Mohd Radzi Md Amin

Directions

Mohd Radzi Md Amin ADUN PEDU

Naib Yang Dipertua PAS Padang Terap

PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI.Assalamualaikum wbth.In Shaa Allah, pihak Tabung Haji akan buka Kaunter Van Be...
04/10/2026

PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI.

Assalamualaikum wbth.

In Shaa Allah, pihak Tabung Haji akan buka Kaunter Van Bergerak di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu seperti butiran berikut:

✍🏼Tarikh: 5.10.2026
✍🏼Hari : ISNIN
✍🏼Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari
✍🏼Tempat: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu, Hadapan SMK Naka, Pekan Naka.

Jom, manfaatkan peluang perkhidmatan yang disediakan pihak Tabung Haji.

- Pembukaan Akaun Baru
- Kemas Kini Maklumat Peribadi
- Simpanan Tunai
- Direct Debit
- Daftar THiJARI
- Daftar TH Khairat

Sila bawa bersama MyKad, Mykid dan Sijil Kelahiran Anak beserta SALINAN bagi melancarkan urusan.

Jom bersama & pakat-pakat maghi dan sebarkan maklumat ini!!!

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

ZIARAH KEMATIAN, WALIMATUL URUS & AQIQAH.Kelmarin Pak Su berkesempatan turun padang menziarahi kematian di Kg Kuala Teka...
03/10/2026

ZIARAH KEMATIAN, WALIMATUL URUS & AQIQAH.

Kelmarin Pak Su berkesempatan turun padang menziarahi kematian di Kg Kuala Tekai, Pedu.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah daripada Pak Su.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima amal kebajikan dan menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Selesai ziarah, Pak Su terus memenuhi beberapa jemputan kenduri - Walimatul Urus di Kg Tanjung Piring, Nami dan Kenduri Aqiqah di Kg Lubuk Merbau, Pedu.

Terima kasih atas jemputan. Seronok dapat bertemu dan beramah mesra dengan tuan rumah serta masyarakat setempat.

Selamat Pengantin Baru!
Semoga berbahagia, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.

Terima kasih semua. In Shaa Allah, selagi ada ruang dan kesempatan, Pak Su cuba penuhi jemputan dan terus bersama rakyat.

Khidmat dengan ikhlas, dekat dengan rakyat.

Ahamdulillah, selesai menunaikan Solat Jumaat, Pak Su berkesempatan memenuhi jemputan kenduri kesyukuran dan tahlil di K...
02/10/2026

Ahamdulillah, selesai menunaikan Solat Jumaat, Pak Su berkesempatan memenuhi jemputan kenduri kesyukuran dan tahlil di Kg Lebai Saman dan Kg Belukar Luas.

Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan, seronok dapat duduk semeja, beramah mesra dan bertanya khabar bersama masyarakat.

Bagi Pak Su, jemputan sebegini bukan sekadar hadir ke majlis, tetapi menjadi ruang untuk terus mendekati, menyantuni dan bersama rakyat.

Semoga majlis diberkati Allah SWT dan segala doa yang dipanjatkan diterima-Nya.
Insya-Allah, Pak Su cuba hadir selagi ada kesempatan.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"



PETANG YANG PENUH MAKNA DI KAMPUNG SUNGAI LONGHari ini, Pak Su berkesempatan turun menyantuni 20 penduduk daripada masya...
01/10/2026

PETANG YANG PENUH MAKNA DI KAMPUNG SUNGAI LONG

Hari ini, Pak Su berkesempatan turun menyantuni 20 penduduk daripada masyarakat Siam di Kampung Sungai Long, Mukim Tekai Kiri melalui sumbangan Beras Sejahtera dan barangan keperluan yang diadakan disini.

Alhamdulillah, dapat bertemu, bertanya khabar dan berkongsi sedikit rezeki bersama masyarakat setempat.

Walaupun tidak seberapa, Pak Su berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan keperluan harian penerima.

Dikesempatan yang sama, Pak Su turut menyerahkan bola kepada pemuda kampung untuk digunakan dalam aktiviti sukan.

Bagi Pak Su, anak muda perlu terus digalakkan untuk aktif bersukan, berkumpul dalam suasana yang sihat dan mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Terima kasih kepada MKK Kampung Sungai Long dan semua yang turut membantu menjayakan usaha ini.

In Shaa Allah, selagi ada ruang dan kesempatan, Pak Su akan terus turun padang, bertemu masyarakat dan mendengar sendiri suara serta keperluan mereka.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

KUNJUNGAN HORMAT AGROBANK CAWANGAN KUALA NERANG.Pagi tadi Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu menerima kunjungan...
30/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT AGROBANK CAWANGAN KUALA NERANG.

Pagi tadi Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Agrobank Cawangan Kuala Nerang, Pn. Jamiah binti Abu Bakar.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan membincangkan peluang kerjasama strategik, khususnya dalam usaha memperkukuh pembangunan komuniti serta akses perkhidmatan kewangan kepada masyarakat.

Pak Su merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian berkunjung serta berkongsi pandangan dan buah fikiran.

Semoga hubungan baik dan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi manfaat dan kesejahteraan masyarakat DUN Pedu.

Khidmat dengan ikhlas, dekat dengan rakyat.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Sebelum ini, Pak Su sempat menziarahi Allahyarham Ramli Bachik di Kg Berdikari, Naka ketika masih sihat, sempat bertanya...
29/09/2026

Sebelum ini, Pak Su sempat menziarahi Allahyarham Ramli Bachik di Kg Berdikari, Naka ketika masih sihat, sempat bertanya khabar, sembang-sembang dan bertemu seperti biasa.

Namun hari ini Pak Su dimaklumkan, Allah SWT telah menjemput Allahyarham kembali ke sisi-Nya.

Begitulah kehidupan, pertemuan yang kita sangka biasa, rupanya menjadi kenangan yang paling bermakna.

Diwakili Pegawai Khas Pak Su, Sdr. Mohamad Talib hadir menziarahi keluarga Allahyarham serta menyampaikan sumbangan dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang sedang berduka.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan beliau bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.


BANTUAN BERAS SEJAHTERA & ZIARAH KASIH DUN PEDU.Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu teruskan lagi usaha menyantuni masya...
28/09/2026

BANTUAN BERAS SEJAHTERA & ZIARAH KASIH DUN PEDU.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu teruskan lagi usaha menyantuni masyarakat melalui Program Bantuan Beras Sejahtera & Ziarah Kasih DUN Pedu yang berlangsung hari ini di kediaman Pengerusi MKK (Majlis Ketua Kampung) Kg Pong Manis, Sdr. Che Pa Yaacob.

Seramai 20 penerima yang terdiri daripada golongan yang telah dikenal pasti menerima sumbangan beras dan barangan keperluan harian.

Penyampaian disempurnakan oleh YB Ustaz Nurul Amin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap bersama Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, Pegawai Khas Kanan YAB Menteri Besar Kedah, yang mewakili Pak Su.

Turut hadir bersama, Pegawai Khas Pak Su, Staff PKWR DUN Pedu serta AJK JPrD Pedu

Selesai penyampaian, rombongan turut meneruskan Ziarah Kasih ke beberapa buah rumah bagi menziarahi keluarga yang kurang bernasib baik serta mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Semoga mereka yang diziarahi, diberi kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti sediakala.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepad...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 100 tahun.

Pemergian seorang tokoh wanita yang telah banyak menabur bakti kepada negara pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Pak Su merakamkan salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan dan jasa baktinya, serta menempatkan roh beliau dalam kalangan para solehah dan hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.



ZIARAH KEMATIAN KAUM SIAM DI KG BARU THAI, NAKA.Pegawai PKWR DUN Pedu, Sdr Mohd Yusof Abdul Rahman mewakili Pak Su turun...
27/09/2026

ZIARAH KEMATIAN KAUM SIAM DI KG BARU THAI, NAKA.

Pegawai PKWR DUN Pedu, Sdr Mohd Yusof Abdul Rahman mewakili Pak Su turun menziarahi dua keluarga yang sedang berduka atas kematian ahli keluarga daripada masyarakat Siam di Kg Baru Thai, Naka.

Takziah kepada seluruh keluarga mendiang, semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.


Address

Kampung Lubok Perong
Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Radzi Md Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share