Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA

Call Directions Website

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA MADA Nadi Jelapang Padi
(209)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-72 YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu! πŸŽ‰πŸŒΎSeluruh warga Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MAD...
14/10/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-72 YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu! πŸŽ‰πŸŒΎ

Seluruh warga Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran kepada YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Semoga YB Datuk Seri dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, ketabahan, serta kekuatan dalam memimpin sektor pertanian negara ke arah keterjaminan makanan yang mampan demi kebaikan rakyat dan negara.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Pengurus Besar, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, Peladang serta seluruh Warga Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

🚨 πˆπŠπ‹π€π 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† πŒπ€πƒπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸš¨πŸ“’ Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mempelawa warganegara Malaysia yang ber...
14/10/2026

🚨 πˆπŠπ‹π€π 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† πŒπ€πƒπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 🚨

πŸ“’ Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

πŸ’» Pegawai Tadbir Gred N9

πŸ—“οΈ Permohonan dibuka: 14 Oktober 2026 (Rabu)
⏳ Tarikh tutup: 27 Oktober 2026 (Selasa)

🌐 Permohonan secara dalam talian melalui URL: https://e-perjawatan3.mada.gov.my/

☎️ Pertanyaan:
πŸ“ž 04-7728255 samb. 131 / 132
πŸ“§ [email protected]

πŸ“² Ikuti di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang! Mohon sebelum tarikh tutup.

Pemohon perlu menggunakan URL yang betul seperti yang tertera πŸ‘‡πŸ»

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’ 𝐏𝐏𝐊 πŒπ€πƒπ€ π’π€πŒππ”π“ ππ€πˆπŠ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐇 πƒπ€π‹π€πŒ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖...
13/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€
π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’ 𝐏𝐏𝐊 πŒπ€πƒπ€ π’π€πŒππ”π“ ππ€πˆπŠ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐇 πƒπ€π‹π€πŒ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ•

Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA menyambut baik pengumuman Kerajaan menerusi Belanjawan 2027 yang terus memberikan perhatian kepada kebajikan pesawah dan usaha memperkukuh keterjaminan bekalan beras negara. Komitmen ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan dalam memastikan sektor penanaman padi terus diperkasa serta kebajikan golongan pesawah sentiasa diberi keutamaan.

Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan atas keputusan mengekalkan kadar Insentif Pembajakan sebanyak RM300 sehektar semusim, selain meningkatkan kadar Insentif Penuaian Padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim. Langkah ini amat bermakna kepada pesawah kerana dapat membantu meringankan sebahagian kos pengeluaran, khususnya dalam menghadapi cabaran peningkatan kos operasi pertanian.

Dalam masa yang sama, peruntukan bantuan kepada pesawah berjumlah RM2.62 bilion serta penyediaan RM20 juta bagi pembekalan baja foliar untuk memulihkan dan menyuburkan tanah sawah turut memperlihatkan komitmen berterusan Kerajaan dalam meningkatkan produktiviti dan kelestarian sektor penanaman padi. Pelaksanaan projek naik taraf sistem pengairan serta pemulihan Empangan Pedu juga penting bagi menyokong keperluan bekalan air dan kelancaran aktiviti penanaman padi, khususnya di Kawasan Muda.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA berharap segala inisiatif dan bantuan yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat secara langsung kepada golongan pesawah. Sebagai menghargai sokongan dan keprihatinan Kerajaan, pesawah di Kawasan Muda akan terus komited mengusahakan tanaman padi, meningkatkan produktiviti pengeluaran serta memastikan kawasan sawah terus diusahakan secara optimum. Komitmen ini merupakan sumbangan penting pesawah dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan MADA
13 Oktober 2026

13/10/2026

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ•: πŠπ„π“π„π‘π‰π€πŒπˆππ€π πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡, π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π†π‘πŽπŒπ€πŠπ€ππ€π πƒπˆππ„π‘πŠπ€π’π€

Belanjawan 2027 terus memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, memodenkan sektor pertanian serta meningkatkan kesejahteraan pesawah, nelayan dan usahawan tani.

Dengan peruntukan sebanyak RM6.92 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pelbagai inisiatif strategik akan dilaksanakan bagi memperkasa industri padi dan pesawah, memodenkan sektor pertanian, memperkukuh industri perikanan serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan makanan negara.

Antara tumpuan utama termasuklah penyaluran subsidi dan insentif kepada pesawah, penggunaan teknologi moden dalam pertanian, pembangunan sektor akuakultur, pemerkasaan nelayan serta peluasan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Pasar Tani dan Pasar Tamu di seluruh negara.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan untuk membina sektor agromakanan yang lebih berdaya tahan, mampan dan berdaya saing, di samping memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi, berkualiti dan mudah diakses oleh rakyat.

Bersama memperkasa agromakanan, menjamin bekalan makanan dan mensejahterakan rakyat.





13/10/2026

Kerajaan menyediakan bantuan berjumlah RM2.62 bilion kepada pesawah menerusi Belanjawan 2027, meliputi pelbagai subsidi dan insentif bagi meningkatkan pengeluaran padi serta menjaga kebajikan golongan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan berkenaan membolehkan pesawah menikmati manfaat sekitar RM4,300 bagi setiap hektar sawah, termasuk subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi.

Beliau berkata kerajaan bersetuju meningkatkan kadar insentif penuaian padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim, manakala kadar insentif pembajakan yang telah ditingkatkan kepada RM300 akan dikekalkan dan diperluas kepada pesawah Sabah dan Sarawak.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2617747





πŸ’š π’π”πŠπ€π πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐊𝐏𝐊𝐌 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ’šDi sebalik setiap pertandingan, ada semangat yang tidak pernah luntur, usaha yang dicurahkan, ...
12/10/2026

πŸ’š π’π”πŠπ€π πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐊𝐏𝐊𝐌 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ’š

Di sebalik setiap pertandingan, ada semangat yang tidak pernah luntur, usaha yang dicurahkan, sokongan yang diberikan dan kenangan yang akan terus terpahat dalam ingatan. Sukan MADANI KPKM 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bukan sekadar medan untuk beradu kehebatan, tetapi juga ruang untuk mengeratkan ukhuwah, membina semangat berpasukan dan menyatukan warga kerja melalui semangat kesukanan.

Tahniah diucapkan kepada kontinjen MADA yang berjaya meraih tempat ketujuh daripada 13 kontinjen yang bertanding. Setiap penyertaan membawa cerita tersendiri, setiap cabaran mengajar erti ketabahan dan setiap sokongan menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik. πŸ†πŸ’ͺ🏻

Terima kasih kepada seluruh kontinjen MADA yang telah memberikan komitmen dan semangat sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadi kekuatan buat warga MADA untuk terus melangkah lebih jauh, bukan sahaja di gelanggang sukan, tetapi juga dalam setiap amanah yang digalas. πŸ’š

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 πŒπ”πƒπ€ & ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 🌾✨Sekitar kemeriahan Karnival Peladang Muda & NITA 2026 yang berlangsung selama dua h...
12/10/2026

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 πŒπ”πƒπ€ & ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 🌾✨

Sekitar kemeriahan Karnival Peladang Muda & NITA 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 Oktober 2026 dengan pelbagai acara menarik serta aktiviti yang mendapat sambutan meriah daripada para pengunjung.

Karnival ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan penglibatan golongan muda dan wanita dalam sektor pertanian.

Majlis penutupan karnival telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Kharizal bin Wan Khazim, Pengerusi MADA.

Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Semoga penganjuran seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada kemajuan komuniti peladang dan sektor pertanian negara. πŸ’š






ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ‡π€π’ π€πŠπ” πŠπ€π’πˆπ‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈPihak MADA telah mengadakan Program Khas Aku Kasih Malaysia yang melibatkan kakitang...
12/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ‡π€π’ π€πŠπ” πŠπ€π’πˆπ‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Pihak MADA telah mengadakan Program Khas Aku Kasih Malaysia yang melibatkan kakitangan MADA bertempat di Dewan Syed Nahar.

Program ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja MADA.

Semoga semangat Aku Kasih Malaysia terus mekar dalam diri setiap warga MADA demi Malaysia yang harmoni, bersatu padu dan sejahtera.





10/10/2026
Masa depan negara terus dibentuk melalui perancangan yang berpandangan jauh, berpaksikan keperluan rakyat dan aspirasi M...
09/10/2026

Masa depan negara terus dibentuk melalui perancangan yang berpandangan jauh, berpaksikan keperluan rakyat dan aspirasi Malaysia.

Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membina masa depan negara yang lebih mampan.

Saksikan pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 3:30 petang menerusi saluran rasmi Belanjawan 2027.





Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share