Yayasan Islam Negeri Kedah

Yayasan Islam Negeri Kedah

Share

Perkhidmatan Biasiswa dan Pinjaman kepada Pelajar-Pelajar yang melanjutkan Pelajaran ke Timur Tengah

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 07/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ πŠπŽπ‹π„π‰ πŒπ€π‘π€ πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆

IQDAR, 7 April – Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah mengadakan lawatan balas ke Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) bagi membincangkan pelaksanaan program pemantapan hafazan untuk para pelajar institusi tersebut.

Lawatan ini telah disertai oleh Encik Fakhrul Razi bin Mihat selaku Pengarah IQDAR bersama Timbalan-Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Unit. Delegasi IQDAR telah disambut mesra oleh YBhg. Puan Faizah binti Abu Bakar selaku Pengarah KMKN bersama barisan pegawai kanan, seterusnya dibawa melawat sekitar kampus.

Semoga perbincangan yang dijalankan ini akan dipermudahkan dan kerjasama yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya. Diharapkan juga hubungan antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR

24/03/2026

πŸŽ“ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ π“πˆπŒπ”π‘ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ•

Peluang keemasan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir, Jordan & Maghribi! 🌍✨

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan:
πŸ“Œ Permohonan pelajar ke Timur Tengah
πŸ“Œ Penghantaran pelajar
πŸ“Œ Sumbangan & penajaan

πŸ—“ Tarikh: 30 Mac 2026 (ISNIN)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud, Alor Setar
πŸ““ Kehadiran: Semua Yang Berminat ke Timur Tengah (WARIS TURUT DI JEMPUT HADIR BERSAMA)

TAKLIMAT HANYA DIADAKAN SECARA BERSEMUKA

πŸ“š Sertai taklimat ini untuk membuka jalan masa depan pendidikan anda!

20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami dari Yayasan Islam Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga bulan Syawal yang mulia ini membawa keberkatan,
mengukuhkan silaturahim, serta mengurniakan kebahagiaan,
kedamaian dan kesejahteraan kepada kita semua.

Raikan kemenangan setelah sebulan beribadah dengan penuh keikhlasan.
Semoga segala amalan diterima dan dirahmati oleh Allah SWT.

20/03/2026

π‘π€πŠπ€πŒπ€π π“π€πŠππˆπ‘ π‘π€π˜π€ 𝐘𝐈𝐍𝐊 πŸπŸŽπŸπŸ”

19/03/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa atas pelantikan sebagai Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi kemajuan serta kesejahteraan negeri Kedah.

Ikhlas daripada warga kerja Yayasan Islam Negeri Kedah

18/03/2026

πˆπŠπ‹π€π π‘π”πŒπ€π‡ πŠπ„πƒπ€πˆ π”ππ“π”πŠ πƒπˆπ‰π”π€π‹ – π‹πŽπŠπ€π’πˆ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πƒπˆ π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑

Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Maklumat Hartanah:
1 Unit Rumah Kedai
3 Tingkat
Sesuai untuk Perniagaan & Pelaburan

Harga Jualan: RM950,000.00

Kelebihan:
Terletak di kawasan bandar yang strategik
Sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan
Berdekatan dengan kemudahan awam

πŸ“žUntuk pertanyaan lanjut sila hubungi: 04-7302703 / 04-7302709
(Pejabat Yayasan Islam Negeri Kedah)

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 17/03/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‹π„πŒππ€π†π€ π“π€πƒππˆπ‘ πˆππƒπ€π‘ ππˆπ‹. 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

16 Mac 2026 (Isnin) – Mesyuarat Lembaga Tadbir Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) Bil. 1/2026 telah diadakan pada 16 Mac 2026 (Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Alor Setar.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Zakaria bin Othman. Turut hadir ialah Sohibus Samahah M***i Negeri Kedah, Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah serta ahli-ahli Lembaga Tadbir IQDAR yang lain.

Dalam mesyuarat ini, beberapa agenda utama telah dibincangkan termasuk pembentangan laporan kewangan, laporan Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), analisis prestasi akademik pelajar, laporan penaziran akademik, serta pematuhan terhadap standard yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selain itu, mesyuarat turut meneliti beberapa cadangan strategik berkaitan pembangunan institusi, pengukuhan program akademik serta hala tuju pembangunan IQDAR dalam usaha memperkasakan peranan institusi ini sebagai pusat pendidikan tahfiz peringkat pengajian tinggi.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh perancangan strategik dan tadbir urus institusi bagi memastikan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi tahfiz yang unggul dalam melahirkan graduan Al-Quran yang berkualiti, profesional dan berdaya saing.

Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 17/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ & π’πˆππ€π‘ π‘π€πŒπ€πƒπ€π

12 Mac 2026 (Khamis) – Pihak Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) bersama Persatuan Alumni Institut Al-Quran Darul Aman (FAIQ) telah berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada mantan pensyarah IQDAR, Mat Rani bin Abdul Manaf, yang banyak berjasa dalam mendidik serta membimbing para pelajar di institut tersebut.

Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah sebagai tanda ingatan, penghargaan dan kasih sayang terhadap seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu serta pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatannya di IQDAR.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Fakhrul Razi bin Mihat, Pengarah IQDAR; Mohd Zakuan bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik/Hal Ehwal Pelajar IQDAR; barisan pensyarah-pensyarah IQDAR; Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni serta Mohamad Idrus bin Ismail, mantan Pengarah IQDAR.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau, memanjangkan usia dalam keberkatan serta membalas segala jasa dan pengorbanannya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 17/03/2026

π€π†πˆπ‡π€π 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ πƒπˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πƒπ€πŠπ–π€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

16 Mac 2026 (Isnin) – Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah (PDIK) telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk Kali Ke-7 yang diadakan di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah sempena bulan Ramadan bagi tahun 2026.

Program ini melibatkan kakitangan Yayasan Islam Negeri Kedah yang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai serta para pengunjung yang hadir. Inisiatif ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di samping berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat.

Program ini juga merupakan agihan bubur lambuk yang terakhir bagi Ramadan 2026/1447H pada tahun ini. Sepanjang penganjuran program ini, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat telah membolehkan aktiviti ini dilaksanakan dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat.

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 17/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

15 Mac 2026 (Ahad) – Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah (PDIK) telah menganjurkan Program Alor Setar Bertadarus dan Khatam Al-Quran 2026/1447H yang berlangsung di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.

Program ini telah dirasmikan oleh Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Program ini turut disertai oleh pelbagai jabatan kerajaan, agensi, badan berkanun, pelajar-pelajar sekolah serta individu daripada masyarakat setempat. Penyertaan daripada pelbagai pihak ini mencerminkan sokongan dan komitmen bersama dalam mengimarahkan bulan Ramadan melalui penganjuran aktiviti keagamaan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan kerajaan, agensi serta masyarakat. Aktiviti tadarus dan khatam Al-Quran yang dilaksanakan memberi peluang kepada para peserta untuk bersama-sama menghayati keindahan ayat-ayat suci Al-Quran serta meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuhkan lagi semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 17/03/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€π†πˆπ‡π€π ππ„πŠ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 - π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ€π‡πˆπ˜π€π‡ π€π‹πŽπ‘ 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 πŠπ„πƒπ€π‡

11 Mac 2026 (Rabu) – Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) melalui Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah (PDIK) telah mengadakan program serahan pek makanan berbuka puasa kepada petugas di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah.

Program ini bertujuan menghargai serta menyantuni petugas kesihatan yang bertugas sepanjang bulan Ramadan. Beberapa pek makanan berbuka puasa telah diserahkan kepada para petugas sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Inisiatif ini juga diharapkan dapat menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyuntik motivasi kepada petugas kesihatan yang terus berkhidmat tanpa mengira waktu demi kesejahteraan rakyat.

Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah

Photos from Yayasan Islam Negeri Kedah's post 17/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„πŠ πŒπ€πŠπ€ππ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π π˜π€π˜π€π’π€π πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

12 Mac 2026 (Khamis) – Majlis penyerahan bantuan pek berbuka puasa kepada pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Negeri Kedah telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan kebajikan kepada warga kerja yayasan.

Bantuan tersebut telah diagihkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YINK, Abdul Halim Hassan, AMK., BCK. kepada pegawai dan kakitangan yang hadir.

Program ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja YINK sepanjang bulan Ramadan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


56A, Jalan Teluk Wanjah
Alor Setar
05200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00