INSPIN

Call Directions Website

INSPIN "PENYEDIA LATIHAN TERBAIK DI WILAYAH UTARA"

To be an 'INTEGRITY PARTNER' (RAKAN INTEGRITI) in knowledge management and integrity in promoting successfull knowledge discussion and academic, to render investigational programmes and consultation services in the northern region

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME AKRAB NEGERI KEDAH๐Ÿ“… TARIKH: 6 OKTOBER 2026๐Ÿ“ TEMPAT: KEDAH DIGITAL LIBRARY๐Ÿค ANJURAN: B...
06/10/2026

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME AKRAB NEGERI KEDAH

๐Ÿ“… TARIKH: 6 OKTOBER 2026
๐Ÿ“ TEMPAT: KEDAH DIGITAL LIBRARY
๐Ÿค ANJURAN: BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), PSUK KEDAH DENGAN KERJASAMA INSPIN

Kursus ini bertujuan memperkukuh profesionalisme dan meningkatkan kompetensi ahli AKRAB dalam melaksanakan peranan sebagai rakan pembimbing serta menyokong kesejahteraan warga perkhidmatan awam.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memupuk persekitaran kerja yang positif, harmoni dan sejahtera.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 3/2026๐Ÿ“… 4 โ€“ 8 OKTOBER 2026 (HARI 1,2 & 3)๐Ÿ“ DEWAN KCS, INSPIN๐Ÿค ANJURAN: BAHAGIAN PENGURUS...
06/10/2026

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 3/2026

๐Ÿ“… 4 โ€“ 8 OKTOBER 2026 (HARI 1,2 & 3)
๐Ÿ“ DEWAN KCS, INSPIN
๐Ÿค ANJURAN: BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSUK KEDAH) DENGAN KERJASAMA INSPIN

Program Transformasi Minda Siri 3/2026 telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh pengetahuan, membentuk pemikiran yang positif serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan peserta selaras dengan keperluan perkhidmatan awam yang dinamik.
Program ini turut menjadi platform dalam memupuk nilai-nilai profesionalisme, integriti, kompetensi serta semangat kerja berpasukan bagi melahirkan warga perkhidmatan awam yang berdaya saing, berwibawa dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa.
Semoga pelaksanaan program ini dapat memberikan manfaat dan nilai tambah kepada para peserta dalam meningkatkan kualiti diri serta menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkualiti dan berkesan.





PROGRAM KENALI GEOTAPAK JERAI GEOPARK: PENDIDIKAN INTERPRETASI DAN PEMULIHARAAN GEOLOGI๐Ÿ“… 1 OKTOBER 2026๐Ÿ“ SK TEROI, YAN /...
01/10/2026

PROGRAM KENALI GEOTAPAK JERAI GEOPARK: PENDIDIKAN INTERPRETASI DAN PEMULIHARAAN GEOLOGI

๐Ÿ“… 1 OKTOBER 2026
๐Ÿ“ SK TEROI, YAN / SEKITAR GEOTAPAK JERAI GEOPARK

๐Ÿค ANJURAN: BPEN PSUK KEDAH DARUL AMAN DENGAN KERJASAMA INSPIN

Program Kenali Geotapak Jerai Geopark: Pendidikan Interpretasi dan Pemuliharaan Geologi telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan warisan geologi serta pemuliharaan khazanah alam semula jadi di kawasan Jerai Geopark.
Program ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat keunikan geologi, nilai warisan serta kepentingan pemeliharaan geotapak melalui pendekatan pendidikan interpretasi yang lebih interaktif dan berasaskan pengalaman.

Seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru telah menyertai program ini yang berlangsung di SK Teroi, Yan dan sekitar Geotapak Jerai Geopark.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat memupuk kesedaran, kecintaan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda untuk bersama-sama menghargai serta memelihara khazanah geologi negeri Kedah agar terus terpelihara untuk generasi akan datang.






PendidikanInterpretasi

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OKTOBER & NOVEMBER 2026โ“Berminat untuk mempelajari perkara baru?โ“Ingin meneroka ilmu baru y...
01/10/2026

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OKTOBER & NOVEMBER 2026
โ“Berminat untuk mempelajari perkara baru?
โ“Ingin meneroka ilmu baru yang boleh memajukan diri?
โ“Anda mahu menjadi orang yang BERJAYA?
LATIHAN DI INSPIN ADALAH JAWAPANNYA ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Pihak INSPIN mempelawa anda untuk mengikuti latihan-latihan yang disediakan mengikut minat dan kesesuaian anda. Program latihan akan dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom).
๐Ÿ“ž Tel: 04 7203 708/712
๐ŸŒ Website: https://inspin.gov.my
๐Ÿ“ฉ Email: [email protected]
๐Ÿ‘ Like page: INSPIN
๐Ÿ“ธ Follow Instagram: inspin__malaysia


UCAPAN TAKZIAHInstitut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) merakamkan salam takziah kepada seluruh...
28/09/2026

UCAPAN TAKZIAH

Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah, bekas Wanita Pertama Malaysia, atas pemergian beliau.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Salam Takziah daripada Pengurusan Besar & seluruh warga kerja INSPIN.

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OKTOBER & NOVEMBER 2026โ“Berminat untuk mempelajari perkara baru?โ“Ingin meneroka ilmu baru y...
27/09/2026

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OKTOBER & NOVEMBER 2026
โ“Berminat untuk mempelajari perkara baru?
โ“Ingin meneroka ilmu baru yang boleh memajukan diri?
โ“Anda mahu menjadi orang yang BERJAYA?
LATIHAN DI INSPIN ADALAH JAWAPANNYA ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Pihak INSPIN mempelawa anda untuk mengikuti latihan-latihan yang disediakan mengikut minat dan kesesuaian anda. Program latihan akan dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom).
๐Ÿ“ž Tel: 04 7203 708/712
๐ŸŒ Website: https://inspin.gov.my
๐Ÿ“ฉ Email: [email protected]
๐Ÿ‘ Like page: INSPIN
๐Ÿ“ธ Follow Instagram: inspin__malaysia


KURSUS HIGH PERFORMANCE TEAM: KECERDASAN MINDA DAN PENGURUSAN EMOSIHARI KEDUA | 25 SEPTEMBER 2026Kursus High Performance...
25/09/2026

KURSUS HIGH PERFORMANCE TEAM: KECERDASAN MINDA DAN PENGURUSAN EMOSI

HARI KEDUA | 25 SEPTEMBER 2026

Kursus High Performance Team: Kecerdasan Minda dan Pengurusan Emosi diteruskan pada hari kedua dengan pengisian yang memberi penekanan terhadap aspek kecerdasan minda, pengurusan emosi serta pembentukan pasukan kerja yang lebih positif, berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Program yang berlangsung di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka ini menjadi platform dalam memperkukuh kefahaman serta kemahiran peserta untuk mengurus emosi, meningkatkan komunikasi dan membina kerjasama berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugasan di organisasi.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan awam serta membentuk pasukan kerja yang lebih cekap, profesional dan berintegriti.

๐Ÿ“ Tempat: Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka
๐Ÿข Anjuran: Bahagian Perumahan, PSUK Kedah dengan kerjasama INSPIN

KURSUS HIGH PERFORMANCE TEAM: KECERDASAN MINDA DAN PENGURUSAN EMOSI๐Ÿ“… 24 โ€“ 25 SEPTEMBER 2026 (HARI 1)๐Ÿ“ MERDEKA BEACH RESO...
24/09/2026

KURSUS HIGH PERFORMANCE TEAM: KECERDASAN MINDA DAN PENGURUSAN EMOSI

๐Ÿ“… 24 โ€“ 25 SEPTEMBER 2026 (HARI 1)
๐Ÿ“ MERDEKA BEACH RESORT, PANTAI MERDEKA

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah menganjurkan Kursus High Performance Team: Kecerdasan Minda dan Pengurusan Emosi yang berlangsung pada 24 hingga 25 September 2026 bertempat di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka.
Kursus ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha memperkukuh kompetensi warga kerja melalui peningkatan kecerdasan minda, pengurusan emosi serta pembentukan pasukan kerja yang lebih positif, berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Semoga pengisian kursus ini dapat memberi manfaat dalam meningkatkan keupayaan peserta mengurus cabaran di tempat kerja serta memperkukuh kerjasama dan semangat berpasukan dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.

ANJURAN:
Bahagian Perumahan, PSUK Kedah
DENGAN KERJASAMA:
Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN)

BENGKEL UNDANG-UNDANG KECIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN๐Ÿ“… 21 โ€“ 22 SEPTEMBER 2026๐Ÿ“ KEDAH DIGITAL LIBRA...
21/09/2026

BENGKEL UNDANG-UNDANG KECIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

๐Ÿ“… 21 โ€“ 22 SEPTEMBER 2026
๐Ÿ“ KEDAH DIGITAL LIBRARY
๐Ÿ›๏ธ ANJURAN: BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN PSUK NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Bengkel Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah telah diadakan sebagai platform bagi memperkukuh pemahaman serta meningkatkan pengetahuan berkaitan peruntukan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan. Program ini turut menjadi medium perkongsian ilmu dan perbincangan dalam memastikan pelaksanaan serta penguatkuasaan undang-undang kecil dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berkesan dan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta memperkukuh kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing demi penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih berkualiti.

๐ŸŒŸ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2026 KINI BERMULA! ๐ŸŒŸโ€‹Hari pertama menyemarakkan semangat perkhidmatan awam! ๐Ÿ’ชโœจ...
20/09/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2026 KINI BERMULA! ๐ŸŒŸ

โ€‹Hari pertama menyemarakkan semangat perkhidmatan awam! ๐Ÿ’ชโœจ

โ€‹Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2026 membuka tirainya secara rasmi hari ini. Semoga seluruh peserta dapat memanfaatkan platform ini untuk menimba ilmu, memantapkan jati diri, serta memperkasakan integriti demi menyampaikan perkhidmatan terbaik buat rakyat dan Negeri Kedah!

โ€‹Selamat berkursus dan teruskan semangat sepanjang 5 hari ini! ๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ

โ€‹๐Ÿ“Œ MAKLUMAT PROGRAM

๐Ÿ“… Tarikh: 20 - 24 September 2026

๐Ÿ“ Tempat: Dewan KCS, INSPIN

๐Ÿ›๏ธ Anjuran: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), PSUK Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama INSPIN

โ€‹

Address

No. 321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047203708

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INSPIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share