14/05/2026
SEMBAH MENGADAP KEHADAPAN KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH OLEH PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH
14 Mei 2026
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, telah perkenan menerima mengadap Yang Berhormat Datoโ Dr. Nadzman bin Mustaffa, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Sembah mengadap ini adalah yang pertama setelah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah pada 22 Mac 2026 yang lalu.
12/05/2026
๐ฟ๐ด๐๐น๐๐ผ๐ฟ๐ฐ๐ฐ๐ฝ ๐ฑ๐ด๐๐๐ฐ๐ผ๐ฐ ๐๐ฑ ๐ณ๐ฐ๐๐พ' ๐ณ๐. ๐ฝ๐ฐ๐ณ๐๐ผ๐ฐ๐ฝ ๐ฑ๐ธ๐ฝ ๐ผ๐๐๐๐ฐ๐ต๐ต๐ฐ ๐ฟ๐ด๐ถ๐ฐ๐๐ฐ๐ธ ๐บ๐ด๐๐ฐ๐ฝ๐ถ๐ฐ๐ฝ ๐ฝ๐ด๐ถ๐ด๐๐ธ
Perjumpaan bersama YB. Datoโ Dr. Pegawai Kewangan Negeri yang turut menyampaikan amanat kerja kepada seluruh warga pejabat sebagai panduan serta suntikan semangat dalam melaksanakan tugasan dengan penuh integriti, komitmen dan profesionalisme.
Turut diadakan penyampaian hadiah penghargaan kepada Puan Nadziatul Shazwani Binti Nor Aman sempena perpindahan beliau ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Seluruh warga PKPK mendoakan agar beliau terus cemerlang dan maju jaya di tempat baharu.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang ๐๐๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐๐จ๐ฌ๐ฌ ๐๐ก๐๐ฅ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ PKPK sebagai galakan kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pejabat.
Seterusnya, telah berlangsung ๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ฐ๐ข ๐๐๐ก๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐-๐ Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa baharu yang telah dilantik. Semoga kelab terus aktif dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menjaga kebajikan warga pejabat.
Semoga segala usaha dan aktiviti yang dijalankan terus memberi manfaat dan mempereratkan semangat kekitaan dalam kalangan warga PKPK Kedah.
12/05/2026
โจ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ โจ
Seluruh warga ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐๐๐ก๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada pegawai yang baru berpindah ke jabatan ini, Encik Muhammad Alif bin Ismail Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan); Encik Muhammad Naโim bin Zainol;
Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Belanjawan) dan Encik Nor Azry Syamil bin Noor Ahmad Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Unit Hasil).
Semoga kehadiran tuan-tuan akan membawa semangat baharu, idea yang bernas serta memperkukuhkan lagi kecemerlangan pengurusan kewangan negeri.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus maju jaya bersama warga PKPK
11/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Nadziatul Shazwani Binti Nor Aman atas pertukaran tugas ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga terus cemerlang serta sukses dalam menggalas amanah di tempat baharu, dan dipermudahkan segala urusan dalam meniti perjalanan kerjaya yang lebih gemilang.
โBerpisah bukan bererti melupakan,
Jasa dan kenangan tetap dalam ingatan.โ
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja โฆ
Penghargaan setinggi-tingginya atas komitmen, integriti dan usaha berterusan dalam memastikan pengurusan kewangan negeri berjalan dengan cekap, telus dan berkesan. Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Semoga kita terus diberikan kekuatan dan semangat untuk berkhidmat dengan cemerlang. Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi.
30/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 (Khamis) bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.
Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan serta sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang zaman.
Sembah takzim daripada Pegawai Kewangan Negeri serta seluruh warga kerja Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman
27/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan
Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin,
Tunku Mahkota Kedah Darul Aman
yang disambut pada 27 April 2026 (Isnin) bersamaan 9 Zulkaedah 1447H.
Patik-patik sekalian dengan penuh takzim dan hormat mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT sepanjang zaman.
Sembah takzim daripada Pegawai Kewangan Negeri dan Seluruh warga kerja Pejabat Kewangan Dan Pebendaharaan Negeri Kedah
23/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah mengadakan satu sesi taklimat perolehan bagi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) Tahun 2026 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang jelas dan menyeluruh kepada semua pihak terlibat berkaitan tatacara perolehan, garis panduan pelaksanaan serta pematuhan kepada prosedur kewangan yang ditetapkan. Inisiatif ini amat penting bagi memastikan setiap peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara optimum, telus dan berintegriti.
Melalui pelaksanaan PPAN, kerajaan komited dalam memperkukuh sektor agromakanan negara demi menjamin bekalan makanan yang mencukupi, berkualiti serta berdaya tahan. Justeru, kerjasama erat antara agensi pelaksana, pembekal dan semua pemegang taruh amat diperlukan bagi memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan kewangan negeri dilaksanakan secara cekap, berhemah dan berakauntabiliti selaras dengan aspirasi pembangunan negeri dan negara.