Perikatan Nasional Kedah

Perikatan Nasional Kedah

Share

Laman Facebook Rasmi Perikatan Nasional Negeri Kedah Laman Penerangan Perikatan Nasional Negeri Kedah

Perikatan Nasional Untuk Malaysia

Photos from Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar's post 17/04/2026

Kehadiran Pengerusi PN ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU 2026.

Kekuatan parti komponen PN terus diperkukuh dan kemesraan dalam membina ikatan yang padu, membawa kepada keutuhan dalam Perikatan Nasional

11/04/2026

“BELUM MASANYA LAGI” - SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

KUALA KEDAH - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan belum tiba masa untuk mendedahkan intipati pertemuan tiga mata membabitkan pimpinan utama PN yang berlangsung secara tertutup semalam.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, tiada keperluan buat masa ini untuk berkongsi agenda perbincangan tersebut kepada umum.

“Belum masanya lagi,” katanya ringkas.

Pertemuan itu membabitkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dilihat ‘serius’ ketika mengadakan perbincangan bersama Sanusi di khemah khas yang disediakan.

Sementara itu, Mohamed Azmin memaklumkan pertemuan berkenaan antara lain menyentuh tentang perkembangan politik semasa serta langkah-langkah untuk memperkukuhkan PN.

“Semoga ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan perjuangan yang luhur ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Pertemuan singkat namun disifatkan penuh makna itu dipercayai membincangkan perkara-perkara penting melibatkan kepimpinan dan hala tuju PN.

Semoga apa yang disepakati mengukuhkan lagi kesatuan antara PAS dan BERSATU di peringkat negeri mahupun peringkat nasional.

Pertemuan pemimpin utama berkenaan diatur sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan dan BERSATU Kedah yang diadakan meriah di Port Padang Garam, di sini, berikutan kekangan jadual padat ketiga-tiga pemimpin terbabit.

Dalam pada itu, kehadiran lebih 40,000 pengunjung mencerminkan sokongan berterusan rakyat Kedah terhadap BERSATU yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Negeri.

Malah, orang ramai tidak berganjak hadir menikmati pelbagai juadah Hari Raya walaupun hujan lebat melanda kawasan itu bermula kira-kira 9.50 malam.

https://www.kedahonline.com/2026/04/belum-masanya-lagi-sanusi.html

11/04/2026

Alhamdulillah, pagi ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman berkenan menerima menghadap YB Tan Sri Muhyiddin Md Yasin dan saya di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Kami berdua menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan menerima kami menghadap selama hampir 2 jam untuk menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menekuni titah nasihat Tuanku yang sangat memberikan fokus kepada pembangunan yang berteknologi tinggi di Negeri Kedah. Tuanku sangat prihatin dan peduli rakyat Tuanku.

Saya amat teruja tatkala KDYMM Tuanku bertitah mengenai usaha proaktif YB Tan Sri Muhyiddin bersama saya di MITI membawa sejumlah hampir RM70 bilion pelaburan ke Negeri Kedah pada tahun 2022 yang berjaya mencipta peluang-peluang pekerjaan berkualiti untuk anak-anak Kedah.

KDYMM Tuanku Sultan turut bertitah mengenai usaha meningkatkan keterjaminan dan keselamatan makanan yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat.

Dalam majlis menghadap pagi ini, KDYMM Tuanku berkongsi mengenai sejarah lama pentadbiran Kerajaan Kedah yang kaya dengan budaya, warisan dan nilai sebagai asas pembangunan di Negeri Kedah.

YB Tan Sri Haji Muhyiddin Md Yasin dan saya dengan tulus ikhlas merafa’ sembah dan menjunjung kasih di atas titah nasihat KDYMM Tuanku yang akan menjadi pedoman untuk kami terus berkhidmat dan berbakti kepada kepada rakyat Kedah. Ampun Tuanku.

Photos from YB KAK TON's post 11/04/2026

YB KAK TON

11/04/2026
Photos from Azmin Ali's post 11/04/2026
01/04/2026

KENYATAAN MEDIA

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 26 Mac 2026 mengesahkan kebimbangan rakyat bahawa keadaan ekonomi semakin mencabar susulan ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Namun, ia gagal memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan yang jelas, tersusun dan segera untuk menghadapi kemungkinan kegawatan global.

Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada risiko kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi.

Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar bersedia?

Langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat bersifat pentadbiran semata-mata, tanpa menjawab isu asas keterjaminan bekalan tenaga. Rakyat berhak mengetahui tahap sebenar rizab, tempoh ketahanan bekalan, serta pelan kontingensi sekiranya berlaku gangguan besar.

Kenyataan bahawa Malaysia berada dalam keadaan “lebih baik” juga tidak memadai tanpa penjelasan terperinci yang jelas.

Malah, usaha membawa pulang kapal minyak dari Iran menimbulkan persoalan baharu mengenai tahap risiko sebenar terhadap bekalan tenaga negara.

Untuk lebih telus, bolehkah kerajaan menjelaskan berapakah hasil yang diperolehi oleh Petronas dengan kenaikan harga minyak dunia pada masa ini dan berapa banyak yang boleh dikembalikan kepada rakyat dengan cara mengawal kenaikan harga minyak supaya tidak keterlaluan?

Kenyataan kerajaan bahawa 90% rakyat tidak terjejas dengan kenaikan yang keterlaluan ini adalah amat mengelirukan kerana ia pastinya menyebabkan kenaikan kos dalam rantaian bekalan dan peningkatan harga barangan keperluan harian rakyat secara mendadak.

Hakikatnya 100% rakyat terjejas dengan kenaikan harga minyak.

Pendekatan kerajaan yang masih bersifat “sedang difikirkan” amat membimbangkan. Dalam krisis, rakyat memerlukan kepastian, garis masa dan tindakan konkrit bukan sekadar kemungkinan. Kerajaan perlu lebih telus dalam menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara dan strategi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Kelewatan hanya akan meningkatkan ketidakpastian pasaran dan menekan kos sara hidup.

Kerajaan sepatutnya segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis yang bersidang secara harian, melibatkan sektor awam dan swasta, bagi memantau perkembangan global dan menyusun tindak balas yang pantas serta bersepadu seperti yang pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 1997–98, 2008 dan pandemik COVID-19. Pakej rangsangan perlu difikir dan dilaksanakan untuk melindungi sektor sektor kritikal dan pemain industri terutamanya PMKS supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi dapat diminimakan.

Apa yang diperlukan rakyat ialah halatuju ekonomi yang jelas iaitu strategi menangani inflasi, jaminan bekalan makanan dan tenaga, serta perlindungan terhadap pendapatan dan kelangsungan perniagaan tempatan.

Dalam saat genting ini, kepimpinan negara mesti tegas dan jelas. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menghakis keyakinan rakyat dan pasaran terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis ini.

YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN YASSIN
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

27 MAC 2026

01/03/2026

MEDIA STATEMENT

I strongly condemn the US- Israeli military strikes on Iran that violated international laws, which I view as a dangerous act that threatens peace and any future diplomatic efforts in the Middle East. The involvement of United States forces alongside these strikes makes the risk of a wider war even greater.

I call for an immediate cease to all fighting. Both the United States and Iran must choose to continue diplomacy and dialogue.

I am very concerned about the safety of Malaysians in affected areas. Protecting our citizens and ensuring their safety and welfare will be our utmost priority.

The Malaysian government, alongside all our regional and international partners, must continue to pursue effective ways to reduce tensions, promote peace, and protect civilians caught in this conflict.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
President of BERSATU

30/12/2025

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin | 30 Disember 2025

03/10/2025

🌊 HIMPUNAN SUMUD 🌊

Mereka yang pergi membawa makanan dan ubat-ubatan kini ditahan.

Mereka yang ingin mengubat luka rakyat P• dikatakan pengganas!

Inilah waktunya!
Kita himpunkan suara rakyat Malaysia!
Kita satukan jiwa dan doa!

🗓️ 4 Oktober 2025 (Sabtu)
🕒 3 Petang
📍 Hadapan SOGO, Kuala Lumpur

Suara kita adalah senjata buat mereka.
Solidariti kita adalah benteng untuk mereka.

SEMUA DISERU HADIR!

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Alor Setar