KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the organization

KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang Laman Facebook rasmi Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang

16/09/2026

πŸ”₯ BAHANG MAKIN TERASA! πŸ”₯

Sorakan bakal bergema, semangat juang kian membara, dan gelanggang akan menjadi saksi kehebatan para atlet daripada empat sektor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)!

Karnival Sukan KKDW 2026 bakal mempertandingkan 12 acara sukan dengan membawa tema β€œπ˜šπ˜Άπ˜¬π˜’π˜― π˜₯𝘒𝘯 π˜›π˜¦π˜¬π˜―π˜°π˜­π˜°π˜¨π˜ͺ π˜ˆπ˜β€.πŸ€–πŸ†

Ayuh hadir, rasai debarannya dan berikan sorakan padu kepada para atlet yang bakal beraksi!

πŸ“… πŸπŸ•-𝟐𝟎 π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” (𝐊𝐑𝐚𝐦𝐒𝐬 - π€π‘πšπ)





16/09/2026
14/09/2026
14/09/2026

[THINKTANK@KKDW]

MY RURAL INSIGHTS: JOM BACA TERBITAN THINKTANK@KKDW!

​Pendidikan STEM bukan sekadar tentang subjek di bilik darjah, tetapi menjadi pemangkin yang membuka peluang, membina keyakinan dan membentuk laluan untuk generasi muda bersaing pada peringkat tertinggi. Dalam konteks pembangunan luar bandar, program intervensi yang tepat turut memainkan peranan penting bagi memperkasakan potensi anak-anak desa agar mampu meningkatkan daya saing, membina masa depan dan menyumbang kepada pembangunan komuniti serta negara.

​Menerusi inisiatif THINKTANK@KKDW, My Rural Insights (MRI) yang diterajui oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai hasil kajian, penulisan dan perkongsian ilmu tentang pembangunan desa. Kupasan ini mengajak kita melihat pendidikan STEM dari sudut yang lebih luas, bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi sejauh mana pendidikan mampu mencipta peluang dan memperkasakan generasi muda.

Jom terokai MRI Magazine, Quick Case, My Rural Insights Journal dan International Outreach menerusi portal gov.myruralinsights.com untuk mendapatkan lebih banyak bahan ilmiah dan informasi berkaitan dengan pembangunan desa!

​


14/09/2026

INFO KKDW@KEDA

PROJEK PEMBANGUNAN SAWAH DI KAWASAN WILAYAH KEDA

Memperkasa Ekonomi Penduduk

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkukuh agenda pembangunan infrastruktur luar bandar selaras dengan matlamat meningkatkan keterjaminan makanan dan taraf hidup masyarakat desa.

Melalui pelaksanaan Projek Pembangunan Sawah di Kawasan Wilayah KEDA yang bermula sejak tahun 2022 dengan peruntukan RM5 juta, inisiatif ini telah membuahkan hasil yang signifikan.

Usaha ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti pertanian, malah berjaya menambah pendapatan serta memperbaiki kualiti hidup komuniti setempat secara keseluruhan.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang








01/09/2026
30/08/2026

π…π€πŠπ“π€ ππ„π†π€π‘π€πŠπ” πŸ‡²πŸ‡Ύ | 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π˜π”, 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 π‰πˆπ–π€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

Bahasa Melayu bukan sekadar Bahasa Kebangsaan. Ia bahasa yang dekat di hati, yang kita dengar sejak kecil dan gunakan untuk bertegur sapa serta mengeratkan hubungan tanpa mengira kaum, budaya atau bahasa ibunda.

Sempena Bulan Kebangsaan, ayuh kita terus memartabatkan Bahasa Melayu dengan rasa cinta dan bangga. Dalam setiap kata, ada semangat perpaduan yang menyatukan kita sebagai satu keluarga besar Malaysia. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ






Address

Tingkat 7, Wisma Persektuan Alor Setar, Jalan Kampung Baru
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047314957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang:

Shortcuts

Share