Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

Share

Laman Facebook Rasmi Bahagian Pendidikan,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

Photos from Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman's post 28/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”-๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ž๐—”๐—™๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ ๐Ÿฎ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—ฅ๐——๐—จ ๐—”๐—œ๐—ก (๐—ž๐—”๐—™๐—”) ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—๐—”๐—ž๐—œ๐— )

ALOR SETAR, 27-28 April 2026 - Bengkel Instrumen Pemantauan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) 2026 telah diadakan di Pusat Latihan Kompleks Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah selama 2 hari. Bengkel ini melibatkan semua penyelia KAFA Negeri Kedah bersama para pegawai Unit Pemantauan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bengkel selama 2 hari ini dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Rushdan bin Ab Hadi, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan memperkasa dan meningkatkan kualiti pemantauan para penyelia KAFA Negeri Kedah dalam menjalankan pemantauan berkesan terhadap program Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.

Kemuncak bengkel ini, para penyelia KAFA menjalankan pemantauan berkelompok secara berkumpulan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana di Alor Setar bagi mempraktikkan kaedah dan instrumen yang didedahkan sepanjang bengkel berlangsung.

Penghargaan diberikan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Awana atas kerjasama dan komitmen sepanjang bengkel ini berlangsung.

Photos from Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman's post 08/04/2026

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU TADIKA ISLAM MASJID PEKAN TUNJANG, DAERAH KUBANG PASU I 07 April2026 (Selasa) l Dirasmikan oleh YBhg. Dato' Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, DSDK.,SDK.,AMK.,BCK. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

Photos from Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman's post 05/04/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—™๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ ๐—ก๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—›๐—œ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—จ๐—•๐—จ๐—ž ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—ข๐—ก๐—š, ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—”๐—ก

BALING, 5 April 2026 - Majlis Perasmian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berlangsung dengan jayanya di Surau Nurul Hidayah, Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling Kedah. Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Abd. Ghani @ Zulkifli bin Hj. Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Dalam ucapan, beliau menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Pejabat Daerah Baling, Pejabat Agama Daerah Baling, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Tok Batin, dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siong atas kerjasama strategik dan pelbagai inisiatif bantuan dalam merealisasikan penubuhan kelas KAFA ini.

Kelas KAFA Surau Nurul Hidayah memuatkan 2 kelas dengan bilangan murid seramai 37 orang serta dibekalkan kuota 2 orang guru daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah JHEAIK turut menegaskan bahawa kelas KAFA ini adalah yang pertama seumpamanya di Negeri Kedah dan akan terus dibantu bagi menjadikan pusat KAFA ini akan terus menjadi pusat pembangunan ilmu, akhlak, dan sahsiah generasi muda masyarakat Orang Asli di kawasan ini.

Majlis diakhiri dengan acara menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian kelas KAFA, penyerahan bantuan persekolahan kepada murid-murid KAFA, dan acara bergambar bersama semua dif jemputan yang turut hadir didalam majlis ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Syeikh Hakimin bin Hassan, Pegawai Agama Daerah Baling, Tuan Hasbullah bin Md Mukhtar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIK, Ustaz Mohd Khairi bin Ishak, Ketua Unit Pembangunan Mualaf Lembaga Zakat Negeri Kedah, Puan Rozita binti Azmi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siong, Pegawai-Pegawai JHEAIK, Encik Muhamad Noor bin Hassan, Penghulu Mukim Siong, Encik Razali bin Kulim, Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Penyelia-Penyelia KAFA JHEAIK, Guru-Guru KAFA JHEAIK, para waris dan Murid-Murid KAFA Surau Nurul Hidayah.

02/04/2026

Assalamualaikum..

Jom pakat sumbangkan dan 'infaq'kan untuk menjayakan pembinaan Surau SK Dato' Shaari..
Moga dengan keberkatan Syawal meningkatkan pahala dan darjat kita di sini Allah SWT

Akaun sumbangan derma

*Surau SK Datoโ€™ Shaari*
*Bank Islam*
*02011010154931*

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Dato' Shaari

Photos from Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman's post 28/03/2026

[28 MAC 2026] MEMO SIARAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIK: PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI KEDAH SEMASA MUSIM PANAS

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru dan warga pendidik di negeri Kedah ๐Ÿ˜Š

20/03/2026
02/03/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah
Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
D.K., D.M.K., D.S.D.K., S.S.S.

Tuanku Raja Muda Kedah

Pada 2 Mac 2026 (Isnin)
Bersamaan 12 Ramadan 1447H

Sembah takzim daripada Setiausaha, Anggota dan seluruh warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman



01/03/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— (๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ฃ ๐Ÿฏ) ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa ALIM, Kedah akan membuka Pengambilan Pelajar bagi Program TVET Pengurusan Masjid (Tahap 3) untuk sesi April 2026. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membuat hebahan tawaran program ini kepada calon-calon yang berkelayakan di institut Tuan/Puan.

a. Maklumat Program adalah seperti berikut:

Nama Program: Penyeliaan Operasi Masjid
Kod Kursus: O841-002-3:2022
Tempoh Pengajian: 12 Bulan
Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

b. Syarat Kemasukan:

1. Warganegara Malaysia Lelaki (16 tahun ke atas)
2. Mampu membaca, menulis& mengira dengan baik.
3. Sihat tubuh badan & fizikal bagi menyokong aktiviti pembelajaran serta latihan amali
4. Lulus temuduga

c. Kemudahan Disediakan:

1. Bilik kuliah
2. Makmal komputer
3. Asrama
4. Insentif RM 500 sebulan (sepanjang tahap 1)

Tarikh Tutup Permohonan: 12 Mac 2026

3. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut https://www.alim.edu.my/skm

4. Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam menyebarluaskan maklumat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pn Hazwani di talian (0111 562 0205) atau Us Syafiq (019 4343 253).

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja
Alor Setar
05676

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00