18/10/2026
PERUBAHAN KECIL, PETANDA BESAR!
👀 NAMPAK BIASA, TAPI JANGAN BUAT TAK TAHU!
Pernahkah anda melihat perubahan mendadak pada seseorang di sekeliling anda?
Mata sering merah
✅ Badan menggigil tanpa sebab yang jelas
✅ Penampilan diri semakin terabai
✅ Percakapan tidak lancar
✅ Hilang fokus dan koordinasi badan tidak stabil
Perubahan ini mungkin antara petunjuk penyalahgunaan dadah, namun bukan bukti seseorang terlibat dengan dadah kerana ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan lain.
💙 JANGAN CEPAT MENGHUKUM, JANGAN LAMBAT MEMBANTU!
Kadangkala, keprihatinan kita hari ini mampu menyelamatkan masa depan seseorang pada hari esok.
🤝 Ambil tahu bukan bermakna menjaga tepi kain orang, tetapi tanda kita peduli!
🔥 TAK SALAH AMBIL TAHU, RUGI KALAU TERJEBAK!
Ada masalah dadah? Hubungi Talian Hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233, atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.