E-Idaman Sdn Bhd

Call Directions Website

E-Idaman Sdn Bhd E-Idaman Sdn. Bhd. is a waste management solution provider currently operating in the Northern Region

TAHNIAH PEMENANG 9.9 CONTEST DTRC BULAN SEPTEMBER 2026 !!Tahniah Puan Syiha - Kt Be  dipilih menjadi pemenang bertuah ba...
02/10/2026

TAHNIAH PEMENANG 9.9 CONTEST DTRC BULAN SEPTEMBER 2026 !!

Tahniah Puan Syiha - Kt Be dipilih menjadi pemenang bertuah bagi 9.9 contest DTRC bulan September. Pemenang menerima baucer Cmart bernilai RM60 dan Cenderahati Istimewa E-Idaman Sdn Bhd di Drive Thru Recycle Centre (DTRC), Kangar Perlis.

Hadiah disampaikan oleh En. Sobaruddin, Pengurus Unit Perkhidmatan Kangar, Perlis kepada wakil pemenang. Terima kasih semua kerana telah melakukan kitar semula dan menghantar barang kitar semula ke DTRC.

Kepada yang tidak berjaya boleh mencuba pada contest DTRC 10.10 pada bulan Oktober. Teruskan membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

01/10/2026
‼️URGENT HIRING‼️JAWATAN KOSONG E-IDAMAN SDN BHDPEKERJA RENDAH AMLokasi Kerja : PENDANGKelayakan:- Warganegara Malaysia-...
29/09/2026

‼️URGENT HIRING‼️

JAWATAN KOSONG E-IDAMAN SDN BHD

PEKERJA RENDAH AM

Lokasi Kerja : PENDANG

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 20-35 tahun
- Kelulusan minimum Darjah 6 (Boleh Membaca & Menulis
- Memiliki lesen memandu B2 atau D

Faedah Menarik :
- Caruman KWSP dan PERKESO
- Elaun Produktiviti
- Kelayakan Cuti Tahunan
- Kemudahan Perubatan dan lain-lain

Tarikh tutup permohonan :04 Oktober 2026

Sekiranya anda berminat, boleh mengambil borang permohonan pekerjaan di alamat yang tertera.




‼️URGENT HIRING‼️JAWATAN KOSONG E-IDAMAN SDN BHDPEKERJA RENDAH AMLokasi Kerja : YANKelayakan:- Warganegara Malaysia- Ber...
29/09/2026

‼️URGENT HIRING‼️

JAWATAN KOSONG E-IDAMAN SDN BHD

PEKERJA RENDAH AM

Lokasi Kerja : YAN

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 20-35 tahun
- Kelulusan minimum Darjah 6 (Boleh Membaca & Menulis
- Memiliki lesen memandu B2 atau D

Faedah Menarik :
- Caruman KWSP dan PERKESO
- Elaun Produktiviti
- Kelayakan Cuti Tahunan
- Kemudahan Perubatan dan lain-lain

Tarikh tutup permohonan :04 Oktober 2026

Sekiranya anda berminat, boleh mengambil borang permohonan pekerjaan di alamat yang tertera.




TAKLIMAT PENGURUSAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN APLIKASI IDAMANXCHANGE KEPADA KAKITANGAN DASH RESORT LANGKAWILANGKAWI, 28 ...
28/09/2026

TAKLIMAT PENGURUSAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN APLIKASI IDAMANXCHANGE KEPADA KAKITANGAN DASH RESORT LANGKAWI

LANGKAWI, 28 SEPTEMBER 2026 – Satu sesi taklimat berkaitan Pengurusan Barangan Kitar Semula dan Aplikasi IdamanXchange telah diadakan kepada kira-kira 30 kakitangan Dash Resort Langkawi di sini.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Syafiq bin Zuki dari Bahagian Komunikasi Korporat E-Idaman Sdn. Bhd.

Sesi taklimat memberi pendedahan kepada para kakitangan mengenai kepentingan amalan pengasingan sisa di punca bagi memastikan pengurusan sisa yang lebih berkesan dan mesra alam.

Pihak E-Idaman turut menyatakan komitmen untuk sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak DASH Resort dalam usaha melaksanakan pengurusan serta amalan kitar semula secara berterusan.




SALAM TAKZIAH Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mo...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat dan menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

Daripada :-
Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja E-Idaman Sdn Bhd.

TAKLIMAT KESEDARAN KITAR SEMULA IDAMANXCHANGE Program Taklimat Kesedaran Kitar Semula IdamanXchange telah diadakan pada ...
27/09/2026

TAKLIMAT KESEDARAN KITAR SEMULA IDAMANXCHANGE

Program Taklimat Kesedaran Kitar Semula IdamanXchange telah diadakan pada 27 September 2026 di Serdang Hall, Bandar Baharu.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama E-Idaman bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengasingan sisa dan amalan kitar semula.

Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Komunikasi Korporat, yang berkongsi maklumat berkaitan pengurusan sisa pepejal, kepentingan kitar semula serta peranan masyarakat dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Turut hadir ke majlis ini ialah Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga taklimat yang disampaikan dapat memberi manfaat serta menggalakkan lebih ramai masyarakat mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian.








HARI CUCI-CUCI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH SUNGAI PETANI 2026 Program Hari Cuci-Cuci Malaysia Peringkat Daerah Sungai Peta...
27/09/2026

HARI CUCI-CUCI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH SUNGAI PETANI 2026

Program Hari Cuci-Cuci Malaysia Peringkat Daerah Sungai Petani telah berlangsung dengan jayanya pada 26 September 2026 (Sabtu) di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ini telah menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, swasta serta komuniti setempat dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar. E-Idaman Sdn. Bhd. Unit Perkhidmatan Sungai Petani turut mengambil bahagian dengan menganjurkan program Trash To Cash, yang memberi peluang kepada orang ramai menukarkan barangan kitar semula kepada wang tunai sambil menggalakkan amalan pengasingan sisa dan kitar semula.

Selain itu, beberapa agensi turut membuka reruai pameran dan pendidikan alam sekitar, termasuk SWCorp Kedah, bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengurus Unit Perkhidmatan Sungai Petani, Encik Zulkifli Ishak, yang bersama-sama menyokong usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kebersihan persekitaran.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat menjaga kebersihan dan mengamalkan kitar semula terus menjadi budaya dalam komuniti demi persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari.











E-IDAMAN SERTAI HARI CUCI MALAYSIA 2026 GOMBAK, 26 SEPTEMBER 2026 – E-Idaman Sdn. Bhd. turut menyertai Program Hari Cuci...
27/09/2026

E-IDAMAN SERTAI HARI CUCI MALAYSIA 2026

GOMBAK, 26 SEPTEMBER 2026 – E-Idaman Sdn. Bhd. turut menyertai Program Hari Cuci Malaysia 2026 yang berlangsung di Pasar Taman Sri Gombak, dalam usaha bersama memperkukuh budaya kebersihan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Program berskala mega ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bersempena Hari Cuci Malaysia dan World Cleanup Day 2026. Inisiatif ini diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama strategik SWCorp, serta penglibatan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.

Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam menggalakkan penglibatan masyarakat secara aktif dalam menjaga kebersihan persekitaran, di samping memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan kawasan yang bersih, selamat dan lestari.

Turut hadir ialah Encik Munir Amani Dasheer, Ketua Pegawai Operasi E-Idaman Sdn Bhd, dan Encik Ahmad Zikry Badrin, Ketua Operasi Konsesi E-Idaman Sdn Bhd.

E-Idaman komited untuk terus bersama masyarakat dalam membudayakan amalan kebersihan dan kelestarian alam sekitar demi persekitaran yang lebih bersih dan sejahtera.

LAWATAN TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUSAN) SWCORP KE PULAU LANGKAWILANGKAWI, 26 September 2026 – Satu lawatan...
27/09/2026

LAWATAN TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUSAN) SWCORP KE PULAU LANGKAWI

LANGKAWI, 26 September 2026 – Satu lawatan kerja oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tuan Syahrul Nizam Bin Saleh ke Pulau Langkawi telah diadakan bagi meninjau secara dekat operasi, pengurusan kebersihan serta penggunaan teknologi dan peralatan moden dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kebersihan di kawasan operasi.

Antara pengisian utama lawatan adalah program walkabout di beberapa lokasi terpilih bagi melihat keadaan persekitaran, tahap kebersihan serta operasi di lapangan.

Program ini turut memberi peluang untuk berinteraksi secara langsung bersama petugas dan mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan kerja di lapangan.

Selain itu, turut diadakan demonstrasi penggunaan Road Sweeper EV, iaitu kenderaan penyapu jalan berkuasa elektrik yang diperkenalkan sebagai salah satu usaha ke arah penggunaan teknologi yang lebih moden dan mesra alam dalam operasi.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam memastikan aspek kebersihan, kecekapan operasi, inovasi serta kelestarian alam sekitar terus diberi perhatian.

Hadir sama, Encik Mohd Fadzly Bin Ariffin dari Ketua Jabatan Perancangan dan Operasi (OPD) E-Idaman dan Tuan Khairul Rizzuan Che Ait, Pengurus SWCorp Cawangan Langkawi.

Address

WISMA IDAMAN, NO 163 & 164, Jalan BSG 4, BANDAR STARGATE
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+601800887472

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-Idaman Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category