31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H .
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan, kesihatan yang berpanjangan serta kekuatan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku dalam memayungi negara dan rakyat dengan penuh kesejahteraan.
Sembah takzim daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga Utiliti Infra Darulaman (UiDA).
26/05/2026
π Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M
Kami daripada seluruh warga kerja Utiliti Infra Darulaman (UiDA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kedamaian yang berpanjangan buat sekeluarga.
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Maaf Zahir & Batin!
π΄ Lawati semua platform kami : https://linktr.ee/uida
Ikhlas daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan
Seluruh kakitangan Utiliti Infra Darulaman (UiDA)
26/05/2026
[MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT]
Dimaklumkan bahawa Utiliti Infra Darulaman (UiDA) akan menutup sementara operasi pejabat bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, mengikut ketetapan berikut:
π Penutupan Operasi Pejabat: 27 Mei 2026 (Rabu)
π Kembali Beroperasi: 02 Jun 2026 (Selasa)
Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali. Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perhatian, sokongan serta kerjasama berterusan daripada pihak tuan/puan.
π΄ Lawati semua platform kami : https://linktr.ee/uida
18/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT UTILITI INFRA DARULAMAN BERSAMA MADA
Satu sesi kunjungan hormat, Utiliti Infra Darulaman telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda(MADA) bagi membincangkan hala tuju penggunaan Rezab MADA sebagai laluan infrastruktur utiliti di seluruh negeri Kedah.
Kunjungan ini merupakan platform perbincangan strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama serta menyelaras pelaksanaan pembangunan infrastruktur utiliti di negeri Kedah agar dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, efisien dan berimpak tinggi.
Sesi perbincangan turut disertai oleh Pengurus Besar MADA, Zulkifli Bin Romli, yang memberi penekanan terhadap aspek penyelarasan dan pemanfaatan Rezab MADA secara optimum bagi menyokong keperluan pembangunan infrastruktur utiliti negeri.
Pihak Utiliti Infra Darulaman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atas kesudian menerima kunjungan serta perbincangan yang konstruktif ini. UiDA komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan agenda pembangunan utiliti yang mampan dan berdaya saing di negeri Kedah dapat direalisasikan.
15/05/2026
πΌ SELAMAT HARI GURU
Terima kasih atas segala ilmu, dedikasi dan pengorbanan dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.
Ikhlas daripada
Ketua Eksekutif dan
Seluruh kakitangan Utiliti Infra Darulaman (UiDA).
12/05/2026
π’MAKLUMAN JAWATAN KOSONG π’
π Utiliti Infra Darulaman Sdn. Bhd. (UiDA) mempelawa calon yang berkelayakan, berpengalaman dan komited untuk menyertai pasukan kami bagi mengisi jawatan berikut: ‡οΈ
πππͺππ§ππ‘ π¬ππ‘π πππ§ππͺππ₯πππ‘
πΌ Executive HR (Human Resource)
πΌ Senior Executive HR & Admin
πππ₯π π ππ π’ππ’π‘
π© Hantar resume lengkap beserta sijil berkaitan ke:
π§ [email protected]
π
Tarikh Tutup Permohonan: 16 Mei 2026
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UiDAβ
12/05/2026
Kunjungan Hormat Utiliti Infra Darulaman yang diketuai oleh Ir. Ahmad Taufik Radzi ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah disambut oleh Datoβ Seri Haji Iskandar bin Datoβ Seri Haji Kaus.
Pertemuan ini menjadi medan perbincangan dua hala yang konstruktif dalam memperkukuh hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik bagi memperkasa pembangunan di Langkawi.
10/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU
Ikhlas daripada seluruh warga kerja Utiliti Infra Darulaman Sdn. Bhd. (UiDA), kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu yang sentiasa menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan inspirasi.
Terima kasih untuk setiap pengorbanan, doa yang tak putus, pelukan yang menenangkan dan kasih yang sentiasa ada walau dalam diam. Dunia mungkin tak selalu nampak penat lelah seorang ibu, tapi kasihmu sentiasa jadi tempat paling selamat untuk anak-anak. β€οΈ
Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang Allah SWT. πβ¨
07/05/2026
Satu sesi kunjungan hormat pihak Utiliti Infra Darulaman ke Syarikat Air Darul Aman (SADA)
Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif UiDA, Ir. Ahmad Taufik Bin Radzi dan disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, SDK., AMK., BCK.
Sesi ini menjadi medium dalam memperkukuhkan hubungan strategik serta menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkasakan pembangunan dan pengurusan utiliti demi manfaat serta kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
06/05/2026
Pada 4 Mei 2026, telah berlangsung sesi Kunjungan Hormat bersama Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Puan Azian Binti Alias.
Kunjungan ini memperkukuh hubungan strategik melalui perbincangan konstruktif serta membuka ruang kerjasama masa hadapan.
Semoga kerjasama ini terus diperkasa demi manfaat bersama.