Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

Share

Menyampaikan info pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengupas isu-isu pemakanan terkini

12/05/2026

🍎✨ Didik Anak Pilih Snek Kurang Gula! ✨🥛
Snek yang sihat membantu anak lebih cergas, fokus dan ceria sepanjang hari 💪😊
✅ Pilih buah-buahan segar
✅ Susu & yogurt rendah gula
✅ Bijirin penuh
✅ Protein sihat seperti telur & kekacang
✅ Sayur-sayuran segar
❌ Kurangkan minuman manis, gula-gula dan makanan segera
💡 Snek bijak, anak sihat!
Mulakan dari rumah, jadikan pilihan sihat sebagai amalan keluarga ❤️

Photos from Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah's post 11/05/2026

Anda s**a makan ubi keledek?....Jom kita lihat khasiat di sebalik warna ubi keledek😎

11/05/2026

Selain waspada pada pengambilan gula dalam makanan dan minuman anak, jangan lupa kawal pengambilan garam anak-anak kita agar tidak berlebihan.

Sumber rujukan: Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents (2023)

08/05/2026

🥛 Haii Hampa....Dah Minum Susu ke Hari Ini?

♦️Susu dan produk tenusu merupakan sumber penting kalsium, protein serta vitamin yang membantu menguatkan tulang dan gigi, menyokong pertumbuhan otot serta meningkatkan sistem imun badan.

♦️Pengambilan susu yang mencukupi setiap hari amat penting untuk semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

♦️Saranan pengambilan harian bagi susu dan produk tenusu ialah 2 sajian sehari.

06/05/2026

Gendang telah dipalu,
Semua warga KKM sudah dialu,
Sasaran 10 ribu langkah jadi pemacu,
“Sihat Itu Saya” azam ini kita palu.

Ehh..kenapa tiba-tiba admin berpantun hari ini. Saja posting hari ni admin nak bagi pantun🤭

Sebelum tu, korang perasan tak? Sekarang ni kat mana-mana pun orang sibuk kejar 10,000 langkah. Pagi jalan, petang jalan, ada yang lompat-lompat, ada yang berjoging sampai dalam mall pun sanggup pusing 3-4 kali demi nak tengok angka kat jam tu jadi 10k. 🏃‍♂️💨 Admin pun sama hari-hari mengejar sasaran 10K langkah 😂.

Sebenarnya Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah untuk memperkukuh pembudayaan hidup aktif dalam kalangan penjawat awam dengan melaksanakan Cabaran Langkah Sihat Antara Jabatan Kesihatan Negeri selama 90 hari yang bermula pada 27 April 2026 hari tu dan ramai telah menyertai program ini bukan sahaja warga KKM tapi berjangkit pada seluruh rakyat Malaysia💪

Jadi, admin nak ambil peluang ini untuk menyahut Cabaran Langkah Sihat ini dengan strategi yang lebih lengkap dan PADU! 🚀

Sebab apa? Sebab admin perasan, ramai yang dah mula 'perform' tang kaki, tapi 'tewas' tang rupa paras pinggan dan ada air manis masih tidak dikawal 🤭. Itu namanya kita cuma memenatkan badan, bukan menyihatkan badan! 🛑

Jadi jom kita 'lock' pemakanan kita dengan 4 Simple Rules ni sepanjang cabaran:

1. Suku-Suku Separuh (Wajib!): 🥗
Bayangkan pinggan kita tu sebagai peta kejayaan. Suku nasi, suku protein (ikan/ayam), dan separuh lagi mesti sayur dan buah. Ini kunci rahsia nak rasa kenyang lama tapi kalori tetap terjaga.

2. Air Kosong Sebagai 'Best Friend': 🥤
Lupakan air berwarna, air bergas, atau air 'viral' yang penuh gula tu. Air kosong bukan saja sifar kalori, tapi dia bantu sistem badan kita proses pembakaran lemak dengan lebih efisien sepanjang kita berjalan 10k langkah tu.

3. Gantikan 'Deep Fried' kepada Grill/Rebus: 🍗
Kita dah penat-penat bakar kalori dengan berjalan, janganlah kita tambah balik kalori tu dengan minyak yang bertakung. Pilih masakan yang lebih bersih dan kurang berminyak.

4. Manis Itu 'Reward', Bukan Kewajipan: 🍬
Nak makan manis tak salah, tapi berpada-pada. Ambil sekadar rasa, bukan sampai kenyang dengan gula. Ingat, gula berlebihan adalah musuh utama dalam misi 90 hari kita ni!

Ingat pesanan admin ni:

Ulam segar atas meja,
Air kosong teman setia,
Kalau nak badan lebih bertenaga,
Kurang manis itu kuncinya 🔑

Pinggan sihat jangan dilupa,
Suku-suku separuh jadi budaya,
Bukan susah pun nak jaga,
Yang penting konsisten setiap masa 💪

Langkah jalan jangan berhenti,
10 ribu langkah jadi saksi,
Bila makan pun kita kawal diri,
“Sihat Itu Saya” bukan lagi mimpi 🔥.

Jadi sapa-sapa nak berpantun dengan admin, boleh komen ya😁

02/05/2026

Selamat Hari Pekerja! 💼 Belum terlambat untuk admin ucapkan TERIMA KASIH atas setiap usaha dan keringat anda yang merupakan nadi kepada kekuatan negara.

Admin rasa lama lagi nak bersara. Follower2 admin juga sama kn.🫢🫢 Jadi kalau nak kekal produktif dan sihat sampai bersara. Pemakanan Sihat bukan lagi pilihan ia satu KEWAJIPAN DAN KEPERLUAN.

JOM pekerja-pekerja semua tak kira dari sektor mana swasta atau awam. Jom Amalkan konsep Suku-Suku-Separuh, kurangkan makanan tinggi gula, garam dan lemak supaya tenaga kekal sepanjang hari tanpa “burnout” kesihatan. Jangan lupa juga selitkan masa bersenam dalam jadual kita😉

Ingat, kerja boleh dikejar. Tapi perlaburan terbaik adalah Kesihatan Diri kita. Jaga dari sekarang💪🥗



Photos from Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah's post 29/04/2026

Selepas admin share berkaitan Obesiti kanak-kanak. Ramai ibu bapa DM admin. Risau berkaitan perkara ini. Terima kasih ibu bapa yang berkongsi rasa risau tentang status pemakanan atau keadaan berat anak❤️

“Tapi Jangan Panik… Kita Masih Sempat Ubah”

Perasaan ibu bapa yang risau itu normal. Bila sebut tentang anak, perkara kecil pun boleh buat kita risau. Itu tanda sayang. Admin pun rasa benda yang sama.

Tapi berita baiknya. Obesiti kanak-kanak boleh dicegah dan dikawal 💪💪💪

Macam mana nak buat!!! Perubahan kecil di rumah sudah cukup untuk mula, tidak perlu terlalu drastik dan tidak perlu diet yang terlalu ketat. Kita berikan anak-anak kita ruang dan masa untuk perubahan ini.

Mulakan dengan 4 langkah mudah:
🍽️ 1. Air kosong jadi pilihan utama Kurangkan air manis sedikit demi sedikit (bukan terus berhenti).
🥗 2. Perbaiki satu hidangan sehari Contoh: tambah sayur, kurangkan makanan bergoreng.
🏃‍♂️ 3. 60 minit aktif setiap hari tak semestinya s**an - bermain, berlari, berbasikal pun cukup.
📱 4. Kurangkan masa skrin gantikan dengan aktiviti bersama keluarga.

Admin share juga contoh menu seimbang yang boleh beri idea pada ibu bapa corak makan anak kita di rumah.

Ingat ibu bapa diluar sana “Tak perlu sempurna, yang penting kita mula.” Kita jaga anak kita langkah demi langkah 💪 Kerana sihat itu saya.



22/04/2026

"Air Manis Penyumbang Kepada Kenaikan Berat Badan 🤦‍♀️"

Nampak macam biashe-biashe jer.. Tapi rupa-rupanya kalori 1 hidangan minuman manis yang viral masa kini menyamai dengan kalori sepinggan nasi🤯🤯🤯. Lebih dahsyat lagi ada individu yang gemar makan nasi bersama-sama dengan air manis😵‍💫.
Tabiat begini amatlah bahaya jika diamalkan selalu.

Nak kenyang dengan nasi atau nak kenyang dengan air manis?
Pilihan di tangan anda. Jika anda bijak, anda akan pilih kenyang dengan nasi yang dimakan bersama protein, sayur serta buah. Bukan kenyang dengan air manis yang langsung tiada kandungan zat atau nutrien. Lagipun kenyang nya sekejap sahaja. Lepas tu mula la nak cari makanan lain.

Buatlah pilihan yang bijak kerana pilihan anda itu akan menentukan masa depan anda. Ingat, kesihatan perlu dijaga dari sekarang sebelum penyakit menjengah kita.



21/04/2026

"Comel Sekarang, Tapi..." 💔
Kita selalu dengar cakap-cakap orang dulu, "Alah, nanti dah besar, dia tinggi lah tu, susutlah lemak tu." Tapi realitinya, statistik tidak berkata begitu.

Statistik menunjukkan realiti yang agak membimbangkan. Jika kita rasa obesiti ini cuma "fasa kanak-kanak", data membuktikan sebaliknya. Berdasarkan tinjauan dan data kesihatan terkini (termasuk unjuran daripada kajian NHMS Malaysia):

Kebarangkalian Kanak-kanak Obes menjadi Dewasa Obes adalah 70% hingga 80%. Kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti pada usia 6 hingga 8 tahun berkemungkinan besar akan kekal obes sehingga dewasa.

Nisbah 3:10: Daripada 10 orang kanak-kanak yang obes secara purata hanya 3 orang sahaja yang berjaya mencapai berat badan normal apabila dewasa. 7 yang lain terus bergelut dengan masalah berat badan.

Justeru itu, Obesiti kanak-kanak bukan sekadar isu rupa paras, tapi isu masa depan mereka.

Kenapa kita perlu risau?
Ia boleh membawa kepada:
⚠️ Kencing manis awal
⚠️ Tekanan darah tinggi
⚠️ Keyakinan diri rendah
⚠️ Risiko penyakit kronik bila dewasa

Jadi Jom Ubah "Sayang" Kepada "Tindakan" 🛡️
Sayangkan anak bukan bermaksud kita penuhi setiap permintaan makanan segera atau air manis mereka. Sayang yang sebenar adalah memastikan tubuh mereka mampu bertahan lama untuk melihat dunia.

Jom Langkah Kecil, Impak Besar:
Suku-Suku Separuh: Jadikan pinggan sihat sebagai rutin, bukan paksaan.

Air Kosong adalah Hero: Gantikan air kotak/manis dengan air kosong. Letak botol air comel untuk tarik minat mereka.

Aktif Bersama: Jangan suruh anak bersenam sorang-sorang. Jom bawa mereka ke taman, kayuh basikal, atau sekadar berkejar-kejaran di laman rumah.

Tidur Cukup: Kurang tidur sebenarnya mengganggu hormon lapar anak-anak, membuatkan mereka mahu makan lebih banyak.

Ibu Ayah, jom kita mulakan hari ini.mulakan dengan langkah pertama untuk kesayangan kita..


Photos from Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah's post 19/04/2026

Program Menu Sihat Perpaduan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026🥗

🗓️Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang
📍Tempat: Alor Star Mall

Anjuran: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah

Peserta terdiri daripada Guru, Penolong Guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid Taska dan Tabika Perpaduan dari setiap daerah di negeri Kedah.

Antara aktiviti yang dijalankan:
📌 Pameran pemakanan sihat
📌 Ceramah pemakanan sihat oleh Pn Siti Nurhamiza binti Rosali, Pegawai Sains Pemakanan
📌 Kuiz Piramid Makanan Sihat-Permainan Interaktif
Kanak-kanak Taska Perpaduan Berkumpulan
📌 Demonstrasi Menu Sihat oleh pelajar Food Institute of Malaysia
📌 Pertandingan Chef Cilik
📌 Pertandingan Bento Sihat
📌 Pertandingan Papa Chef Mama Deco

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Musa bin Kamis, Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Kedah. Turut hadir, Pn. Suriana binti Johari, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Semoga program sebegini diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memupuk amalan pemakanan sihat.




Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

https://sites.google.com/moh.gov.my/pemakanankedah/halaman-utama

Address


Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00