ANAK TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
seusia ini, anak-anak kita tak taw apa itu BAHAYA.
Depa hanya pikiaq nak seqonok, nak buat apa depa s**a, nak cuba macam-macam..
Tapi..
sebagai oghang tua,
Kita kena amek tau anak buat apa, anak p mana, dengan siapa.
Sebab kita tak mau benda-benda tak elok jadi kat depa..
Biaq anak qeyau sekarang, jangan kita yang qeyau kemudian
Kredit video : Owner
Polis Kedah
Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Kedah. Hotline : 04-7392 999
Tik Tok : Polis Kedah Official
13/05/2026
08/05/2026
Khatib sudah diatas mimbar..
Yang sudah cukup syarat tu .
Jom...
07/05/2026
Semasa menjalankan tugas rondaan MPV Cegah Jenayah di kawasan berhampiran SMK TATAR, Koperal Abd Rashid Mahamud bersama L/Kpl Mohammad Nor Hakimi Mamat dan L/Kpl Muhammad Syarif Shafie dari Balai Polis Jitra telah membantu seorang pengguna jalan raya apabila m/karnya mengalami kerosakan enjin selepas meredah air bertakung susulan hujan lebat petang tadi.
Anggota bertugas bertindak pantas menolak kenderaan tersebut ke bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain sentiasa terpelihara.
Tindakan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen warga PDRM dalam membantu masyarakat tanpa mengira situasi, selaras dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
06/05/2026
SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI...
Jangan Jemu Mengucapkan Istighfar
=====
1. Salah satu kelebihan mengucapkan istighfar (memohon ampun dari Allah) ialah seseorang itu akan dijauhkan dari ditimpa azab Allah. Firman Allah:
وَما كانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Surah al-Anfal: 33)
2. Menurut Sheikh al-Tantawi, ayat ini merujuk kepada sekumpulan kaum muslimin yang tidak berkemampuan untuk berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah. Sekalipun mereka berada di Mekah bersama kelompok kaum Musyrikin di sana, istighfar mereka telah mengangkat azab yang boleh dikenakan kepada kaum yang mendustakan Rasul itu.
3. Ayat ini turut mengingatkan kita bagaimana pentingnya istighfar seseorang dalam menjauhkan satu kumpulan dari dikenakan azab. Andai masih ada dalam kalangan mereka yang beristighfar, tindakan tersebut boleh menjauhkan mereka dari kemurkaan Allah.
4. Perhatikan juga bagaimana Allah menurunkan azab kepada kaum yang mendustakan Nabi mereka. Menurut Sheikh Ali Juma’ah, setelah Nabi Nuh meninggalkan kaumnya, mereka ditimpa azab. Begitu juga Nabi Musa dan Nabi Lut keluar meninggalkan kaumnya dan setelah itu mereka ditimpa bencana.
5. Ayat ini seolah-olah menunjukkan pentingnya keberadaan orang-orang yang Soleh dan Musleh, yang mengingatkan manusia kepada kebaikan sehingga mereka beristighfar. Usaha kebaikan atas dasar keimanan ini menjemput redha Allah dan menjauhkan mereka dari kemurkaanNya.
6. Oleh yang demikian, jangan jemu menasihatkan kebaikan dan biasakan diri dengan sentiasa beristighfar kepada Allah. Semoga Allah membimbing kita.
(JIPS)Kedah
07 hb Mei 2026M
19 hb Zulkaedah 1447H
06/05/2026
Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah pagi ini telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar yang terjejas akibat kejadian kebakaran pada 23 April lalu.
Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri bin Syed Ali serta Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Kedah, Supt Hamdan bin Edwin @ Kamarudin.
05/05/2026
SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI...
Awal Pagi Waktu Barakah
-------------/////-----------
Daripada Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka). Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pas**an baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah. (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Awal pagi adalah waktu yang banyak keberkatan dari Allah.
2. Rasulullah mendoakan umatnya keberkatan pada setiap waktu pagi.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
(Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka)
3. Perkataan bukur (بُكُور ) bermaksud awal pagi sehingga terbitnya matahari. Syeikh Abu Usamah Salim dalam syarah Riyad as-Salihin menyatakan: waktu yang terbaik dan berkat. Menghidupkan waktu pagi merupakan sunah Nabi SAW dan amalan orang yang berjaya.
4. Hadis ini menunjukkan bahawa waktu awal pagi adalah waktu penting untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan utama. Elakkan waktu awal pagi dengan kerja yang kurang manfaatnya seperti tidur selepas subuh.
5. Shakhr al-Ghamidi menjadi kaya raya dan banyak harta antaranya kerana ia mengikut sunah Nabi SAW dengan memulakan perniagaan di awal pagi.
6. Waktu sebelum terbitnya matahari umpama waktu rezeki diluluskan manakala apabila terbitnya matahari, waktu rezeki diagih-agihkan.
Rebut dan manfaatkan waktu penuh keberkatan di awal pagi dengan melakukan kerja bermanfaat seperti waktu untuk belajar, waktu untuk bekerja dan memulakan perniagaan. Pekerja Madani Kesuma Bangsa.
(JIPS)Kedah
18 hb Zulkaedah1447H
06 hb Mei 2026M
'GENG ATAN' TUMPAS
OPS VULTURE – Polis Kedah berjaya menumpaskan kumpulan ‘Geng Atan’ yang terlibat dalam kegiatan simbah cat dan membakar kenderaan berkait sindiket ahlong di Sungai Petani. Kes bermula daripada laporan pada 16 April 2026 melibatkan sebuah kenderaan dibakar di hadapan rumah mangsa, dipercayai sebagai ugutan susulan kegagalan membayar pinjaman atas talian.
Hasil operasi bersepadu sejak 26 April 2026, lima suspek tempatan (empat lelaki, seorang perempuan) berumur 31 hingga 43 tahun ditahan. Semua suspek positif dadah, mempunyai rekod jenayah lampau dan berperanan sebagai “striker” yang diupah RM300 hingga RM600 bagi setiap tugasan. Polis turut merampas pelbagai barang kes termasuk petrol, cat, botol kaca, notis ugutan, pakaian, telefon bimbit dan motosikal.
Penahanan ini dipercayai dapat menyelesaikan 11 kes dan siasatan dijalankan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
TANGKAPAN DAN RAMPASAN SENJATA API DI BALING, KEDAH
ALOR SETAR, 5 Mei 2026 – Polis Kedah berjaya merampas dua pucuk pistol, sepucuk pistol tiruan serta dua laras senjata buatan sendiri bersama sejumlah peluru dalam satu serbuan di sebuah premis membaiki kenderaan yang didiami seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun di kawasan Baling, Kedah.
Suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kini direman sehingga 7 Mei 2026 bagi membantu siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
05/05/2026
ALOR SETAR – Lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam satu kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani, kini disiasat dalam kes menanam janin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Gufran di sini pada 2 April lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, janin itu dipercayai kandungan isterinya yang berusia 12 minggu dan gugur selepas suspek memukul mangsa.
Menurutnya, polis telah membawa suspek berusia 43 tahun dan isterinya ke lokasi berkenaan bersama pas**an forensik untuk melakukan penggalian pada Khamis lalu.
“Polis membawa suspek bersama isterinya, iaitu mangsa berusia 39 tahun untuk menunjukkan lokasi janin itu ditanam. Kita bawa pas**an forensik dan gali. Namun, kita menemui seperti tisu kering yang tidak menyerupai janin.
“Kita telah menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk mengesahkan sama ada itu janin ataupun sel manusia. Jika disahkan, kita akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Selasa.
Sumber artikel : Sinar Harian Online
04/05/2026
SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI....
Jadilah Pemberi Bukan Peminta
-------------//////---------
Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.
2. Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.
3. Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.
4. Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.
5. Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.
6. Nabi SAW mencela orang yang s**a meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya:
وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم وَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً
Maksudnya: Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’ Ayat: 70).
7. Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ
Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak (HR. Muslim (no. 1041)
8. Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan, kerja kilang dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain. Pekerja Madani Kesuma Bangsa.
Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.
(JIPS)Kedah
17 hb Zulkaedah1447H
05 hb Mei 2026M
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium
Alor Setar
05560
