LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

Directions Website Contact the organization

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) LAMAN FACEBOOK RASMI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,564 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah.

KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur dalam kawasan operasi KEDA. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial. KEDA komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat "Mensejahterakan Luar Bandar".

PASUKAN E-SPORT KEDA BERTANDING DALAM KEJOHANAN SUKAN BADAN BERKANUN 2026PUCHONG โ€“ Pasukan E-Sport Lembaga Kemajuan Wila...
22/10/2026

PASUKAN E-SPORT KEDA BERTANDING DALAM KEJOHANAN SUKAN BADAN BERKANUN 2026

PUCHONG โ€“ Pasukan E-Sport Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang penglibatan mereka dalam Kejohanan Sukan Badan Berkanun E-Sport 2026 (Mobile Legend Bang Bang) yang berlangsung di Esport Integrated, Spacerubix, Puchong, Selangor.

Kejohanan yang diadakan bermula 18 hingga 22 Oktober 2026 ini dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan menghimpunkan 64 buah pasukan daripada 33 agensi badan berkanun di seluruh negara. Pasukan KEDA diundi dalam Kumpulan M, bersaing sengit menentang pasukan-pasukan hebat lain seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Universiti Teknologi Mara.

Pasukan KEDA dibarisi oleh Encik Mohd Nazri bin Mohd Nor (Unit Pentadbiran Am), Encik Mohd Zulkifly bin Ismail (Unit Perolehan), Encik Mohd Nabil bin Jaffri (Bahagian Niagatani), Encik Muhammad Syafiq bin Saifulrizal (Unit Integriti dan Perundangan), Encik Mohamad Shafiq bin Md Yahaya (Bahagian Hartanah dan Prasarana), Encik Abdul Hadi bin Abdul Halim (Bahagian Niagatani), Encik Hairul Nizam bin Che Dan (Bahagian ahrtanah dan Prasarana), Encik Mohd Amirul bin Mohd Zainaim (Unit Perolehan), Encik Mohd Zulfadzli bin Abu Bakar (Bahagian Niagatani) dan Encik Muhammad Affrini bin Ishak (Bahagian Pembangunan Komuniti).

Kejohanan ini tetap menjadi medan berharga dalam memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin, serta daya saing yang tinggi dalam kalangan warga kerja KEDA. Pihak pengurusan KEDA setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli pasukan di atas usaha gigih, komitmen, serta mutu kesukanan yang dipamerkan sepanjang membawa nama agensi di peringkat kebangsaan.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

PROGRAM MEMBINA ANAK CEMERLANG, MEMBENTUK GENERASI GEMILANGPADANG TERAP โ€“ Program Membina Anak Cemerlang, Membentuk Gene...
21/10/2026

PROGRAM MEMBINA ANAK CEMERLANG, MEMBENTUK GENERASI GEMILANG

PADANG TERAP โ€“ Program Membina Anak Cemerlang, Membentuk Generasi Gemilang telah diadakan di Desa KEDA Bukit Kura di sini bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan, pembentukan akhlak serta didikan agama dalam melahirkan generasi yang cemerlang.

Program tersebut menampilkan Ustaz Hafizzudin bin Alias sebagai penceramah yang berkongsi ilmu dan panduan berkaitan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, membentuk keperibadian mulia serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Ceramah itu turut menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan dalam keluarga, perhatian terhadap perkembangan anak-anak serta pengukuhan pendidikan agama sebagai asas pembentukan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Usaha ini diharap dapat memperkukuh kesedaran ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak, di samping menggalakkan kerjasama antara keluarga dan masyarakat dalam membentuk persekitaran yang positif untuk perkembangan anak-anak.

Penerapan nilai kasih sayang, disiplin dan hormat-menghormati sejak kecil juga penting bagi membentuk sahsiah anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dari segi akademik, akhlak dan kerohanian.

Secara keseluruhannya, program ini merupakan antara usaha untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan dan pembentukan sahsiah dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

KEDA SOKONG POTENSI TERNAKAN TIRAM DI LANGKAWILANGKAWI โ€“ Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkasa pembangu...
21/10/2026

KEDA SOKONG POTENSI TERNAKAN TIRAM DI LANGKAWI

LANGKAWI โ€“ Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkasa pembangunan ekonomi luar bandar dengan menyokong penerokaan sektor akuakultur, termasuk penternakan tiram yang berpotensi menjadi sumber pendapatan alternatif kepada masyarakat setempat.

Komitmen itu dizahirkan menerusi Majlis Perasmian Oyster Farm di Kampung Kubang Badak, Langkawi yang disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Datoโ€™ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato' Abdul Kahar Bin Abdullah yang juga Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar serta pegawai kanan KEDA. Terdahulu, semua tetamu telah hadir dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KEDA Bil 3/2026.

Pembangunan ternakan tiram berpotensi membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat, selain memberi nilai tambah kepada sumber ekonomi kawasan berkenaan menerusi aktiviti akuakultur yang berdaya maju.

Inisiatif itu juga mencerminkan usaha KEDA dalam meneroka potensi ekonomi berdasarkan kelebihan dan sumber setempat, sekali gus menggalakkan pembangunan aktiviti ekonomi yang mampan serta berdaya saing.

KEDA akan terus memainkan peranan dalam merancang dan menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan yang bersesuaian bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat serta memperkukuh ekonomi luar bandar.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

21/10/2026

โณ ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ โ€” ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Persiapan kini di peringkat akhir! Bersedia untuk mengenali bidang kemahiran, melihat inovasi dan teknologi serta meneroka peluang kerjaya untuk masa depan belia. ๐Ÿš€

Jom datang dan temukan pilihan kemahiran yang sesuai dengan minat anda!

๐Ÿ“… 23โ€“25 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

โ€˜๐˜Œ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›@๐˜’๐˜’๐˜‹๐˜ž 2026: ๐˜—๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข!โ€™




MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA BILANGAN 3 TAHUN 2026LANGKAWI โ€“ Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wi...
19/10/2026

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH KEDA BILANGAN 3 TAHUN 2026

LANGKAWI โ€“ Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Bilangan 3 Tahun 2026 telah diadakan di Langkawi semalam bagi membincangkan hala tuju, pengurusan serta pelaksanaan program pembangunan agensi itu dalam usaha memperkasakan sosioekonomi masyarakat luar bandar di negeri Kedah.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Datoโ€™ Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato' Abdul Kahar bin Abdullah, YBrs. Encik Ahmad Ridzwan Bin Ishak,
Wakil Kerajaan Persekutuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, YBhg. Dato' Aminuddin bin Omar, YBrs. Encik Ridzwan bin Abu Bakar dan Pengurus Besar KEDA, YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar.

Mesyuarat tersebut menjadi platform penting bagi meneliti perkembangan semasa organisasi, menilai pelaksanaan program serta menyelaras perancangan strategik KEDA agar selari dengan keperluan masyarakat dan aspirasi pembangunan luar bandar.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan, memperkasakan pembangunan usahawan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar menerusi pelaksanaan program yang berimpak tinggi dan mampan.



โณ๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!Saksikan pelbagai pertandingan inovasi dan kemahiran yang bakal berlangsung untuk me...
19/10/2026

โณ๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!
Saksikan pelbagai pertandingan inovasi dan kemahiran yang bakal berlangsung untuk mengetengahkan kreativiti, bakat serta penguasaan teknologi dalam kalangan peserta.
Antara pertandingan yang bakal berlangsung:
๐Ÿ† Inovasi
๐ŸŽจ Arca Kreatif
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ Kulinari Kreatif
๐Ÿ‘— Fesyen Kreatif
๐Ÿš Drone Soccer
๐Ÿค– Robattle
๐ŸŽฎ E-Sports
๐ŸŽฌ Pertandingan Filem Pendek
๐Ÿ’ก Kecerdasan Buatan (AI)
๐Ÿ“… 23โ€“25 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
Jumpa anda di sana!
๐˜Œ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›@๐˜’๐˜’๐˜‹๐˜ž 2026: ๐˜—๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข!โ€™





โณ๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Saksikan pelbagai pertandingan inovasi dan kemahiran yang bakal berlangsung untuk mengetengahkan kreativiti, bakat serta penguasaan teknologi dalam kalangan peserta.

Antara pertandingan yang bakal berlangsung:
๐Ÿ† Inovasi
๐ŸŽจ Arca Kreatif
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ Kulinari Kreatif
๐Ÿ‘— Fesyen Kreatif
๐Ÿš Drone Soccer
๐Ÿค– Robattle
๐ŸŽฎ E-Sports
๐ŸŽฌ Pertandingan Filem Pendek
๐Ÿ’ก Kecerdasan Buatan (AI)

๐Ÿ“… 23โ€“25 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Jumpa anda di sana!

๐˜Œ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›@๐˜’๐˜’๐˜‹๐˜ž 2026: ๐˜—๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข!โ€™





โณ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!Stadium Sungai Besar bakal jadi tumpuan! Tiga hari yang padat dengan pengalaman mena...
18/10/2026

โณ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Stadium Sungai Besar bakal jadi tumpuan! Tiga hari yang padat dengan pengalaman menarik, aktiviti interaktif dan pelbagai pengisian menanti anda. Inilah peluang untuk meneroka dunia TVET, mengenali bidang kemahiran dan mencari inspirasi untuk langkah seterusnya!

๐Ÿ“… 23โ€“25 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Dah bersedia? Jom terokai dan berinovasi di Ekspo TVET@KKDW 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan anda!

'๐˜Œ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›@๐˜’๐˜’๐˜‹๐˜ž 2026: ๐˜—๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข!'








https://www.facebook.com/share/1Ef9vxHrMv/?mibextid=wwXIfr

โณ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ - ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐•๐„๐“@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Stadium Sungai Besar bakal jadi tumpuan! Tiga hari yang padat dengan pengalaman menarik, aktiviti interaktif dan pelbagai pengisian menanti anda. Inilah peluang untuk meneroka dunia TVET, mengenali bidang kemahiran dan mencari inspirasi untuk langkah seterusnya!

๐Ÿ“… 23โ€“25 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 9.00 malam
๐Ÿ“Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Dah bersedia? Jom terokai dan berinovasi di Ekspo TVET@KKDW 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan anda!

'๐˜Œ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›@๐˜’๐˜’๐˜‹๐˜ž 2026: ๐˜—๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข!'





๐Ÿ”ฅ JOM MERIAHKAN FESTIVAL IKONDESA 2026 โ€“ RASA UTARA! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ›๏ธ Jom Sokong Usahawan Desa, Beli Produk Tempatan!Pelbagai produk ...
18/10/2026

๐Ÿ”ฅ JOM MERIAHKAN FESTIVAL IKONDESA 2026 โ€“ RASA UTARA! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ›๏ธ Jom Sokong Usahawan Desa, Beli Produk Tempatan!

Pelbagai produk menarik, makanan istimewa dan hasil kreativiti usahawan desa menanti anda! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

๐Ÿ“… Tarikh: 19 โ€“ 23 Oktober 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Lobi Utama, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

๐ŸŽ‰ Jangan lepaskan peluang untuk:
๐Ÿฝ๏ธ Menikmati pelbagai pilihan makanan.
๐ŸŸ Mendapatkan hasil laut kering Tanjung Dawai seperti ikan bilis, gelama belah, anak tamban dan pekasam.
๐ŸŽจ Meneroka hasil kraftangan dan kreativiti komuniti tempatan.
๐Ÿ›๏ธ Membeli produk berkualiti terus daripada usahawan desa.
๐ŸŽฎ Menyertai aktiviti interaktif yang menarik!

๐Ÿ’ช Setiap pembelian anda membawa makna! Sokongan anda membantu memperluas pasaran produk tempatan, meningkatkan pendapatan usahawan dan memperkukuh ekonomi luar bandar.

โค๏ธ Sokong Usahawan Desa, Bangga Produk Tempatan!

๐Ÿ“ฃ Ajak keluarga dan rakan-rakan, datang beramai-ramai dan meriahkan Festival IkonDesa 2026 โ€“ Rasa Utara!

KEDA PERLUAS PENDEDAHAN PERANAN AGENSI MELALUI PAMERAN ISBCE 2026ALOR SETAR โ€“ Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meny...
17/10/2026

KEDA PERLUAS PENDEDAHAN PERANAN AGENSI MELALUI PAMERAN ISBCE 2026

ALOR SETAR โ€“ Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyertai pameran sempena International Social Business Conference and Exhibition 2026 (ISBCE 2026) di Al-Bukhary International University (AIU) pada 14 Oktober 2026 bagi mengetengahkan peranan agensi dalam memacu pembangunan masyarakat luar bandar di Kedah.

Menerusi reruai pameran KEDA, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai fungsi, perkhidmatan dan inisiatif agensi, khususnya dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat serta membuka peluang ekonomi di kawasan luar bandar.

Reruai KEDA turut menyediakan brosur korporat serta bahan informasi berkaitan program dan bantuan yang ditawarkan, sekali gus memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan inisiatif agensi dalam menyokong pembangunan masyarakat luar bandar.

Penyertaan ini bukan sekadar menjadi platform memperkenalkan agensi, malah membuka ruang untuk mendekatkan masyarakat dengan inisiatif pembangunan yang dilaksanakan KEDA. Usaha ini mencerminkan peranan berterusan agensi dalam memperkukuh sosioekonomi komuniti luar bandar di Kedah.

Penyertaan KEDA dalam ISBCE 2026 turut membawa agenda pembangunan luar bandar ke platform yang menghimpunkan pelbagai organisasi dan tokoh dalam bidang perniagaan sosial, sekali gus memperluas pendedahan terhadap peranan KEDA dalam pembangunan wilayah.

Address

Kompleks Ibu Pejabat KEDA, KM 7 Jalan Langgar
Alor Setar
05460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA):

Shortcuts

Share