01/06/2026
MERAIKAN KEGEMBIRAAN, MENYANTUNI KESUSAHAN.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini YB Pak Su bersama isteri berkesempatan menghadiri beberapa majlis walimatulurus di sekitar DUN Pedu, Kuala Nerang dan Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Kehadiran ke majlis-majlis ini bukan sahaja bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin, malah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada keluarga serta masyarakat yang sentiasa menghidupkan budaya silaturahim dan semangat kejiranan.
YB Pak Su mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pasangan mempelai serta ahli keluarga. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga, dipenuhi mawaddah, sakinah dan rahmah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Dalam kesibukan memenuhi jemputan, YB Pak Su turut berkesempatan menziarahi keluarga masyarakat Siam di Kampung Sungai Pisang, Mukim Tekai Kiri yang berduka atas pemergian ahli keluarga mereka.
Ucapan takziah dizahirkan kepada seluruh keluarga, semoga tabah menghadapi saat kehilangan dan mendiang ditempatkan dalam keadaan yang terbaik menurut kepercayaan agamanya.
Kegembiraan rakyat diraikan, kesedihan rakyat turut dikongsi.
Inilah komitmen YB Pak Su dalam mendekati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.
"Bersama Rakyat Dalam Setiap Detik Kehidupan."
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
01/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim Daripada:
Mohd Radzi Md Amin
ADUN Pedu
30/05/2026
๐ 30 Mei 2026/13 Zulhijjah 1447H | Sabtu
Alhamdulillah, hari ini YB Pak Su berkesempatan memenuhi sebanyak 18 jemputan Walimatul Urus di sekitar DUN Pedu yang berlangsung di:
๐ Kg Sireh
๐ Kg Belukar Luas
๐ Kg Baru Naka
๐ Kg Pinang, Pedu
๐ Kg Musa, Pedu
๐ Kg Masjid Lama
๐ Kg Kubang Bemban
๐ Naka
๐ KEDA Bagan
๐ KEDA Bukit KURA
๐ Kg Masjid Baru
๐ Kg Barokhas
๐ Taman Pelangi
๐ Kg Lubuk Perong
๐ Kg Lebai Saman
๐ Kg Tong Pelu, Pedu
๐ Kg Genting Palas
๐ Kg Padang Tok Khamis, Pedu
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tuan rumah atas jemputan yang diberikan. Pak Su amat bersyukur kerana dapat memenuhi hasrat serta bersama-sama meraikan hari bersejarah buat pasangan pengantin dan keluarga masing-masing.
Tahniah dan selamat melayari bahtera rumah tangga kepada semua pasangan pengantin.
Semoga dikurniakan kebahagiaan, keberkatan, kasih sayang yang berkekalan serta zuriat yang soleh dan solehah.
Dalam kesibukan menghadiri majlis kenduri, YB Pak Su turut dimaklumkan mengenai pemergian Allahyarham Abd Rahim bin Haji Hanapiah di Kg Masjid Lama, Naka.
YB Pak Su sempat menziarahi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
30/05/2026
๐ช WARISAN DIPERTAHAN, GENERASI MUDA DIBANGUNKAN! ๐ช
Berita Baik Buat Seluruh Warga DUN Pedu!
Bagi menyemarakkan kembali permainan warisan masyarakat Melayu serta memupuk minat golongan muda terhadap budaya tradisional, YB Pak Su melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Pedu akan menganjurkan Pertandingan Lawan Gasing Tradisional DUN Pedu 2026.
Program ini bukan sekadar pertandingan, malah menjadi medan untuk menghidupkan semula warisan yang semakin dilupakan agar terus kekal subur dan diwarisi oleh generasi akan datang.
๐ช Pendaftaran adalah PERCUMA ๐ฅ๏ธ
๐ช Hadiah-hadiah menarik menanti peserta ๐ต
๐ช Penyertaan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2026 โ๏ธ
๐ช Gasing yang digunakan mestilah buatan sendiri.๐ฅ
Justeru itu, YB Pak Su menyeru seluruh peminat gasing, golongan belia, serta masyarakat setempat untuk bersama-sama memeriahkan program ini demi memastikan khazanah permainan tradisional terus hidup dalam jiwa masyarakat.
๐ Keterangan Lanjut @ Pendaftaran & Pertanyaan, Sila hubungi - Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Pedu:
โ๏ธ 04-785 0308 ๐ฑ 013-946 2811
โจ Mari kita martabatkan warisan, eratkan silaturahim dan bangkitkan semula kegemilangan permainan tradisional di bumi Pedu.
๐ฅ AYUH DAFTAR SEGERA! Warisan Kita, Tanggungjawab Kita. Lokasi & Tarikh Pertandingan akan dimaklumkan Setelah Urusan Pendaftaran Selesai.
Pertandingan Lawan Gasing Tradisional DUN Pedu 2026.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
29/05/2026
Selesai menunaikan Solat Jumaat, YB Pak Su terus ke Hospital Kuala Nerang bagi menziarahi serta menyantuni pesakit yang sedang menerima rawatan.
Dalam kesempatan tersebut, YB Pak Su turut bertanya khabar, memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar semua pesakit dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
Keprihatinan terhadap kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerana bagi YB Pak Su, denyut nadi rakyat harus sentiasa disantuni tanpa mengira waktu dan keadaan.
Semoga ziarah ini menjadi asbab hadirnya kekuatan, ketabahan dan keberkatan buat semua pesakit serta ahli keluarga mereka.
โPemimpin bersama rakyat bukan hanya ketika senang, tetapi turut hadir saat rakyat diuji.โ
28/05/2026
๐๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ก, ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐จ๐ซ๐๐๐ง๐๐ง
Alhamdulillah, pada hari penuh keberkatan ini, YB Pak Su berkesempatan menyantuni majlis ibadah korban di kampung halaman tercinta iaitu di Kg Lubuk Perong bersama masyarakat setempat.
Lebih menyentuh hati, YB Pak Su sendiri turun padang menyempurnakan sembelihan lembu korban sebagai tanda penghayatan terhadap erti pengorbanan dan keikhlasan yang dituntut dalam Islam sempena Aidiladha.
Usai di Kg Lubuk Perong, YB Pak Su terus bergegas ke SRI Al-Khairiah, Barokhas untuk bersama-sama Pemuda PAS Padang Terap menjayakan program ibadah korban dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.
Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid yang sama-sama meluangkan masa menyantuni masyarakat serta bergotong-royong menjayakan ibadah korban.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah, semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat.
โKorban bukan sekadar menyembelih, tetapi mendidik jiwa tentang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.โ
27/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Tahniah dan syabas kepada seluruh penduduk serta para peserta ibadah korban yang telah berjaya melaksanakan tuntutan ibadah korban pada hari ini.
Semoga setiap titisan darah yang menyentuh bumi, setiap pengorbanan, keikhlasan hati dan amal kebajikan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
Hari ini, YB Pak Su bersama penduduk Kg Bendang Tok Teri turut berganding bahu dalam suasana penuh muafakat dan bersemangat bagi menjayakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Inilah semangat sebenar Aidiladha memperkukuhkan ukhuwah, menyemai kasih sayang dan memupuk perpaduan dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS terus subur dalam jiwa kita semua.
โBerkorban Dengan Ikhlas, Bersatu Dalam Ukhuwahโ
26/05/2026
ใ๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐, ๐ ๐จ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐จ ใ
โInnalillahi wa inna ilaihi rajiโunโ
YB Pak Su menerima perkhabaran dukacita pemergian Allahyarham Ariffin Salim, Kg Kuala Tekai, Pedu, seorang anggota RELA yang dikenali banyak menyumbang khidmat kepada masyarakat di kawasan setempat.
Sebelum ini, YB Pak Su juga sempat menziarahi Allahyarham dan mengikuti perkembangan kesihatan beliau.
Pemergian Allahyarham pastinya memberi kesan mendalam kepada keluarga serta penduduk kampung yang mengenali beliau.
YB Pak Su merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah
Dalam kesempatan yang sama selesai ziarah kematian, YB Pak Su juga telah melawat adik Ainul Umaira bt Mohd Nazri Di Kg Tandop Besar yang baru keluar wad kerana pembedahan.
25/05/2026
๐ Salam Aidiladha 1447H ๐
YB Pak Su mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana jua berada, khususnya kepada seluruh rakyat DUN Pedu yang sentiasa dekat di hati.
Aidiladha bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi sebuah madrasah pengorbanan yang mendidik jiwa tentang keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi lambang kekuatan iman serta keyakinan yang tinggi kepada perintah Allah SWT.
Dalam suasana penuh keberkatan ini, marilah kita memperkukuhkan ukhuwah, menyemai semangat membantu antara satu sama lain dan terus memelihara keharmonian masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa rahmat, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah kepada seluruh keluarga di DUN Pedu dan rakyat Malaysia amnya.
โจ Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan akhirat. โจ
Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada: YB Hj Mohd Radzi Md Amin (YB Pak Su Di) ADUN Pedu