Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS Akaun Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Alor Setar(MBAS) ๐Ÿ‘‰Aduan Awam sila ke Laman Facebook ADUAN MBAS

Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board" pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 2003 bersamaan 04 Syawwal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.

SOROTAN FOTO SEKITAR KEMERIAHAN PROGRAM ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY EDISI KE-6, OKTOBER 2026Alor Setar, 3 Oktober 2026 ...
04/10/2026

SOROTAN FOTO SEKITAR KEMERIAHAN PROGRAM ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY EDISI KE-6, OKTOBER 2026

Alor Setar, 3 Oktober 2026 โ€“ Sorotan foto sekitar kemeriahan program Alor Setar Car Free Saturday edisi ke-6 bagi bulan Oktober 2026 dengan kehadiran kira-kira 5,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur yang membanjiri Dataran Medan Bandar, Alor Setar, pagi semalam.







5,000 PESERTA MERIAHKAN ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY EDISI KE-6 OKTOBER 2026Alor Setar, 3 Oktober 2026 โ€” Kira-kira 5,000...
04/10/2026

5,000 PESERTA MERIAHKAN ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY EDISI KE-6 OKTOBER 2026

Alor Setar, 3 Oktober 2026 โ€” Kira-kira 5,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur membanjiri Dataran Medan Bandar Alor Setar bagi memeriahkan program Alor Setar Car Free Saturday (ASCFS) Edisi Ke-6 Oktober 2026, pagi semalam.

Menggabungkan elemen kecergasan, rekreasi, kesedaran kesihatan dan kebudayaan, program berkenaan bukan sahaja menjadi medan aktiviti riadah terbuka, malah menghidupkan suasana pusat bandar dengan penyertaan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, bersama Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Datoโ€™ Haji Abdul Gafar Yahya; Pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg. Datin Fauziah Halim; Pengarah Negeri HASiL Kedah, Nor Azam Mohamad; Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Norโ€™Aishah Abu Bakar; Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Akmal Naziah Ahmad serta Pengerusi Cancer Society Malaysia, Zuraini Kamal.

Edisi kali ini tampil dengan pelbagai acara utama yang membawa mesej tersendiri, antaranya Kedah Pink Oktober Run sejauh lima kilometer, anjuran Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Bahiyah bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Turut diadakan Walk Beyond Limits, aktiviti berjalan santai sejauh tiga kilometer anjuran HASiL Kedah sempena Bulan Hasil 2026 dan Sambutan Hari Farmasi Peringkat Negeri Kedah anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Program turut diserikan dengan Cultural Rush 2026, acara explorace anjuran Kolej Poly-Tech MARA yang menggabungkan elemen cabaran, kerjasama dan penerokaan dalam suasana santai.

Selain acara utama, pelbagai aktiviti sampingan turut menjadi tarikan pengunjung, termasuk program Outreach Universiti Utara Malaysia (UUM), pameran agensi dan komuniti, pemeriksaan kesihatan percuma serta aktiviti senamrobik dan Zumba. Suasana pagi turut dimeriahkan dengan aktiviti berbasikal menerusi Jom Kayuh Gerek, selain persembahan pancaragam dan Gendang 24 Musim yang menyuntik warna serta keunikan budaya dalam program berkenaan.

Pelbagai aktiviti sisipan, pertandingan warna kanak-kanak, cabutan bertuah dan hadiah menarik turut disediakan bagi menambah kemeriahan serta menggalakkan penyertaan orang ramai sepanjang program berlangsung.

Penganjuran ASCFS secara berterusan mencerminkan usaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam menggalakkan gaya hidup aktif, memperkukuh interaksi komuniti serta menjadikan ruang bandar sebagai kawasan yang lebih mesra masyarakat.

Sehubungan itu, MBAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi rakan strategik serta penaja atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan penganjuran ASCFS edisi kali ini. Kerjasama erat semua pihak menjadi pemangkin kepada kelancaran program, sekali gus memperkukuh usaha menjadikan Alor Setar sebagai bandar raya yang aktif, inklusif dan mesra komuniti.

Kehadiran ribuan peserta dalam edisi kali ini sekali lagi membuktikan bahawa ruang bandar mampu menjadi platform yang menyatukan masyarakat melalui aktiviti sihat, rekreasi dan pengisian bermanfaat, sekali gus menyemarakkan kehidupan bandar raya Alor Setar.







CAR FREE SATURDAY OKT 2026 KEMBALI LAGI!Jangan lepaskan peluang untuk datang dan memeriahkan suasana bersama pelbagai pe...
01/10/2026

CAR FREE SATURDAY OKT 2026 KEMBALI LAGI!

Jangan lepaskan peluang untuk datang dan memeriahkan suasana bersama pelbagai pempamer, booth, aktiviti dan tarikan menarik yang menanti anda! ๐Ÿคฉ

Dari produk tempatan, komuniti, kesihatan, makanan, perkhidmatan dan pelbagai lagi, semuanya ada untuk anda kunjungi dan terokai! ๐Ÿ›’๐Ÿ’š

๐Ÿ“… 3 OKTOBER 2026 (SABTU)
โฐ 7.00 PAGI โ€“ 12.30 TENGAH HARI
๐Ÿ“ Dataran Medan Bandar & Balai Seni Alor Setar

๐ŸŒŸ Jom singgah!
๐ŸŒŸ Jom terokai!
๐ŸŒŸ Jom meriahkan Car Free Saturday OKT 2026 bersama-sama!

Ajak keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk sama-sama menyokong pempamer kita serta menikmati kemeriahan aktiviti di sekitar bandaraya Alor Setar!

๐Ÿ’š Sihat Bersama Komuniti Bandaraya Alor Setar

๐Ÿ”ฅ Mai ramai-ramaiโ€ผ๏ธ
jumpa ampa kat Medan Bandar ..

๐Ÿ“ข JOM SERTAI ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY EDISI 6.0! ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธAyuh warga Alor Setar, luangkan masa bersama keluarga dan r...
01/10/2026

๐Ÿ“ข JOM SERTAI ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY EDISI 6.0! ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ
Ayuh warga Alor Setar, luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan pada Sabtu, 3 Oktober 2026 di Dataran Alor Setar dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
โœจ Kluster Kewangan: Bijak Urus Wang, Sejahtera Masa Depan โœจ
Pelbagai aktiviti & perkhidmatan kewangan menanti anda:
โœ… Kaunseling kewangan
โœ… Pengurusan kredit & penyelesaian hutang
โœ… Nasihat perancangan kewangan
โœ… Pinjaman & simpanan
โœ… Pelaburan & perlindungan takaful
โœ… Pelbagai aktiviti menarik bersama kami!
๐ŸŽ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan Alor Setar Car Free Saturday!
๐Ÿšซ Penutupan jalan: 7.00 pagi โ€“ 9.30 pagi
Jumpa anda di sana! ๐ŸŒŸ

๐Ÿš—๐ŸŒฟ *ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY!* ๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธJom bersama-sama memeriahkan Alor Setar Car Free Saturday! ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… 3 Oktober 2026 (Sa...
01/10/2026

๐Ÿš—๐ŸŒฟ *ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY!* ๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ

Jom bersama-sama memeriahkan Alor Setar Car Free Saturday! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Dataran Alor Setar

Nikmati suasana bandar tanpa kenderaan sambil beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lupa gunakan kawasan parkir yang disediakan serta patuhi arahan petugas dan papan tanda. โœ…

โš ๏ธ *MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN*
๐Ÿ•– 7.00 pagi โ€“ 9.30 pagi
Semasa berlangsungnya Alor Setar Car Free Saturday.
Mari bersama menjayakan acara ini! ๐ŸŒณโœจ

01/10/2026

AYUH SEMUA JANGAN LUPA ESOK 03 OKTOBER 2026 (SABTU) ASCFS EDISI KE-6 DI DATARAN MEDAN BANDAR.

Pak Gafar
Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA
Warta Kedah
Berita RTM
Radio Malaysia Kedahfm



JOM SAKSIKAN TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN SKUAD HARIMAU MALAYA DI FIFA ASEAN CUP 2026 !!!MALAYSIA LWN SINGAPURA1 OKTO...
01/10/2026

JOM SAKSIKAN TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN SKUAD HARIMAU MALAYA DI FIFA ASEAN CUP 2026 !!!

MALAYSIA LWN SINGAPURA
1 OKTOBER 2026 (KHAMIS), 8.00 malam
Starwalk, Skrin Besar MBAS

Dengan Kerjasama :
Metro Advance Digital (MAD)

Ayuh warga Bandaraya Alor Setar kita pakat-pakat memeriahkan Dataran Starwalk menyokong skuad Harimau Malaya kita!!!





01/10/2026

JOM SAKSIKAN TAYANGAN SKRIN BESAR @ Dataran Starwalk Jam 8 Mlm ini !!!
Bola Sepak FIFA ASEAN CUP 2026
MALAYSIA vs SINGAPURA

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—–๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ž๐— ๐—ง๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—š๐—”๐—ก๐——๐—” โ€” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ž๐—œ ๐Ÿญ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!Rumah anda dijadikan ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง atau ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ...
30/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—–๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ž๐— ๐—ง๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—š๐—”๐—ก๐——๐—” โ€” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ž๐—œ ๐Ÿญ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!

Rumah anda dijadikan ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง atau ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก? Pastikan ia sah dan teratur melalui pemerolehan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

MBAS ingin memaklumkan ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด yang telah diperkenalkan ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, kini ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ (๐Ÿฎ) ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป sebelum ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฐ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ, iaitu pada ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Program ini merupakan inisiatif MBAS bagi memberi peluang kepada pemilik premis untuk mendapatkan ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด dan menikmati ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฐ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, mana-mana permohonan yang diterima tidak lagi layak menikmati pengecualian tersebut dan ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, pemilik premis terutamanya yang telah menerima Notis Penguatkuasaan di bawah Seksyen 27, Akta 172 dan masih belum membuat permohonan adalah diseru untuk mengambil peluang ini dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:
Jabatan Perancangan Pembangunan,
Tingkat 8, Menara MBAS

โ˜Ž๏ธ 04-7340143 (842) / 04-7311940 (843)
๐Ÿ“ง [email protected]

PROGRAM INISIATIF PENJAWAT AWAM SIHAT SEJAHTERA (i-PASS) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETARAlor Setar, 29 September 2026 โ€” Usah...
30/09/2026

PROGRAM INISIATIF PENJAWAT AWAM SIHAT SEJAHTERA (i-PASS) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Alor Setar, 29 September 2026 โ€” Usaha memperkukuh budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja diperkasa menerusi Program Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang berlangsung baru-baru ini di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS.

Program yang berlangsung selama 2 hari pada 28 dan 29 September itu merupakan kolaborasi MBAS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) yang dipilih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Kohort 1, sekali gus menjadi program pertama melibatkan penganjuran jabatan atau agensi kerajaan di Kedah.

Inisiatif berkenaan memberi penekanan kepada kepentingan saringan awal, khususnya bagi mengenal pasti risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan warga MBAS. Sepanjang program, warga kerja berpeluang menjalani pelbagai penilaian meliputi saringan kesihatan, saringan minda sihat, pemeriksaan pergigian dan ujian kecergasan, selain menyertai kuiz serta beberapa sesi taklimat berkaitan penjagaan diri dan pencegahan penyakit.



Address

Jalan Kolam Air
Alor Setar
05675

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047332499

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS:

Shortcuts

Share