Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah

Call Directions

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar, Kedah Official Page

04/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

πŸ† TAHNIAH PASUKAN KAWAD SMK TUN SHARIFAH RODZIAH! πŸ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kawad SMK Tun Sharifah Rodziah atas kejayaan meraih NAIB JOHAN dalam Kategori Beruniform Institusi Pendidikan Tahun 2026!

Kejayaan ini merupakan hasil daripada disiplin yang tinggi, latihan yang konsisten, semangat berpasukan serta komitmen dan dedikasi yang luar biasa semua anggota pasukan Kadet Polis
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada barisan pentadbiran, guru penasihat Kadet Polis, barisan jurulatih, para waris dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas bimbingan, sokongan dan pengorbanan sepanjang persiapan sehingga ke hari pertandingan.

πŸ’™ Anda semua telah mengharumkan nama sekolah!
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

✨ SATU TEKAD! SATU PASUKAN! SATU KEMENANGAN! ✨

11/08/2026

πŸ“’ PELANCARAN RASMI PROGRAM SEMAI SMK TUN SHARIFAH RODZIAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru serta warga SMK Tun Sharifah Rodziah (SMKTSR) yang budiman.

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKTSR dengan penuh rasa kesyukuran mengumumkan pelancaran PROGRAM SEMAI (Sedekah Mingguan Ibu bapa Istiqomah).

Majlis pelancaran program mulia ini telah disempurnakan secara rasmi oleh:
πŸ‘€ Puan Sariza binti Md Salleh (Pengetua SMK Tun Sharifah Rodziah)
πŸ“… Tarikh: 10 Ogos 2026
πŸ“† Hari: Isnin
πŸ’– Tagline Program:
Seringgit Seminggu: Infaq Kasih Ayah Ibu SMK Tun Sharifah Rodziah

🎯 Matlamat Program:
Menaik taraf infrastruktur serta memperkasakan kebajikan anak-anak tercinta di SMKTSR agar mereka mendapat persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

πŸ“… Kaedah Pelaksanaan:
- Tempoh: Bermula Bulan Ogos 2026
- Jumlah Sumbangan: Hanya RM1.00 sahaja daripada setiap ibu bapa/penjaga pada setiap minggu.

πŸ’° Saluran Sumbangan:
- Tabung Fizikal Berjadual: Sumbangan boleh dimasukkan terus ke dalam tabung fizikal khas yang akan diedarkan secara berjadual kepada murid-murid di sekolah.

Sumbangan seringgit yang diberikan secara istiqomah ini pastinya membawa impak yang amat besar buat keselesaan anak-anak kita.
"Sedekah tidak mengurangkan harta, malah memurahkan rezeki dan mengeratkan silaturahim."
Mari kita bersama-sama berganding bahu demi masa depan anak-anak SMKTSR. Segala kerjasama, sokongan serta keprihatinan daripada ibu bapa dan penjaga kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Jamilah binti Ibrahim atas penerusan am...
07/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Jamilah binti Ibrahim atas penerusan amanah kerjaya beliau dari SMK Tun Sharifah Rodziah ke SMK Seri Pantai.

Setiap pertemuan pasti menyimpan kenangan, dan setiap perpisahan pasti meninggalkan rasa. Berat hati pihak sekolah untuk melepaskan seorang insan yang telah banyak menabur bakti, mencurah ilmu dan menyulam jasa sepanjang berada di sini.

Namun begitu, di sebalik rasa kehilangan ini, terselit jua rasa bangga dan bahagia melihat Puan Jamilah melangkah ke medan baharu, membawa semangat, dedikasi dan amanah yang sama untuk terus berkhidmat demi dunia pendidikan.

Semoga langkah Puan Jamilah ke SMK Seri Pantai sentiasa dirahmati, dipermudah segala urusan, serta terus bersinar cemerlang dalam mendidik anak bangsa.

Terima kasih atas segala jasa, budi dan kenangan yang ditinggalkan. Semoga ikatan ukhuwah yang terbina terus kekal indah dalam ingatan.

MAJU TERUS JUARA

22 Muharram 1448 Hijri,
7 Julai 2026.

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.Tahniah kepada para guru di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2025.Se...
20/06/2026

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.

Tahniah kepada para guru di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk anda terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada kita semua.

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.Tahniah diucapkan kepada Puan Jamilah binti Ibrahim dan Puan Nurul Jazmina bin...
20/06/2026

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.

Tahniah diucapkan kepada Puan Jamilah binti Ibrahim dan Puan Nurul Jazmina binti Md Isa atas kenaikan pangkat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat baharu, terus cemerlang menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, dan menjadi sumber inspirasi.

06/06/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Syuraini Binti Abd Sukur, B.K.M. telah dinaikkan pa...
03/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Syuraini Binti Abd Sukur, B.K.M. telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Muadzam Shah.

Sekalung tahniah diucapkan atas pencapaian ini. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan memacu kecemerlangan pendidikan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah. 🌹✨

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.
15/05/2026

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.

Address

Jalan Kuala
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Sunday 07:00 - 18:30

Telephone

+6047711102

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share