29/08/2026
27 OGOS 2026 | KHAMIS
DEWAN SERI MENTALOON, ANAK BUKIT
KURSUS PROFESIONALISME PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJU’ (PPNCR) NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2026
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada Penolong - Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (PPNCR) bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman dan Penyelaras - Penyelaras Nikah, Cerai dan Ruju’ di Pejabat Agama Islam Daerah.
Penceramah yang pertama iaitu YBhg. Ustazah Iman binti Mohamad Hassan, Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam mengupas tajuk mengenai “Prosedur Perkahwinan di Negeri Kedah Darul Aman”. Peserta dilihat sangat bersemangat dan tekun dengan ceramah yang disampaikan. Banyak input penting berkaitan prosedur perkahwinan yang disampaikan oleh penceramah.
Ceramah yang seterusnya p**a disampaikan oleh YBhg. Tuan Hafiz Helmi bin Hashim iaitu tajuk “Wali Dalam Perkahwinan”. Kupasan yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Hafiz padat serta mudah difahami oleh para imam kariah.
Di antara dua ceramah terdapat selingan atau taklimat daripada Lembaga Tabung Haji oleh Tuan Haji Fisol bin Nayan, Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah. Para Imam diberikan pendedahan berkaitan fungsi tabung haji dan lain-lain.
Di antara objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan prosedur perkahwinan dan mempertingkatkan ilmu berkaitan undang-undang keluarga Islam.
Semoga kursus ini dapat membantu memudahkan urusan PPNCR dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak kariah.
Tahniah dan juga terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi komitmen sepanjang kursus berjalan. Terima kasih juga buat barisan urus setia dan PAID terlibat yang bertungkus lumus menjayakan kursus ini. 😊
Perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Hazizan bin Mat Desa, AMK., BCK., Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam mewakili Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohamad Subhi bin Abdullah, SDK., AMK., BCK., Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.