Pusat Sumber Sekolah SK Wan Sulaiman Sidiq

Pusat Sumber Sekolah SK Wan Sulaiman Sidiq

Share

Info berguna dan bermanfaat buat semua

30/03/2025

Salam aidilfitri buat semua umat islam. Kami memohon maaf andai ada salah dan silap, kami juga mendoakan semoga aidilfitri yang mulia ini akan diraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira bersama keluarga tersayang.

Photos from Pusat Sumber Sekolah SK Wan Sulaiman Sidiq's post 24/08/2024

Hai semua,

Jom Sertai Pertandingan bersempena Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Virtual Tours-Wonders of Sabah Parks "From the Land to the Sea" Peringkat Kebangsaan Tahun 2024!

Kuiz Kategori Sekolah Rendah: https://forms.gle/Zx1CdxM1mRa2ARUQ9

Kuiz Kategori Sekolah Menengah: https://forms.gle/HBLfwrZrDoEwpJDg8

Teka Silang Kata [Kategori Orang Awam]: https://forms.gle/2BMYQcYnVoeVhqBE7

Info lanjut layari laman sesawang Renjer Muda Taman-Taman Sabah: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/

Environmental Education Programme Sabah Parks 24/08/2024

Hai semua,

Jom Sertai Pertandingan bersempena Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Virtual Tours-Wonders of Sabah Parks "From the Land to the Sea" Peringkat Kebangsaan Tahun 2024!

Kuiz Kategori Sekolah Rendah: https://forms.gle/Zx1CdxM1mRa2ARUQ9

Kuiz Kategori Sekolah Menengah: https://forms.gle/HBLfwrZrDoEwpJDg8

Teka Silang Kata [Kategori Orang Awam]: https://forms.gle/2BMYQcYnVoeVhqBE7

Info lanjut layari laman sesawang Renjer Muda Taman-Taman Sabah: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/

Environmental Education Programme Sabah Parks Renjer Muda Taman-Taman Sabah

Photos from Koleksi BBMUF - Ustazah Farha's post 04/08/2022

Nota kawad kaki

SEHATI MERDEKA | Lydza Ann ft DG.Hafifi Joe 30/08/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 64
"MALAYSIA PRIHATIN"

SEHATI MERDEKA | Lydza Ann ft DG.Hafifi Joe Sehati MerdekaArtist : Lydza Ann ft DG.Hafifi JoeLagu : DG.Hafifi Joe / Adamie daudlive music : DG Hafifi JoeTalent : ShazleeProduction : BTPN KEDAH

10/03/2021

🕌 ISTILAH ISRAK DAN MIKRAJ 🕌

ISRAK membawa maksud perjalanan Nabi s.a.w di bumi dalam masa yang sangat singkat iaitu sebahagian dari satu malam sahaja dari Masjidil Haram, Makkah ke Masjidil Aqsa, Palestin.

Manakala MIKRAJ p**a ialah perjalanan dari alam dunia ke Sidaratul Muntaha (langit) kemudian kembali semula ke Masjidl Haram, Makkah.

[CERITA] Alif & Sofia | Israk Mikraj 10/03/2021

Mari tonton cerita tentang Israk Mikraj anak-anak 💚💙💜

[CERITA] Alif & Sofia | Israk Mikraj Assalamualaikum semua!Kawan-kawan pernah dengar tentang peristiwa Israk Mikraj? Dalam episod “Israk Mikraj” kali ini, Alif dan Sofia akan menjelaskan tentang...

10/03/2021

🌫 PERISTIWA ISRAK MIKRAJ.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”
“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak p**a melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang s**a menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada p**a perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan s**a menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang s**a memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya p**a seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang s**a mengadu domba dan sangat s**a berdusta.
Ada p**a perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang s**a marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati.

Semoga bermanfaat kepada yang membaca..

Photos from Pusat Sumber Sekolah SK Wan Sulaiman Sidiq's post 24/02/2021

Salam Malaysia Prihatin,
Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Smule Community menganjurkan Pertandingan Nyanyian Bintang Patriotik Smule 2021 secara online melalui aplikasi smule.

Untuk musim ke-2 ini, pertandingan akan berlangsung sebanyak 5 kali berbanding 3 kali pada tahun lepas. Wow! 😍😍😍 Makin ramai boleh turut serta sepanjang tahun yaa. Sambil bosan-bosan, stress laa p**ak tak boleh nak ke mana-mana, jom kita asah bakat menyanyi.

🔶PERINGKAT SARINGAN🔶
Nyanyikan 1 lagu pilihan sahaja & isi borang penyertaan secara atas talian (online)

🔶PERINGKAT AKHIR🔶
10 peserta akan dipilih sebagai finalis. 2 tugasan akhir akan diberikan.
Tugasan 1 : Lagu Patriotik
Tugasan 2 : Lagu mengikut tema/genre pilihan penganjur

🏆HADIAH KEMENANGAN🏆

🥇JUARA : RM700
🥈NAIB JUARA RM500
🥉TEMPAT KETIGA : RM300

🎖PERSEMBAHAN TERBAIK : RM150

Dapatkan informasi lanjut di sini
⬇️⬇️⬇️
http://bit.ly/saringanBPS2021

Berikut adalah link tutorial untuk panduan anda :

👉 Copy Link Persembahan & Mengisi Borang Online
https://youtu.be/jeqUzc49-6M

👉 Tatacara tetapan efek audio
https://www.instagram.com/tv/CImwjrBAiRN/?igshid=1namn0qpz83za

X



Smule Smule Community Bintang Patriotik

22/02/2021





Insyallah kita boleh..

16/02/2021


PELAKSANAAN PKPB MELIBATKAN NEGERI-NEGERI BERIKUT BERKUAT KUASA 19 FEBRUARI HINGGA 4 MAC 2021

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Alor Setar
05150