seorang maut, turut mencederakan dua mangsa....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Address
Jalan S**a Menanti
Alor Setar
05200
