Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Share

Penafian:
"Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini."

Disclaimer:
"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that maybe incurred by the user as a result of using the information on this site."

20/03/2026
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447 H..

Sempena Syawal yang mulia ini, saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.

Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini membawa kegembiraan, keharmonian dan keberkatan kepada kita semua.

Ikhlas daripada
Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dan seluruh warga kerja
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan 2026

16/02/2026

๐Ÿงง๐Ÿงจ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 ๐Ÿงจ๐Ÿงง

Photos from Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah's post 09/02/2026

PROGRAM CEPA: PENANAMAN POKOK DAN GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH

๐Ÿ“…. : 7 Februari 2026
๐Ÿ“. : Pulau Song Song dan Pulau Bidan

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menjalankan aktiviti gotong royong di sepanjang pesisiran Pulau Bidan dan Pulau Songsong, Kedah. Turut dilaksanakan aktiviti penanaman 150 pokok rhu oleh warga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Photos from Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah's post 26/01/2026

PROGRAM CEPA: PENANAMAN POKOK DAN AKTIVITI PLOGGING

๐Ÿ“…. : 22 Januari 2026
๐Ÿ“. : Hutan Simpan Bukit Perangin

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah melalui
Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara telah mengadakan Program CEPA: Penanaman Pokok dan Aktiviti Plogging bersama pelbagai agensi/ jabatan di Daerah Kubang Pasu. Program turut dihadiri Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato' Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohd Afiq bin Azizi, Penghulu-penghulu Mukim serta kakitangan pelbagai agensi/Jabatan di daerah Kubang Pasu.

Sebanyak 50 pokok ditanam pada program kali ini, antaranya adalah pokok Merbau, Petai, Kerdas, Tampoi serta lain-lain spesies dan aktiviti plogging/ aktiviti mengutip sampah di denai sepanjang perjalanan ke puncak Air Terjun Bukit Perangin turut dilaksanakan.

08/01/2026

Video Pelancaran Buku Mewah Ulu Muda State Park: Beneath The Canopy

08/01/2026

Tayangan video montaj bagi pelancaran Buku Mewah Ulu Muda State Park: Beneath The Canopy.

Melalui fotografi menarik dan penulisan berwibawa, buku ini menampilkan keindahan panorama, ekosistem serta khazanah kepelbagaian biologi Ulu Muda. Ia turut menekankan peranan Taman Negeri ini dalam memelihara kesimbangan ekologi, menyokong komuniti setempat dan mempromosikan ekopelancongan. Sebagai sumber rujukan dan dokumentasi penting, buku ini mengajak anda untuk merasai, menghargai dan memelihara warisan alam yang berharga ini demi masa depan yang lestari.

Photos from Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah's post 08/01/2026

SESI PELANCARAN BUKU MEWAH ULU MUDA STATE PARK : BENEATH THE CANOPY

Buku Mewah Ulu Muda State Park : Beneath The Canopy ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah pada 7 Januari 2026 di Dataran Wisma Darul Aman. Pelancaran buku mewah ini turut diiringi oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Buku mewah ini memperlihatkan keindahan dan kepentingan Taman Negeri Ulu Muda, sebuah kawasan hutan yang penting sebagai sumber air utama dan habitat pelbagai flora serta fauna unik.

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post 08/01/2026
31/12/2025

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026

23/12/2025

PEMAKLUMAN

Pembukaan Semula Semua Taman Eko - Rimba (TER) & Kawasan Pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Kedah mulai 24 Disember 2025.

Sila dapatkan Permit Memasuki HSK melalui Sistem iForest bagi aktiviti pendakian gunung/bukit dalam HSK Negeri Kedah.

Mohon kerjasama semua untuk sama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian TER dan kawasan pendakian.



Sekian, terima kasih..

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


JABATAN PERHUTANAN NEGERI
Alor Setar
05000