Hospital Sultanah Bahiyah

Call Directions Website Contact the organization

Hospital Sultanah Bahiyah Facebook Rasmi HSB. Sebarang pertanyaan atau aduan mohon kemukakan secara emel [email protected]

17 Perkhidmatan Kepakaran

Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit)
Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri)
Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)
Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)
Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Reproductive dan Urogynaecology)
Anestesiologi (Rawatan Rapi)
Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)
Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)
Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)
Forensik (Histopatologi)
Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)
Oral Maksilofacial
Radiologi
Perubatan Transfusi
Perubatan Kecemasan
Pergigian Pediatrik
Perubatan Rehabilitasi

𝐇𝐒𝐁 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπ€π‹π€πŒ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‰πππŒ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„-πŸ•πŸ– 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”5 OKTOBER 202...
06/10/2026

𝐇𝐒𝐁 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπ€π‹π€πŒ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‰πππŒ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„-πŸ•πŸ– 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

5 OKTOBER 2026; Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berbesar hati menjadi lokasi Program Sentuhan Kasih JPNM sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) Ke-78 Tahun 2026, anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Hospital Sultanah Bahiyah.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh ceria dan bermakna ini menyantuni ibu-ibu yang baru sahaja melalui detik istimewa menyambut kelahiran cahaya mata.

YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, bersama YBrs. Puan Faraisha Adira binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA JPNM Negeri Kedah dan YBrs. Dr. Akmal Naziah binti Dato’ Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Perubatan 1, Hospital Sultanah Bahiyah, telah berkesempatan menyampaikan hamper barangan keperluan bayi serta baucer kepada 11 orang ibu yang telah selamat melahirkan bayi bermula jam 12.00 tengah malam sehingga berlangsungnya program ini.

Lebih istimewa, para waris bayi turut menerima Pas VIP Fast Lane bagi memudahkan urusan pendaftaran kelahiran di semua cawangan JPNM di Negeri Kedah.

Sebagai tanda kasih dan penghargaan, sumbangan yang sama turut disediakan kepada semua bayi yang dilahirkan di HSB sehingga jam 11.59 malam pada 5 Oktober 2026.

Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan JPNM dan PUSPANITA terhadap keluarga yang baru menerima cahaya mata, malah memperlihatkan sinergi erat antara agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih mesra, prihatin dan dekat dengan masyarakat.

HSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JPNM Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas kesudian menyantuni ibu-ibu serta bayi yang dilahirkan di HSB melalui program yang penuh bermakna ini.

05/10/2026

π—¦π—˜π— π—•π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—”π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—”π—žπ—”π—₯ - π—”π—Ÿπ—£π—› & π—‘π—šπ—’: π—₯π—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π— π—•π—œπ—‘π—” 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑 π—›π—’π—¦π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘π—”π—› π—•π—”π—›π—œπ—¬π—”π—›

Ikuti temu bual bersama dua ahli panel yang hebat, berkongsi pengalaman dalam menyokong perkhidmatan di HSB.


π—¦π—˜π— π—•π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—”π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—”π—žπ—”π—₯ - π—”π—Ÿπ—£π—› & π—‘π—šπ—’: π—₯π—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π— π—•π—œπ—‘π—” 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑 π—›π—’π—¦π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘π—”π—› π—•π—”π—›π—œπ—¬π—”π—›Saksikan episod terakhir Seaso...
04/10/2026

π—¦π—˜π— π—•π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—”π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—”π—žπ—”π—₯ - π—”π—Ÿπ—£π—› & π—‘π—šπ—’: π—₯π—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π— π—•π—œπ—‘π—” 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑 π—›π—’π—¦π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘π—”π—› π—•π—”π—›π—œπ—¬π—”π—›

Saksikan episod terakhir Season 1 (Episod ke-12) Sesi Podcast SSBP Hospital Sultanah Bahiyah yang akan menampilkan ahli panel yang hebat, berkongsi pengalaman dalam menyokong perkhidmatan di HSB.

πŸ—“οΈ Tarikh: 05 Oktober 2026, Isnin
πŸ•’ Masa: 10.00 Pagi
πŸ“ Platform: page Hospital Sultanah Bahiyah

π—™π—œπ—¦π—œπ—’π—§π—˜π—₯π—”π—£π—œ 𝗛𝗦𝗕 π——π—˜π—žπ—”π—§π—œ π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—¨π—¦π—œ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 - π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔JITRA, 2 Oktober 2026 – Dataran Masjid...
04/10/2026

π—™π—œπ—¦π—œπ—’π—§π—˜π—₯π—”π—£π—œ 𝗛𝗦𝗕 π——π—˜π—žπ—”π—§π—œ π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—¨π—¦π—œ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 - π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔

JITRA, 2 Oktober 2026 – Dataran Masjid Tuan Guru Haji Ishak, Kampung Pulau Pisang menjadi lokasi Program CSR β€œBersatu untuk Kesihatan Bersama” yang menghimpunkan 45 peserta daripada PAWE Klinik Kesihatan Tunjang dan ahli kariah masjid.

Program ini dianjurkan oleh Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bersama Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Kepala Batas, dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat HSB.

Sepanjang program, peserta mengikuti ceramah penjagaan lutut dalam kalangan warga emas, menjalani pemeriksaan fizikal dan mengambil bahagian dalam senaman fizikal. Pasukan fisioterapi turut berkongsi panduan yang boleh diamalkan untuk membantu peserta kekal aktif dalam kehidupan seharian.

HSB merakamkan penghargaan kepada Ahli Lembaga Pelawat HSB, pihak masjid, semua ahli jawatankuasa serta peserta yang bersama-sama menjayakan program ini.



π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦!Setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Kejuruteraan, Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) & pasukan ...
02/10/2026

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦!

Setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Kejuruteraan, Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) & pasukan Edgenta Mediserve Sdn Bhd atas kejayaan menerima Anugerah Kadar Peralihan Sisa Tertinggi. Anugerah ini telah disampaikan sempena Majlis Apresiasi Sedekad Kecemerlangan Kelestarian JKN Kedah pada 30 September 2026.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Dato' Ir. Ts. Huszian Bin Husin, kepada YBrs. Dr. Akmal Naziah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Perubatan I HSB.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, usaha berterusan serta kerjasama erat semua pihak dalam memastikan amalan kelestarian, pengurusan sisa yang cekap dan persekitaran hospital yang lebih lestari terus diperkasakan.

Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung kepada pencapaian ini.

01/10/2026
ππŽπ‘π“π‡π„π‘π π‘π„π†πˆπŽππ€π‹ π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ 𝐎𝐍 π’ππˆππ€π‹ π‚πŽπ‘πƒ πˆππ‰π”π‘π˜ π‘π„π‡π€ππˆπ‹πˆπ“π€π“πˆπŽπ- 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π„π‡π€ππˆπ‹πˆπ“π€π’πˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ€π‡πˆ...
30/09/2026

ππŽπ‘π“π‡π„π‘π π‘π„π†πˆπŽππ€π‹ π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ 𝐎𝐍 π’ππˆππ€π‹ π‚πŽπ‘πƒ πˆππ‰π”π‘π˜ π‘π„π‡π€ππˆπ‹πˆπ“π€π“πˆπŽπ- 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π„π‡π€ππˆπ‹πˆπ“π€π’πˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ€π‡πˆπ˜π€π‡

28 September 2026 – Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah berjaya menganjurkan Northern Regional Conference On Spinal Cord Injury Rehabilitation 2026. Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, bertempat di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah.

Kursus ini dianjurkan bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam pengurusan pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang (SCI), merangkumi aspek penilaian klinikal, pengurusan perubatan dan rehabilitasi, pencegahan komplikasi serta pendekatan multidisiplin dalam penjagaan pesakit SCI.

Sepanjang kursus, para peserta berpeluang mengikuti perkongsian ilmu dan pengalaman daripada barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Pelbagai aspek penting dalam pengurusan SCI telah dibincangkan bagi meningkatkan kefahaman serta memastikan penjagaan pesakit yang lebih komprehensif dan berkesinambungan.

Penganjuran kursus ini juga menjadi platform untuk mengeratkan kerjasama antara pelbagai disiplin dan fasiliti kesihatan dalam usaha memperkukuh perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit SCI.

Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan dalam amalan klinikal serta seterusnya meningkatkan kualiti penjagaan dan kualiti hidup pesakit dengan kecederaan saraf tunjang.



𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπŽπ‘ππŽπ‘π€π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ€π‡πˆπ˜π€π‡30 September 2026; Alhamdulillah, Hospital Sultanah Bahiyah (...
30/09/2026

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπŽπ‘ππŽπ‘π€π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ€π‡πˆπ˜π€π‡

30 September 2026; Alhamdulillah, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini menerima sumbangan beberapa unit kerusi menunggu untuk kegunaan wad pesakit dalam daripada Mewah Technology Supply & Services.

Sumbangan ini merupakan satu bentuk keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat dalam membantu meningkatkan keselesaan pesakit serta waris sepanjang berada di HSB.

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja HSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Mewah Technology Supply & Services atas sumbangan serta sokongan yang diberikan.

Bersama Membina Perkhidmatan Kesihatan yang Lebih Selesa, Prihatin dan Berkualiti.

LAWATAN MENTARI KUALA LUMPUR KE MENTARI KOTA SETAR & MENTARI PENDANG27 September 2026 – MENTARI Kota Setar dan MENTARI P...
29/09/2026

LAWATAN MENTARI KUALA LUMPUR KE MENTARI KOTA SETAR & MENTARI PENDANG

27 September 2026 – MENTARI Kota Setar dan MENTARI Pendang berbesar hati menerima kunjungan delegasi MENTARI Kuala Lumpur seramai 20 orang, turut hadir bersama warga MENTARI HQ Selayang.

Lawatan ini menjadi medan perkongsian pengalaman, idea dan amalan dalam pelaksanaan perkhidmatan kesihatan mental komuniti, termasuk aspek rehabilitasi psikososial, pemulihan serta pelaksanaan program-program MENTARI.

Delegasi turut berpeluang melihat dengan lebih dekat perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan di MENTARI Kota Setar dan MENTARI Pendang, di samping bertukar pandangan mengenai cabaran serta pendekatan dalam memperkukuh perkhidmatan kepada klien, keluarga dan komuniti.

Lebih daripada sekadar lawatan kerja, pertemuan ini turut membuka ruang untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi pengalaman dan memperkukuh jaringan kerjasama antara warga MENTARI. 🀝

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi MENTARI Kuala Lumpur dan MENTARI HQ Selayang atas kunjungan serta perkongsian yang amat bermakna.

Semoga keluarga besar MENTARI terus melangkah bersama, berkongsi kekuatan dan memperkasakan perkhidmatan kesihatan mental komuniti di seluruh pelosok tanahair.







π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 π€π‡π‹πˆ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 ππ’πˆπŠπˆπ€π“π‘πˆ 𝐇𝐒𝐁SESI 2026–202929 September 2026; Hospital Sultanah Bahiyah me...
29/09/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 π€π‡π‹πˆ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 ππ’πˆπŠπˆπ€π“π‘πˆ 𝐇𝐒𝐁
SESI 2026–2029

29 September 2026; Hospital Sultanah Bahiyah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucapan selamat datang kepada barisan Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri HSB bagi sesi 2026–2029. Ucapan selamat datang dan kata aluan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Akmal Naziah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Perubatan I HSB, yang juga turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd. Affendi bin Hashim, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HSB. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Dr. Zaki Zamani bin Abd. Rashid yang telah dilantik sebagai Pengerusi ALPH Psikiatri yang baharu untuk sesi ini.

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang penting dalam memperkukuh hubungan antara perkhidmatan Psikiatri HSB dengan masyarakat, khususnya dalam memastikan aspek kebajikan, kesejahteraan dan keperluan pesakit sentiasa diberi perhatian.

Lembaga Pelawat akan bersama-sama pihak Jabatan Psikiatri HSB dalam meneliti perkara berkaitan kebajikan pesakit, di samping menjadi jambatan penghubung antara hospital dan komuniti bagi mendekatkan perkhidmatan kesihatan mental kepada masyarakat.

🀝 Bersama kita membina jambatan antara hospital dan masyarakat.
πŸ’™ Bersama memperkasa kebajikan dan kesejahteraan pesakit.
🌱 Bersama mewujudkan komuniti yang lebih prihatin terhadap kesihatan mental.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan semangat kerjasama demi manfaat pesakit, keluarga serta masyarakat.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri HSB Sesi 2026–2029!🌷






Address

Km 6
Alor Setar
05460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Sultanah Bahiyah:

Shortcuts

Share