15/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SELAMAT HARI BELIA NEGARA
Belia adalah nadi masa depan negara.
Dengan semangat, keberanian dan iltizam yang tinggi, marilah kita bersama memperkukuh perpaduan serta terus menjadi generasi yang progresif, berdaya saing dan berjiwa patriotik demi kemajuan Malaysia tercinta.
Selamat menyambut Hari Belia Negara Tahun 2026.
ikhlas daripada;
YBhg. Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid,
Pengerusi,
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
15/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
SELAMAT HARI BELIA NEGARA
"Menggerak Belia"
- menekan usaha memperkukuh kepimpinan generasi muda, mengangkat potensi mereka serta mempersiapkan belia menghadapi cabaran masa hadapan.
Selamat menyambut Hari Belia Negara Tahun 2026.
ikhlas daripada;
YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar,
Pengurus Besar KEDA
15/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Petikan Khutbah Jumaat.
Pendidik Rabbani Pembentuk Generasi Khayra Ummah
"Profesion guru bukan sekadar sutu kerjaya, tetapi sutu amanah besar daripada Allah SWT. Setiap ilmu yang diajar, setiap nasihat dan didikan, akan menjadi saham akhirat yang berterusan."
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
15/05/2026
RANCAKKAN MADANI@KEDA
Petikan Ucapan Pengurus Besar KEDA
Semasa meyampaikan ucapan dalam Program Kesukarelawanan Belia Desa Siri 1 Tahun 2026 anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Desa KEDA Ulu Legong, Baling.
"Belia tidak pernah dipinggirkan dan termasuk dalam agenda pemerkasaan. Bagi tahun 2025 dan 2026 ini sahaja, KEDA telah memperuntukkan RM12.92 jutayang memberi manfaat kepada 87,617 orang belia di negeri ini.
Nasihat saya kepada belia, untuk terus cenerlang, sentiasa menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran serta kekalkan memelihara akhkak yang baik. Pembangunan itu bukan hanya tentang bangunan, tetapi tentang membangunkan jiwa dan semangat rakyat "
- YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar,
Pengurus Besar KEDA
15/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JUMAAT: Sayyidul Ayyam
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya seorang lelaki itu akan terhalang dari rezekinya disebabkan oleh dosa yang menimpanya."
- Riwayat Ibn Majah
14/05/2026
PROGRAM KESUKARELAWANAN BELIA DESA PERKASA SEMANGAT BELIA LUAR BANDAR
BALING โ Program Kesukarelawanan Belia Desa (Siri 1/2026) anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berjaya menghimpunkan golongan belia dalam usaha memperkukuh semangat kesukarelawanan dan pembangunan komuniti luar bandar.
Majlis Perasmian Penutup program tersebut telah berlangsung di Dewan Seminar Desa KEDA Ulu Legong, Baling dan disempurnakan oleh Pengarah INFRA, manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar.
Program ini bertujuan memupuk nilai murni dalam kalangan belia supaya lebih prihatin terhadap masyarakat, mengeratkan hubungan antara belia bersama pemimpin tempatan, agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat serta memperkasa semangat kesukarelawanan bagi merancang dan melaksanakan aktiviti komuniti secara bersama.
Dalam ucapan beliau, Pengurus Besar KEDA memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia MADANI melalui KEDA telah memperuntukkan sebanyak RM12.92 juta bagi pemerkasaan belia sepanjang tahun 2025 hingga 2026 yang memberi manfaat kepada seramai 87,617 orang belia di negeri Kedah.
Menurut beliau, KEDA turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sejak tahun 2018 melalui Program Tuisyen Pintar.
Bagi tempoh dua tahun kebelakangan ini, sebanyak RM621,500 telah dibelanjakan melibatkan 113 buah sekolah dalam kawasan operasi KEDA dan memberi manfaat kepada hampir 50,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selain itu, KEDA juga memainkan peranan sebagai agensi utama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kedah dengan memperuntukkan RM9.6 juta bagi pelaksanaan tiga program diploma dan lapan program sijil di Kolej KEDA yang memberi manfaat kepada 950 orang pelajar sepanjang tempoh dua tahun.
Dalam aspek pembangunan kepimpinan belia p**a, sebanyak RM1.77 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan latihan, bengkel, pertandingan dan penilaian yang memberi manfaat kepada 36,613 orang belia desa di Kedah.
Bagi memperkasakan golongan belia dalam bidang usahawantani, KEDA turut menyediakan peruntukan sebanyak RM685,000 dalam bentuk geran bantuan pertanian yang memberi manfaat kepada 30 orang belia bagi merancakkan sektor pertanian di negeri ini.
Selain sektor pertanian, KEDA juga membantu belia melalui geran perniagaan kecil melibatkan peruntukan RM243,500 yang memberi manfaat kepada 24 orang belia di Kedah dalam mengembangkan perusahaan dan meningkatkan pendapatan mereka.
Program berkenaan turut diisi dengan pelbagai pengisian termasuk tayangan montaj, penyerahan sijil penyertaan serta sesi ramah mesra bersama peserta dan tetamu jemputan.
Inisiatif seumpama ini diharap mampu melahirkan golongan belia yang lebih berdaya saing, berjiwa komuniti dan aktif dalam pembangunan luar bandar.
14/05/2026
KEDA SERTAI OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI KEDAH DAN PERLIS
SUBANG - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) turut terlibat dalam pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah dan Perlis yang dilaksanakan sebagai langkah segera bagi mendepani situasi penyusutan paras air empangan yang kini berada pada tahap waspada dan kritikal.
Operasi yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini dilaksanakan bagi menyahut saranan YAB Perdana Menteri menerusi dua siri operasi iaitu pada 10 hingga 12 Mei 2026 serta 17 hingga 19 Mei 2026.
Seawal jam 8.00 pagi tadi di Pangkalan Udara Subang, pasukan teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah melaksanakan bancuhan larutan garam dan proses pemuatan ke dalam pesawat sebagai persediaan sebelum penerbangan operasi dilaksanakan.
Operasi hari ini menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa muatan empat tong bersamaan 6,000 liter larutan garam. Tumpuan operasi melibatkan Empangan Timah Tasoh di Perlis serta empat empangan utama di Kedah iaitu Empangan Ahning, Pedu, Beris dan Muda.
KEDA terlibat secara langsung dalam operasi ini adalah kerana beberapa empangan yang terlibat berada dalam Kawasan Operasi KEDA khususnya di daerah Padang Terap dan S*k.
Penyertaan ini turut disertai sendiri oleh Pengurus Besar KEDA, Puan Hajah Afifah Binti Omar sebagai tanda komitmen KEDA dalam menyokong usaha kerajaan memastikan kestabilan bekalan air dan kelangsungan sektor pertanian di kawasan utara. Turut hadir adalah Lt Kolonel Lokman Hakeem, Pegawai Markas 1 Pangkalan Udara Subang dan Supritendan Muhammad Rozhan Rosli dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pelaksanaan OPA ini merupakan antara langkah proaktif kerajaan bagi membantu meningkatkan paras air empangan daripada terus menyusut yang dikhuatiri boleh menjejaskan bekalan air domestik serta sektor pertanian sekiranya keadaan berterusan.
Walaupun kawasan utara menerima taburan hujan yang agak tinggi sejak beberapa hari kebelakangan ini, namun kuantiti aliran air yang masuk ke empangan masih berada pada tahap minimum dan belum mencukupi untuk meningkatkan kapasiti simpanan air secara signifikan.
14/05/2026
YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), serta YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW, masing-masing hari ini telah mengadakan pertemuan bersama YBhg. Datoโ Sri Suriani binti Datoโ Ahmad sempena pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha KKDW yang baharu.
Dalam pertemuan ini turut dibincangkan mengenai hala tuju serta keutamaan strategik kementerian dalam memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar agar terus dipacu secara tersusun, berkesan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.
_______________________________
Sumber: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
14/05/2026
๐ข๐ข๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐ข
๐๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐ข ๐/๐๐๐๐ (๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐) ๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐!
โจ Program Kemahiran TVET
โจ Pengajian DITAJA SEPENUHNYA
โจ Penginapan, Makan Minum & Kemudahan Latihan disediakan
๐ผ Peluang dalam bidang:
๐๏ธ Motosikal
โก Elektrik
๐ฅฝ Kimpalan
๐ Automotif
๐ Fesyen
๐ Syarat:
โ๏ธ Umur 17 tahun โ 25 tahun
โ๏ธ Minat & kebolehan asas (membaca, menulis, mengira)
โ๏ธ Sihat fizikal & mental
๐
Tarikh tutup permohonan baharu : ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐ฅ Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang!
๐ Mohon sekarang: https://daftar.kolejkeda.edu.my
_______________________________
Sumber: Kolej KEDA
๐ข๐ข๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐ข
๐๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐ข ๐/๐๐๐๐ (๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐) ๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐!
โจ Program Kemahiran TVET
โจ Pengajian DITAJA SEPENUHNYA
โจ Penginapan, Makan Minum & Kemudahan Latihan disediakan
๐ผ Peluang dalam bidang:
๐๏ธ Motosikal
โก Elektrik
๐ฅฝ Kimpalan
๐ Automotif
๐ Fesyen
๐ Syarat:
โ๏ธ Umur 17 tahun โ 25 tahun
โ๏ธ Minat & kebolehan asas (membaca, menulis, mengira)
โ๏ธ Sihat fizikal & mental
๐
Tarikh tutup permohonan baharu : ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐ฅ Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang!
๐ Mohon sekarang: https://daftar.kolejkeda.edu.my
13/05/2026
INFO KKDW@KEDA
PROJEK AGROTOURISM PANTAI MOLEK TERAJUI EKONOMI DESA DI S*K, KEDAH
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkukuh agenda pembangunan luar bandar selaras dengan matlamat meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat desa.
Projek ini merupakan satu langkah strategik dalam menggabungkan sektor pertanian dan pelancongan bagi mencipta nilai tambah kepada penduduk setempat. Projek ini dibangunkan di atas kawasan seluas 300 ekar dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM 7,450,000.00.
Inisiatif ini bukan sekadar pembangunan fizikal, malah merupakan pemangkin kepada transformasi ekonomi luar bandar di daerah S*k. Skop projek merangkumi pembinaan dan naik taraf pelbagai kemudahan infrastruktur :
๏ท Penginapan : Penyediaan chalet, dorm, dan tapak perkhemahan.
๏ท Fasiliti Awam : Pembinaan dewan, surau dan pusat informasi.
๏ท Sistem Perhubungan : Pembangunan sistem jalan raya dan pengangkutan yang efisien dalam kawasan projek.
Selain itu, kelestarian projek ini disokong oleh aktiviti pertanian. Integrasi ini membentuk satu ekosistem agropelancongan yang lengkap, sekali gus meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat selaras dengan aspirasi pembangunan luar bandar yang mampan.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang
13/05/2026
KEDA Dalam Paparan Media.
Pembangunan belia luar bandar: NGO, agensi kerajaan digesa bekerjasama.
Sumber berita: Berita RTM Semasa 12 di youtube.com/c/BeritaRTMBES
Pautan berita: https://youtu.be/3T67Yi6mctU?si=fMAbWCMMDAfBHE1s
12 MEI 2026 - BERITA SEMASA 12
Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM:Portal Rasmi Berita RTMhttps://berita.rtm.gov.myTwitter Rasmi Berita RTMht...