02/06/2026
SELAMAT DATANG PEGAWAI BARU KE PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH
1. Ir Suria Binti Halim
Jurutera Awam Kanan dari CPAB JKR Pulau Pinang
2. En Mohamad Ridzuan Bin Zaikaria
Penolong Jurutera Awam dari ICU Negeri Kedah
27/05/2026
LAWATAN TURUN PADANG PENGARAH KERJA RAYA NEGERI KEDAH KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU S*K
Pengarah JKR Negeri Kedah Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, selaku Pegawai Penguasa Projek telah hadir untuk Lawatan Turun Padang ke tapak Projek Pembinaan Mahkamah Baharu S*k, Kedah pada 25 Mei 2026 (Isnin), jam 2.30 petang. Lawatan berkenaan juga turut hadiri bersama, Ir Ts Dr Jeffryl Azniel Adzar JAPK Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN) Negeri Kedah selaku WPP Utama serta Pegawai Tapak Bina (PTB) projek. Lawatan bertujuan bagi meninjau kemajuan semasa projek Pembinaan Mahkamah Baharu S*k.
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.
27/05/2026
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025
Seluruh warga PPPN Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Puan Nur Farihan binti Che Nan Penolong Jurutera Awam PPPN Kedah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong dalam memberikan dedikasi terbaik kepada Jabatan.
23/05/2026
Terima kasih atas segala jasa, bakti serta kepimpinan YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
18/05/2026
KURSUS PENJADUALAN PROJEK
17 Mei 2026 – Seramai 15 orang pegawai PPPN JKR Kedah, 2 orang wakil kontraktor dari UCM Construction Sdn. Bhd serta 2 orang Jurutera dari TBS Consulting Engineer telah menghadiri Kursus Penjadualan Projek yang telah diadakan di Tkt 11, Bangunan Sultan Abdul Halim.
Jurutera Awam Penguasa Kanan PPPN, Ir. Ts. Dr. Jeffryl Azniel Bin Adzar telah menjadi penceramah bagi kursus selama 1 hari ini yang bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Garis Panduan Semakan Program Kerja terutama bagi projek Reka dan Bina. Kursus ini juga diadakan bagi mempercepatkan proses semakan dan kelulusan pindaan program kerja kontraktor setelah Lanjutan Masa diluluskan.
14/05/2026
Selamat Hari Lahir kepada En MOHD SUHAIMI BIN SHAARI Penolong Jurutera Awam, PPPN JKR Kedah. Semoga diberikan kesihatan yang baik dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan semasa berkhidmat. 🎂🎂🎂🎂🎂
11/05/2026
LAWATAN TAPAK BAGI MENYELESAIKAN ISU SEMPADAN TANAH MILIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Pada 11 Mei 2026 (Isnin) bertempat di Tapak Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Petani telah diadakan satu lawatan tapak bagi menyelesaikan isu sempadan tanah hak milik KKM. Lawatan tersebut diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Jeffryl Azniel Bin Adzar, Jurutera Awam Penguasa Kanan, PPPN, JKR Kedah.
Turut hadir bersama semasa sesi lawatan adalah Dr. Suziana Binti Redzuan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda bersama pasukan, wakil Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda, wakil Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah serta pengerusi Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor iaitu Mr Yeoh Liang Chai bersama ahli jawatankuasa persatuan dan seterusnya wakil kontraktor utama (Pelita Selatan Sdn. Bhd).
08/05/2026
Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia (SOC 2026) - 6 hingga 8 Mei 2026
Seremban, - Ir Ts Dr Jeffryl Azniel Adzar, JAPK PPPN Kedah telah menghadiri Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia (SOC 2026) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan.
Ucapan tahniah kepada pasukan projek PPPN serta kontraktor UCM CONSTRUCTION SDN. BHD. yang telah berjaya menjadi Naib Johan KATEGORI: BANGUNAN BAGI KOS PROJEK MELEBIHI RM 20 JUTA untuk Projek PEMBINAAN BAHARU 42 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN KEMUDAHAN PIAWAI.
30/04/2026
Kerja bukan beban, tapi jalan menuju impian. Semoga setiap titik peluh jadi keberkatan & rezeki yang melimpah. Terima kasih untuk semua.
SELAMAT HARI PEKERJA