22/10/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ๐๐๐๐
Kota Setar, 22 Oktober 2026 โ Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Supt Hilmi bin Ahmad bersama Ketua Polis Balai Alor Setar, Insp Douglas anak Tugau telah hadir ke Majlis Sambutan Jubli Tembikar Invest Kedah Berhad dan Pelancaran Buku Pelaburan dan Industri Negeri Kedah 2021โ2025 yang berlangsung di Ballroom Hotel Serasi Padi, Alor Setar.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, yang turut menyampaikan ucapan perasmian dan melancarkan buku berkenaan.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Invest Kedah Berhad dalam mempromosikan perkembangan pelaburan dan industri negeri Kedah, di samping memperkukuh hubungan kerjasama antara PDRM, kerajaan negeri dan pihak industri.