08/05/2026
๐๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ถ๐๐ ๐ง๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฒ๐บ๐ถ๐ฎโ
๐ฉธ Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.
๐ฉธ Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit Talasemia.
๐ฉธ Lakukan ujian saringan penyakit Talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran anda.
๐ฉธ Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.
08/05/2026
๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Jom kita aktifkan diri bersama seisi keluarga di hari cuti hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam serta luar rumah kita.
Kami dah sediakan Senarai Semak Digital sebagai panduan dan nak bagi mudah hangpa buat gheja.
๐ Imbas kod QR di gambar atau klik terus link ni:
https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes
โ ๏ธ Beringat na, Demam Denggi ni bukan demam biasa-biasa, boleh bawak maut! Bertindak la ni... jangan buat tak peduli, satgi merana diri.
04/05/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Daftar dan kemaskini maklumat sebagai pengikrar derma organ dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.
Pusat Sumber Transplan Nasional menetapkan hanya pendaftaran pengikrar menerusi MySejahtera sahaja digunapakai secara sah pada masa kini.
Pengikrar yang berjaya mendaftar akan menerima kad ikrar digital.
Ikrar kita mampu memberikan harapan dan semangat baharu kepada pesakit yang sedang berjuang dan menunggu untuk mendapatkan organ dan tisu baharu bagi menyelamatkan nyawa mereka.
SATU IKRAR, SEJUTA HARAPAN
01/05/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja.
Komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara mencerminkan semangat tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan warga kerja petugas kesihatan.
Sumbangan ini amat penting dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan cekap dan berkesan.
Segala jasa dan bakti yang dicurahkan sentiasa dihargai.
Ikhlas daripada
Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab
Ketua Pengarah Kesihatan
01/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐!
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ kepada semua warga kerja, khususnya wira-wira kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan seluruh tenaga kerja di daerah ini.
Dedikasi anda adalah nadi pembangunan negara. Namun, dalam mengejar sasaran dan kerjaya, jangan abaikan aset paling berharga iaitu Kesihatan. Pastikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan (work-life balance) sentiasa terjaga.
Terima kasih atas segala keringat yang dicurahkan. Anda semua adalah inspirasi!
29/04/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐,๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐.
(KES ENGKAR PERINTAH PENUTUPAN PREMIS TIDAK SUCI)
Kes: PKD Kota Setar
Mahkamah: Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah
Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
No. Kes: KA-87-142-01/2025
Pendakwaan:
Pegawai Pendakwa โ KPPKP Tn. Mohamad Haririe bin Roslan
Pegawai Penyiasat โ PPKP En. Najmuddin bin Kamal
Sebuah premis makanan milik ABL di Kuala Kedah telah diarahkan tutup pada 28 April 2025 selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis, khususnya di bahagian dapur, berada pada tahap tidak memuaskan. Beberapa notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, dan perintah penutupan premis turut dikenakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Namun begitu, hasil pemantauan susulan pada 5 Mei 2025 sekitar jam 9.10 malam mendapati premis tersebut beroperasi semula walaupun masih dalam tempoh penutupan serta tanpa kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa. Pemeriksaan lanjut mengesahkan aktiviti perniagaan dijalankan seperti biasa, sekali gus menunjukkan ketidakpatuhan yang jelas terhadap perintah penutupan.
Perbuatan ini merupakan satu pelanggaran serius terhadap perintah penutupan premis tidak suci yang dikuatkuasakan oleh pegawai diberi kuasa. Kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan hukuman denda, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.
Sehubungan itu, pemilik ABL telah diperintahkan hadir ke mahkamah pada 29 April 2026 bagi menghadapi pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000, yang telah dijelaskan sepenuhnya.
Kes ini wajar dijadikan peringatan kepada semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi peraturan kebersihan serta arahan pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna, malah boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang tegas.
Hukuman:
OKS dijatuhi denda RM5,000
Denda telah dijelaskan sepenuhnya.
27/04/2026
IMUNISASI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Pemberian imunisasi merupakan langkah intervensi kesihatan awam yang berkesan dalam menjamin kelangsungan hidup dan kesejahteraan kanak-kanak.
KKM ingin menegaskan bahawa imunisasi adalah tanggungjawab kita bersama. Sehubungan dengan itu, para ibu bapa dan penjaga diseru untuk terus komited dalam memastikan anak-anak menerima dos imunisasi yang lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan yang telah ditetapkan.
27/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Tahukah anda?
Vaksin bukan sekadar suntikan, ia adalah perisai masa depan.
Minggu Imunisasi Sedunia 2026 disambut pada 24 hingga 30 April 2026.
โจ Tema KKM: Vaksin: Perlindungan Kini, Masa Depan dan Sepanjang Usia.
Vaksin membantu membina imuniti kelompok (herd immunity) agar kita dapat hidup dengan lebih tenang dan sihat.
Pastikan jadual imunisasi keluarga kita dikemas kini!
22/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
Bumi bukan warisan nenek moyang, tetapi pinjaman untuk generasi akan datang. Marilah kita bersama-sama memelihara alam sekitar, mengurangkan pencemaran, melindungi biodiversiti dan memastikan kelestarian sumber asli demi masa depan yang lebih hijau, bersih dan mampan.
Setiap tindakan kecil seperti mengurangkan penggunaan plastik, menjimatkan tenaga dan menjaga kebersihan persekitaran mampu memberi impak besar kepada bumi yang kita cintai.
โPlanet kita, tanggungjawab kita.โ
โ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถโ โ๏ธ