Buletin KEMAS Kedah

Directions Website Contact the organization

Buletin KEMAS Kedah Kedah Official page is the official account of the Community Development Department (KEMAS) Kedah.

You can find out various announcements, programs and activities conducted by this Department as well as government policies and current affairs.

05/10/2026
05/10/2026
πŒπˆπ…π“π€π‡π”π‹ 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π”ππ”π‘πŠπ€π π‚πˆππ“π€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍Al-Quran sentiasa dekat dengan kehidupan kita. Namun, semakin kita mem...
01/10/2026

πŒπˆπ…π“π€π‡π”π‹ 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π”ππ”π‘πŠπ€π π‚πˆππ“π€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍

Al-Quran sentiasa dekat dengan kehidupan kita. Namun, semakin kita membacanya, semakin kita menyedari bahawa masih banyak ilmu yang boleh dipelajari dan difahami.

Menyedari kepentingan itu, KEMAS Parlimen Merbok telah melancarkan Program Kursus Miftahul Quran bertempat di Masjid Al-Fatimah, Kampung Sungai Pial pada 1 Oktober 2026.

Seramai 41 peserta Kelas Pembangunan Insan DUN Tanjung Dawai mengambil bahagian dalam program yang akan berlangsung selama tiga bulan di Kelas Pembangunan Insan Masjid Al-Fatimah, di bawah kendalian Ustazah Surina binti Ramli.

Tiga bulan ini bukan sekadar tempoh sebuah program, tetapi menjadi ruang untuk peserta menambah ilmu dan memperkemaskan bacaan Al-Quran, bermula dengan memahami hukum tajwid serta pengisian ilmu yang disusun sepanjang kursus.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Puan Habsah Binti Ahmad, Ketua Wanita Bahagian Merbok, menerusi gimik penyampaian papan rehal kepada setiap peserta. Rehal yang diserahkan bukan sekadar sebuah peralatan untuk meletakkan Al-Quran, tetapi menjadi simbolik bermulanya satu perjalanan ilmu yang akan dilalui bersama.

Turut hadir dan menyampaikan kata alu-aluan ialah Encik Azlan Bin Hashim, Penolong Pegawai Kemahiran dan Komuniti KEMAS Parlimen Merbok, manakala taklimat program disampaikan oleh Ustaz Muhammad Jailani Bin Yaacop, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan (Pembangunan Insan), KEMAS Parlimen Sungai Petani.

Pengisian awal turut dimulakan dengan aktiviti menjawab soalan berkaitan hukum tajwid, sebagai langkah pertama dalam memperkukuh kefahaman dan bacaan peserta.

Semoga tiga bulan yang mendatang menjadi sebuah perjalanan yang penuh ilmu dan manfaat. Semoga setiap ayat yang dibaca semakin difahami, setiap ilmu yang dipelajari semakin diamalkan, dan hubungan dengan Al-Quran terus subur dalam kehidupan.

Kerana Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk dikenali, difahami dan dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan.


🌈 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 π”ππ“π”πŠ π€ππ€πŠ-π€ππ€πŠ π€π”π“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆ π“π€ππˆπŠπ€ πŠπ„πŒπ€π’ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡! 🌈Bermula Sesi 2027, se...
01/10/2026

🌈 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 π”ππ“π”πŠ π€ππ€πŠ-π€ππ€πŠ π€π”π“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆ π“π€ππˆπŠπ€ πŠπ„πŒπ€π’ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡! 🌈

Bermula Sesi 2027, sebanyak 12 TABIKA KEMAS Tunas Istimewa (Autisme) akan beroperasi di seluruh Negeri Kedah bagi menyediakan pendidikan serta intervensi awal dalam persekitaran pembelajaran yang inklusif dan kondusif. πŸ’™πŸ§©

πŸ“’ Permohonan kini dibuka!
πŸ“… 1 hingga 16 Oktober 2026
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Terbuka kepada kanak-kanak autisme / mild autisme berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2027.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem KEMAS EduCeria:

🌐 ceria.kemas.gov.my
πŸ“§ Pertanyaan: [email protected]

πŸ“ Senarai 12 TABIKA KEMAS Tunas Istimewa (Autisme) Negeri Kedah adalah seperti yang tertera pada poster.

Ayuh ibu bapa dan penjaga, rebut peluang ini untuk memberikan ruang kepada anak-anak istimewa kita belajar, berkembang dan membina keyakinan diri. ✨

πŸ’™ Setiap anak istimewa, setiap potensi bermakna.
🌟 Pendidikan Awal Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah.


ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“π€ππˆπŠπ€ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ @ πŠπ„πŒπ€π’ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€! Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperl...
01/10/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“π€ππˆπŠπ€ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ @ πŠπ„πŒπ€π’ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€!

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas, khususnya Autisme Tahap 1 (ringan/mild), kini boleh membuat permohonan kemasukan ke TABIKA Tunas Istimewa (Autisme) @ KEMAS bagi Sesi 2027.

πŸ“… π“πžπ¦π©π¨π‘ 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐑𝐨𝐧𝐚𝐧:
𝟏 – πŸπŸ” πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ’» Permohonan secara dalam talian melalui Sistem KEMAS eDuceria:
πŸ‘‰ https://ceria.kemas.gov.my/

✨ Program ini memberi fokus kepada pendidikan dan intervensi awal bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, sosial dan pengurusan kendiri kanak-kanak autisme agar mereka dapat berkembang dengan lebih berdikari.

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Antara syarat utama:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur 5 hingga 6 tahun pada tahun 2027
βœ… Mempunyai kelewatan perkembangan atau diagnosis Autisme Tahap 1 (ringan/mild)
βœ… Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan pengurusan diri
βœ… Bersedia mengikuti pembelajaran di TABIKA Tunas Istimewa @ KEMAS

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan bersama-sama kita bina masa depan anak-anak yang lebih inklusif dan bermakna.

30/09/2026
29/09/2026
29/09/2026

MELAKA: A total of 132 Community Development Department (Kemas) preschools (Tabika) for children with autism will begin operations next January.

29/09/2026

: 132 Tabika KEMAS khusus untuk kanak-kanak autisme ...

Address

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin KEMAS Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Buletin KEMAS Kedah:

Shortcuts

Share