Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar

Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar

Share

KMBAS

02/04/2026

"HEBAT BERPERSATUAN PERLU SEIRING KERJA HAKIKI" - Dato' Gafar.

30 Mac 2026,
Alor Setar.

Pak Gafar



Photos from Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar's post 01/04/2026

MESYUARAT AGUNG KELAB MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR KALI KE-46

30 Mac 2026, Isnin - Bertempat di Dewan As-Sakinah Tingkat 7, Menara MBAS, telah berlangsung Mesyuarat Agung KMBAS Kali Ke-46. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBAS, YBhg. Dato' Haji Abdul Gafar Bin Yahya, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK. . Hadir sama Tuan Setiausaha En Mohamad Shahuri Bin Mohamad Norlin, AMK., BCK. Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua ahli Kelab MBAS.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kelab MBAS, Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari. Agenda mesyuarat termasuk pengesahan minit Mesyuarat Agung Kelab MBAS bagi Kali Ke-45 yang telah diadakan pada 25 Mac 2025 yang lalu, membincangkan berkenaan perkara berbangkit dari minit Mesyuarat Agung Kali Ke-45, menerima laporan kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2025 dan pembentangan laporan tahunan 2025 oleh pengerusi-pengerusi Biro Kelab.
Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah berupa hamper dan barangan elektrik kepada penama yang bertuah dalam mesyuarat berkenaan. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya.

17/03/2026

πŸ“’ NOTIS MESYUARAT AGUNG KELAB MBAS KALI KE-46 TAHUN 2026 πŸ“’

​Semua ahli Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar (KMBAS) dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46 bagi penggal 2025-2027 yang akan diadakan pada:

β€‹πŸ—“ Tarikh: 30 Mac 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 2.00 Petang – 5.00 Petang
πŸ“ Tempat: Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS

​Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi melancarkan urusan kelab kita. Jumpa di sana!

​

03/02/2026
02/02/2026

SALAM NISFU SYA'BAN 1447H

Malam Nisfu Sya'ban adalah malam pertengahan bulan Sya'ban, iaitu pada malam ke-15.

Di dalam Islam, malam ini dianggap sebagai malam yang dipenuhi dengan keberkatan, di mana rahmat dan keampunan Allah SWT melimpah kepada hamba-hamba-Nya.

Antara amalan yang dianjurkan pada malam ini ialah membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali, berdoa, berzikir, serta memperbanyakkan solat sunat dan istighfar.

Malam ini juga menjadi tanda bahawa Ramadan semakin hampir, memberi peluang kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah dan memohon keberkatan daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.

Pak Gafar





Photos from Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar's post 11/01/2026

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN PERSEKOLAHAN KELAB MBAS

Alor Setar, 24 Disember 2025 –Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Biro Pelajaran Kelab MBAS telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Persekolahan bagi sesi persekolahan Tahun 2026. Majlis tersebut telah berlangsung bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS dan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.

Program murni ini dianjurkan sebagai inisiatif tahunan untuk meringankan beban kewangan kakitangan dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka. Keperihatinan kelab ini mencerminkan semangat kekeluargaan yang erat dalam kalangan warga kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.

Penyerahan sumbangan ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria dan berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan jawatankuasa Kelab MBAS serta kakitangan yang terlibat.

07/01/2026

βœ‚οΈ Promosi Gunting Rambut βœ‚οΈ

*Penampilan kemas, keyakinan bermula sejak hari pertama sekolah ✨*

πŸ“… Hari: Khamis
πŸ“† Tarikh: 8 Januari 2026
⏰ Masa: 2.00 Petang
πŸ“ Lokasi: Rumah Kelab MBAS
πŸ’° Bayaran: RM3 sahaja

Terbuka kepada Ahli Kelab MBAS dan anak-anak ahli kelab.

*Untuk keselesaan, keyakinan dan senyuman anak-anak πŸ’™*

*Jom sama-sama hadir dan manfaatkan promosi istimewa ini ✨*

_Anjuran: Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar (KMBAS)_

28/11/2025

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-22 BANDAR RAYA ALOR SETAR.

Pada tanggal 28 November 2025, maka genaplah 22 tahun Majlis Bandaraya Alor Setar.

Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board" pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 2003 bersamaan 04 Syawal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.

MBAS akan terus komited ke arah memberikan perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan misi kecemerlangan Majlis Bandaraya Alor Setar yang mapan berteraskan organisasi berkualiti, inovatif, responsif dan komited kepada pembangunan lestari untuk mencapai Perbandaran Berdayahuni 2035.





Photos from Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar's post 15/11/2025

Seminar Peperiksaan SPM 2025: Pecutan Akhir
πŸ“… 15 November 2025 | πŸ“ Dewan Mesyuarat UTC Kedah
πŸ‘₯ 45 Peserta

Alhamdulillah, selesai dengan penuh semangat! Seramai 45 orang pelajar menyertai seminar pecutan akhir sebagai persediaan terakhir sebelum menghadapi SPM 2025 yang terdiri dari kalangan Anak-anak kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar Dan juga pelajar-pelajar sekolah disekitar Bandaraya Alor Setar. Program ini dikelolakan oleh Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar menerusi Biro Pelajaran bagi membantu pelajar mendapatkan bimbingan terbaik.

Pelajar dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman:
πŸ“˜ Matematik – Cik Adzlina binti Adnan
πŸ“š Sejarah – Puan Shaliza Ahmad
✍️ Bahasa Melayu – Dr. Abdul Ghani bin Jalil

Sesi padat dengan teknik menjawab, tip penting peperiksaan dan strategi pecutan akhir yang mudah difahami. Peserta sangat fokus dan aktif hingga ke penghujung program.

Semoga ilmu hari ini memberi keyakinan serta lonjakan untuk mereka mencapai keputusan cemerlang.
Kita hampir ke garisan penamat β€” teruskan usaha! πŸš€πŸ“šβœ¨

Photos from Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS's post 14/11/2025
Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Kolam Air
Alor Setar

Opening Hours

Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00