Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Share

Umno kedah

Photos from Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah's post 28/05/2026

Ybhg Dato Seri Mahdzir Khalid Bersama Warga Kariah Kg Bukit Dalam Program Ibadah Korban 2026 Bertempat Di Kg Lacok Emat, Kg Bukit, Pokok Sena.

26/05/2026

Demi kecemerlangan anak-anak Kedah dalam pembelajaran, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meluncurkan suatu inisiatif pendidikan iaitu tuisyen percuma melibatkan 113 buah sekolah di sekitar negeri Kedah.

Program ini dinamakan Program Tuisyen Pintar @ KEDA.

Sebanyak RM395,500 disumbangkan oleh Pengerusi KEDA, Dato' Sri Diraja Mahdzir Khalid bagi menjayakan inisiatif ini dalam melahirkan pelajar cemerlang SPM khususnya di kalangan pelajar B40.

Credit : MyCommunity News Kedah

24/05/2026

KEDA sentiasa prihatin kepada kesejahteraan rakyat ........

SEDUTAN UCAPAN Sekitar Majlis Perasmian Krusus Transformasi Peserta Baharu Desa KEDA " Kearah Kemandirian Ekonomi Keluarga " Tahun 2026 yang di sempurnakan oleh Ybhg Dato Seri Mahdzir Khalid Pengerusi LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) di Dewan Kenangan MPSP Sungai Petani Kedah hari ini.

Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Pengurus Pembangunan Komuniti yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Mohd Azam bin Omar serta beberapa pegawai KEDA Daerah dalam Negeri Kedah.

Photos from Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah's post 24/05/2026

Sekitar Majlis Perasmian Krusus Transformasi Peserta Baharu Desa KEDA " Kearah Kemandirian Ekonomi Keluarga " Tahun 2026 yang di sempurnakan oleh Ybhg Dato Seri Mahdzir Khalid Pengerusi LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) di Dewan Kenangan MPSP Sungai Petani Kedah hari ini.

Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Pengurus Pembangunan Komuniti yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Mohd Azam bin Omar serta beberapa pegawai KEDA Daerah dalam Negeri Kedah,

24/05/2026

KEDA TERUS MENYOKONG PRODUK IKS BUMIPUTERA

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan terus komited dalam menyokong pembangunan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera di negeri Kedah bagi memperkasa ekonomi usahawan tempatan dan meningkatkan daya saing produk keluaran luar bandar.

Terbaharu, Syarikat Rajin Food Industries Sdn. Bhd. telah menerima bantuan mesin pembuatan meat ball di bawah Program Insentif Peningkatan Usahawan Terampil (INPUT) Tahun 2025 bagi membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat tersebut.

Syarikat berkenaan mengusahakan pembuatan makanan berasaskan daging serta produk makanan segera yang semakin mendapat permintaan dalam pasaran tempatan.

Pengerusi KEDA, YBhg Dato' Seri Mahdzir bin Khalid berkata, pihaknya berharap usahawan bumiputera terus konsisten, berinovasi dan berdaya saing bagi memastikan produk keluaran mereka mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

“KEDA mengharapkan agar produk ini dapat memasuki pasaran antarabangsa dan menyertai pameran berprestij seperti MIHAS serta platform perdagangan lain,” katanya ketika lawatan ke premis syarikat tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa KEDA akan terus membimbing dan membantu usahawan tempatan agar dapat berkembang secara mampan serta memperoleh pensijilan yang ditetapkan bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk keluaran mereka.
Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg Dato' Shahanim binti Mohamad Yusoff, Pengurus Besar KEDA, YBhg Puan Hajah Afifah binti Haji Omar, Timbalan Pengurus Besar KEDA, Encik Khairul Azmeer Abu Bakar serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Usahawan KEDA.

Photos from Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah's post 24/05/2026

Sekitar Lawatan Kerja Ybhg Dato Seri Mahdzir Khalid Pengerusi LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) ke Kilang Rajin Food Industry Sdn Bhd di Sungai Petani pagi tadi.

Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Hajah Afifah binti Haji Omar dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar serta beberapa pegawai KEDA.

Photos from Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah's post 23/05/2026

Sekitar Mesyuarat Agung Usahanita Negeri Kedah Kali ke 12 yang dipengerusikan oleh Ybhg Dato Ariffin Man Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dii Tingkat 7 Bilik Mesyuarat Utama Bangunan Tunku UMNO Negeri Kedah pagi ini.

22/05/2026

Podcast Ulangtahun UMNO Yang Ke-80 Saksikan kupasan menarik dan pendapat panel tentang isu-isu semasa. Panel: Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Moderator : Syafiq Saharuddin


22/05/2026

Saksikan Malam ini Bersama Dato Seri Mahdzir Khalid Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah .....

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Tunku Ibrahim
Alor Setar
05000