Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis

Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis

Share

AKAUN KEDUA FELDA WILAYAH ALOR SETAR

Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 14/05/2026

Khamis - 14 Mei 2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 "𝐒𝐞𝐣𝐚𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐒𝐞𝐭𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧" 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐁𝐚𝐧𝐮𝐫𝐢 𝐀𝐫𝐢𝐬 𝐊𝐞 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐓𝐞𝐥𝐨𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧

Hari ini telah diadakan Majlis "Sejambak Kasih, Setulus Perhargaan" Sempena Lawatan YBhg. Dato' Mohd Banuri Aris ke FELDA Teloi Kanan di Dewan JKKR FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah.

Turut hadir, Isteri beliau, Datin Naziah binti Mohamad, Pn. Rohana binti Abu Bakar, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Alor Setar, En. Shamsul Anuar bin Abdul Rani, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA, En.Fisal bin Abdul Aziz, Ketua Peneroka FELDA Wilayah Alor Setar, Pn. Halijah binti Yusoff, Pengerusi GPW FELDA Wilayah Alor Setar, En. Jamil bin Ishak, Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF), serta badan rancangan FELDA Teloi Kanan.

Majlis ini bertujuan bagi meraikan YBhg. Dato Mohd Banuri Aris setelah kontrak beliau bersama organisasi FELDA tamat. Terima Kasih di atas jasa dan sumbangan YBhg. Dato' Mohd Banuri Aris mantan Timb. Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA kepada FELDA Wilayah Alor Setar khususnya rancangan FELDA Teloi Kanan sebagai rancangan angkat beliau sehingga dinobatkan selaku Juara Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) tahun 2024.

Pengurusan FELDA Wilayah Alor Setar mengucapkan jutaan terima kasih dan jumpa lagi pada masa akan datang.

Jasamu dalam kenangan.

Felda Teloi Kanan



Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 12/05/2026

Selasa - 12 Mei 2026

𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐥𝐨𝐦𝐩𝐨𝐤 (𝐌𝐲𝐅𝐢𝐫𝐞 𝐏𝐥𝐮𝐬) 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐚𝐧𝐠

Petang ini telah diadakan taklimat berkaitan Skim Perlindungan Rumah Peneroka FELDA Berkelompok telah diadakan di Kompleks Komuniti JKKR GPW , FELDA Sungai Tiang, Pendang, Kedah.

En. Ahmad Ikhwan bin Khalid bersama En.Syahmi Anaqi bin Khalid wakil dari KPF Niaga hadir memberikan penerangan secara terperinci berkaitan skim perlindungan ini. Turut hadir, En.Fikri Zaki bin Ismail@Said, Pen. Pengarah Cawangan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA Wilayah Alor Setar.

Skim ini sebagai alternatif pelan perlindungan apabila berlaku bencana khususnya di kawasan rancangan FELDA. Selain itu, inisiatif skim perlindungan ini juga dapat meringankan beban warga peneroka sekiranya ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir, ribut, & kemalangan diri.

Felda Sungai Tiang



Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 12/05/2026

Selasa - 12 Mei 2026

𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐥𝐨𝐦𝐩𝐨𝐤 (𝐌𝐲𝐅𝐢𝐫𝐞 𝐏𝐥𝐮𝐬) 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐋𝐮𝐛𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐛𝐚𝐮

Hari ini taklimat berkaitan Skim Perlindungan Rumah Peneroka FELDA Berkelompok telah diadakan di Dewan Petunas, FELDA Lubuk Merbau, Pendang, Kedah.

En. Ahmad Ikhwan bin Khalid wakil dari KPF Niaga hadir memberikan penerangan secara terperinci berkaitan skim perlindungan ini.

Skim ini sebagai alternatif pelan perlindungan apabila berlaku bencana khususnya di kawasan rancangan FELDA. Selain itu, inisiatif skim perlindungan ini juga dapat meringankan beban warga peneroka sekiranya ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir, ribut, & kemalangan diri.

Komuniti Felda Lubuk Merbau



Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 06/05/2026

Rabu - 6 Mei 2026

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 & 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐩

Hari ini Pengarah Wilayah, Pn. Rohana Abu Bakar bersama pegawai kanan FELDA Wilayah Alor Setar membuat kunjung hormat kepada Pegawai Daerah & Tanah Padang Terap di Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap, Padang Terap, Kedah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap, Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, AMK, BCK, serta pegawai kanan beliau.

Perbincangan bersama turut membincangkan isu-isu berkaitan rancangan FELDA di bawah daerah Padang Terap dan program melibatkan rancangan bersama Pejabat Daerah. Kunjung Hormat ini seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara FELDA Wilayah Alor Setar bersama agensi Pejabat Tanah Padang Terap.

Majlis Daerah Padang Terap



01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja !

Selamat Menyambut Hari Pekerja!

Semoga setiap keringat yang dicurahkan menjadi asas kepada kejayaan yang bermakna. Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan usaha tanpa jemu dalam memacu kemajuan organisasi, masyarakat dan negara.




Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 29/04/2026

Rabu - 29 April 2026

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐭𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 (𝐀𝐀𝐃𝐊) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫

Hari ini Pengarah Wilayah, Pn. Rohana binti Abu Bakar menerima kunjung hormat daripada Pen. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah, Pn. Juzailah binti Omar di Pejabat FELDA Wilayah Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

AADK Kedah bercadang ingin mengadakan Program GEGAR bersama FELDA bertemakan " 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 " Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

FELDA Bukit Tangga telah dipilih sebagai lokasi bagi mengadakan program tersebut.

Objektif utama program yang bakal diadakan ini adalah untuk memperkasakan agenda pendidikan pencegahan dan menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah secara meluas kepada komuniti setempat khasnya kawasan rancangan FELDA .

AADK Kedah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia


Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 22/04/2026

Selasa - 21 April 2026

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐭 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐋𝐮𝐛𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐛𝐚𝐮

Semalam telah diadakan majlis penyerahan bantuan bakul makanan kepada mangsa ribut di Dewan Petunas FELDA Lubuk Merbau, Pendang, Kedah.

Turut hadir, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Alor Setar, Pn. Rohana Abu Bakar, Pemangku Timb. Pengarah, En. Mohd Zharif bin Mohd Mokhtar, Pengurus FELDA Lubuk Merbau, En. Azwadi bin Hassan, pihak JKM (NADMA), En. Nasrul Safarin bin Ahmad Radhi, Penghulu Mukim Tekai, En. Zakaria bin A Karim, FC. FPMSB FELDA Lubuk Merbau, En. Ahmad Affendy bin Kameh, Ketua Peneroka Rancangan, dan Pn. Noorsyamila bt Abu Hassan, Pengerusi GPW Rancangan.

Simbolik sumbangan diserahkan kepada 10 orang mangsa dan terus diedarkan kepada semua mangsa yang terlibat termasuk mangsa kampung berdekatan.

Terima kasih diucapkan kepada tindakan pantas pihak pengurusan rancangan, JKM, APM, ICU, dan sukarelawan yang membantu sejurus kejadian bencana alam pada 13 April yang lepas.


Photos from FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan's post 19/04/2026

Kejadian ribut yang melanda FELDA Lubuk Merbau

Photos from Felda Wilayah Alor Setar - Kedah/Perlis 's post 05/04/2026

Ahad - 5 April 2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡

Hari ini Pengarah Wilayah, Pn. Rohana binti Abu Bakar meluangkan masa bersama kakitangan FELDA, FPMSB, FICIPM Wilayah Alor Setar dalam perhimpunan petugas di Pekarangan FELDA Wilayah Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

Program dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Nasri bin Salahuddin, Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam FELDA Wilayah Alor Setar.

Sesi senamrobik p**a dikelola oleh Cawangan Kewangan, Pengurusan Tanah, & Unit Media FELDA Wilayah Alor Setar.

Seterusnya, Pengarah Wilayah bersama kakitangan melakukan aktiviti FUN WALK di sekitar sawah padi Kampung Gunung Sali berhampiran pejabat FELDA Wilayah Alor Setar bagi mengambil suasana pagi yang segar.



Photos from Waqaf Felda Official's post 04/04/2026

𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐖𝐀𝐐𝐀𝐅 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Perak Off Seberang Jalan Putra Mergong Alor Setar
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00