23/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Selepas tiga hari kejohanan berlangsung, kontinjen MSSK akhirnya berjaya membutirkan pingat emas apabila dua emas dituai dalam sesi petang hari ketiga kejohanan, Selasa, 23 September 2026.
๐ฅ Emas pertama hadir menerusi Alya Dayana binti Abdullah dari SMK Tanjong Puteri (Baling) dalam acara Rejam Lembing Perempuan 15. Alya melakukan catatan 37.57 meter menerusi rejaman keduanya untuk menghadiahkan emas pertama buat MSSK.
๐ฅ Emas kedua menyusul menerusi Muhd Khairel Fitri bin Kamil dalam acara Lompat Kijang Lelaki 18. Atlet murid yang berasal dari daerah Kuala Muda dan kini bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia Pahang itu mencatat lompatan terbaik 15.13 meter pada percubaan keempat.
Tahniah Alya Dayana dan Muhd Khairel Fitri! ๐๐
Dua emas dalam satu petang - semoga menjadi pembakar semangat buat seluruh kontinjen MSSK untuk terus memburu kejayaan di bumi Tok Gajah.
PULUN KEDAH PULUN! ๐๐๐ฅ