Polis Kedah

Call Directions Website Contact the organization

Polis Kedah Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Kedah. Hotline : 04-7392 999
Tik Tok : Polis Kedah Official

TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YDH CP Dato’ Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Keda...
08/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YDH CP Dato’ Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2026.

Semoga pengurniaan darjah kebesaran ini menjadi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam memperkukuh keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah serta perkhidmatan kepada PDRM, masyarakat dan negara.

08/10/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Merasa Cukup Dengan Dunia
=====
1. al-Imam Abu al-Layth al-Samarqandi menukilkan kata-kata hukama tentang kelebihan sifat Qanaah iaitu merasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kata beliau:

ثَمَرَةُ الْقَنَاعَةِ الرَّاحَةُ، وَثَمَرَةُ التَّوَاضُعُ الْمَحَبَّةُ

“Buah daripada sifat Qana‘ah itu ialah ketenangan, dan buah daripada sifat tawaduk ialah kasih sayang.”

2. Seolah-olah mereka yang merasa cukup dengan apa yang Allah telah beri kepada mereka akn menjadikan mereka lebih tenang. Mereka tidak meletakkan apa-apa expectation (harapan dan jangkaan) yang tinggi kerana mengharap kepada manusia sering mengecewakan.

3. Kata Abu al-Bahtari:

إذَا مَا كَانَ عِنْدِي قُوتُ يَوْمِي طَرَحْـتُ الهَـمَّ عَنِّـي يا سَعِيدُ

“Apabila aku memiliki bekalan untuk keperluan hari ini, maka aku pun menyingkirkan segala keresahan dan kebimbangan daripada diriku, alangkah bahagianya.”

Semoga Allah membimbing kita.





(JIPS)Kedah

08 hb Oktober 2026M
26 hb Rabiul akhir 1448H

07/10/2026
SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN DAN HARI PSIKOLOGI PERINGKAT PDRM KONTINJEN KEDAH TAHUN 2026ALOR SETAR, 7 Oktober 2...
07/10/2026

SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN DAN HARI PSIKOLOGI PERINGKAT PDRM KONTINJEN KEDAH TAHUN 2026

ALOR SETAR, 7 Oktober 2026 – Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Hari Psikologi Peringkat PDRM Kontinjen Kedah Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Program yang melibatkan seramai 270 orang peserta terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah polis, ketua-ketua jabatan dan ketua polis daerah, pegawai psikologi serta warga kerja PDRM Kontinjen Kedah. Turut hadir ialah YDH Tuan Timbalan Ketua Polis Kedah, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah.

Program dimulakan dengan pengisian Art Therapy: “Art Therapy, Di Sebalik Uniform” yang disampaikan oleh Tuan Haji Norzuzafri bin Zulkifli. Pengisian ini memberi peluang kepada peserta meneroka aspek emosi, pemikiran dan pengalaman diri melalui pendekatan seni secara kreatif dan santai.

Program kemudiannya diteruskan dengan forum bertajuk “Di Sebalik Skrin, Menjaga Kesihatan Mental Dalam Dunia Tanpa Sempadan” yang menampilkan Dr. Idyawati binti Abdul Karim dan Dr. Syamsul Amir bin Abdul Manaf dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah sebagai panel jemputan.

Forum tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental dalam mendepani perkembangan teknologi dan media sosial, selain pengurusan emosi serta cabaran psikologi dalam kehidupan seharian.

Peserta turut disajikan dengan tayangan montaj video yang memaparkan aktiviti serta perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang dilaksanakan khusus untuk warga PDRM Kontinjen Kedah.

Majlis Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh YDH Tuan Timbalan Ketua Polis Kedah, sebagai tanda sokongan serta komitmen pihak pengurusan terhadap aspek kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental warga PDRM.

Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran warga PDRM mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, pengurusan emosi, penjagaan kendiri serta kesejahteraan psikologi dalam kehidupan dan pelaksanaan tugas.

06/10/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Kebaikan Berubah Menjadi Kejahatan
========
1. Dalam al-Quran, Allah mendidik kita agar memohon perlindungan dari syaitan saat ingin melakukan kebaikan. Ini kerana, syaitan berupaya menghiasai kebaikan itu menjadi satu unsur dosa dan sia-sia.

2. Firman Allah:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.” (Surah al-Nahl: 98)

3. Ketika mnghuraikan mengenai ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa biarpun al-Quran itu adalah sumber hidayah, namun, syaitan berupaya mengelirukan manusia sehingga menyebabkan manusia tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Kata beliau:

فيثير أمامه ألوانا من الشكوك فيما يفيد من قراءته، فيفوت عليه الانتفاع بهدى الله وآياته

“Maka syaitan dan memberikan kesan kepada manusia dengan pelbagai warna kekeliruan terhadap apa-apa perkara yang boleh memberikan manfaat kepada manusia sehingga mereka tidak dapat mengambil manfaat daripada hidayah Allah dan bukti-bukti kebesarannya.” (Tafsir al-Wasit)

4. Lebih malang lagi apabila membaca al-Quran itu menjadi satu perkara yang sia-sia apabila dihiasi dengan perasaan riyak dan ingin menunjuk-nunjuk. Syaitan meniupkan rasa bangga diri sehingga manusia tidak sedar amalan mereka berupaya menjadi debu.

5. Bahkan syaitan juga boleh membisikkan api perdebatan melalui kefahaman manusia terhadap al-Quran sehingga manusia tenggelam dalam pergaduhan dan tidak dapat mengambil manfaat daripadanya.

6. Oleh yang demikian, sekalipun al-Quran itu adalah sumber segala kebaikan, Allah tetap mendidik manusia akan memohon perlindungan daripada tipu daya syaitan. Tiada siapa boleh menyangka, kebaikan itu dihiasi oleh syaitan dengan hasutannya sehingga menjadi unsur sia-sia.

Semoga Allah mebimbing kita.





(JIPS)Kedah

07 hb Oktober 2026M
25 hb Rabiul akhir 1448H

06/10/2026

🚨 ORANG HILANG – MOHON BANTUAN ORANG RAMAI 🚨

Abdul Aziz Bin Mohd Hanapiah, 26 tahun dilaporkan hilang dan masih belum ditemui.

📅 Kali terakhir keluar rumah: 4 Oktober 2026
📍 Kawasan: Kulim, Kedah
👤 Tinggi: 171 cm
⚖️ Berat: 87 kg
👕 Kulit sawo matang, rambut pendek kemas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau pernah melihat individu ini, sila hubungi:

📞 Balai Polis Hi-Tech Kulim: 04-403 1222

Mohon bantu SHARE supaya hebahan ini sampai kepada lebih ramai pihak.

🙏 Kerjasama anda amat dihargai.

DIG TERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL PEMIMPIN PERKHIDMATAN AWAMSINTOK, 6 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara,...
06/10/2026

DIG TERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL PEMIMPIN PERKHIDMATAN AWAM

SINTOK, 6 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid, menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Pemimpin Perkhidmatan Awam (AUMNI) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1448H/2026 Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok, Kedah.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, dengan diiringi YBhg. Profesor Dr. Ahmad Marthada Mohamed, Naib Canselor UUM.

Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, komitmen dan sumbangan YDH DIG Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam memperkukuh nilai kepimpinan, integriti serta kecemerlangan perkhidmatan demi kepentingan masyarakat.

PDRM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH DIG Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas penganugerahan tersebut. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa kepimpinan serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan awam dan kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir ke majlis ini adalah YBhg. Datin Sri Selmiah binti Tuan Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan YDH Supt Mohd Radzi bin Abdul Rahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu.

05/10/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Doa Penyembuhan Pesakit
---------////----------


Daripada Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW baginda berkata: Barang siapa yang menziarahi orang sakit yang belum tiba ajalnya kemudian ia membacakan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali: AS ALULLAAHAL 'AZHIIM RABBAL 'ARSYIL 'AZHIIM AN YASYFIYAKA (Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu), nescaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut. (HR Abu Daud No: 2700) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang sangat dituntut dan termasuk dalam hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain.

2. Antara adab orang yang menziarahi pesakit ialah mendoakannya.

3. Barang siapa membacakan doa ini sebanyak 7 kali kepada pesakit yang belum sampai ajalnya, nescaya Allah akan menyembuhkan penyakitnya:

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

(Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu)

4. Doa dan rawatan perubatan tidak bercanggah. Kita boleh membaca doa tujuh kali sambil mendapatkan pemeriksaan doktor dan mengambil ubat yang sesuai.

5. Ziarah orang yang sakit sepatutnya membawa harapan, bukan ketakutan. Elakkan menceritakan kisah penyakit yang menakutkan di hadapan pesakit. Sebaliknya, berikan kata-kata yang menenangkan dan mendoakannya.





(JIPS)Kedah

24 hb Rabiulakhir 1448H
06 hb Oktober 2026M

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium
Alor Setar
05560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Kedah:

Shortcuts

Share