Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman

Share

Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar, Kedah

Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 05/02/2026

📍 Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah
🗓️ Khamis | 5 Februari 2026

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Keselamatan Bangunan Pejabat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja. Pengisian program merangkumi taklimat keselamatan kebakaran serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang dikendalikan oleh pegawai JBPM Negeri Kedah.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga jabatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan teratur.

Turut serta Tuan Bisyamuddin Azha Bin Baharum Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.






Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 08/10/2025

Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman turut serta bersama Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerima kunjung hormat daripada Exco Agama, Pembangunan Insan dan Sumber Manusia Negeri Perlis, YB Haji Muhammad Azmir Azizan di Wisma Darul Aman.

Pertemuan turut dihadiri pegawai kanan kerajaan, wakil institusi pendidikan dan agama serta agensi berkaitan dari kedua-dua negeri itu bagi menyelaraskan dasar dan inisiatif pendidikan serta hal ehwal agama antara Kedah dan Perlis.

Sesi libat urus ini juga menjadi platform untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan institusi pendidikan Islam selain meneroka potensi kerjasama rentas negeri.

Hadir sama M***i Negeri Kedah Dato' Paduka (Dr) Syeikh Fadzil Haji Awang, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis Yang Amat Arif Haji Jaidi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Ustaz Haji Mohd Nazim Mohd Noor.


Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 05/10/2025

Lawatan Penanda Aras Ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

Pada 2 Oktober 2025, Bahagian Pendaftaran, Rekod dan Dokumentasi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu yang telah disambut mesra oleh Pengarah, Tuan Haji Wan Abdul Malik bin Wan Sidek dan Ketua Bahagian Pendaftaran Rekod, Dan Dokumentasi, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea, pengalaman, dan amalan terbaik antara jabatan pendakwaan syariah yang berbeza bagi meningkatkan prestasi, memperoleh input berguna, membina jaringan, dan mencari strategi penambahbaikan berterusan.

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah mengucapkan terima kasih di atas kesudian Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu menerima kunjungan kali ini.



Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 07/08/2025

LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERAK

TARIKH: 7 OGOS 2025
TEMPAT: JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERAK, IPOH

Ipoh, Perak – Pada 7 Ogos 2025 (Khamis ), satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak bertempat di Menara SSI, Ipoh.

Lawatan ini disertai oleh seramai 20 orang 3 pegawai dan 17 kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah /Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kedah, Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom .

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi amalan terbaik (best practices) serta memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua jabatan dalam aspek pengurusan kes pendakwaan, tatacara pendakwaan syariah, serta pelaksanaan sistem pendakwaan berintegriti.
Rombongan telah disambut mesra oleh Tuan Tim. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak, Tuan Azman bin saad bersama barisan pegawai kanan jabatan. Sesi taklimat turut diadakan bagi memperkenalkan struktur organisasi, inisiatif digitalisasi sistem kerja, serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak.

Antara pengisian penting sepanjang lawatan termasuk sesi dialog dua hala, lawatan ke unit-unit utama jabatan, serta pembentangan khas mengenai sistem pengurusan fail kes.
Menurut Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom, lawatan ini sangat bermanfaat dan membuka ruang kerjasama lebih erat antara negeri-negeri dalam memperkasa institusi perundangan syariah di Malaysia. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak atas sambutan yang mesra dan perkongsian yang bermakna.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan serta simbolik jalinan kerjasama yang kukuh antara kedua-dua jabatan.

Disediakan:
7 Ogos 2025
UNIT LATIHAN DAN KOMUNIKASI JAPESKDH 2025

09/07/2025

Bingkisan Bengkel Mock Trial 2025 yang telah berlangsung pada 6 hingga 7 Julai baru- baru ini.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir.


Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 07/07/2025

BENGKEL MOCK TRIAL ANJURAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI KEDAH 2025

6–7 JULAI 2025 | THE JERAI HOTEL, ALOR SETAR, KEDAH

ALOR SETAR, 7 Julai – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Bengkel Mock Trial selama dua hari bermula 6 hingga 7 Julai 2025 bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah.

Bengkel ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Biro Guaman, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pulau Pinang, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah yang menunjukkan kerjasama antara agensi dalam memperkasakan sistem kehakiman syariah di Malaysia.

Hadir bersama bengkel ini Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah dan Tuan Syeikh Zainul Mukhtar bin Abdullah Sirajuddin Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan

Bengkel ini dikendalikan oleh dua fasilitator berpengalaman, Tuan Mazdi bin Abdul Hamid Hakim Mahkamah Sesyen Negeri Kedah dan Puan Nurul Atikah binti Ab Rashid Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah, yang telah berkongsi kepakaran mereka dalam pengendalian kes sivil dengan perkongsian mereka melalui simulasi perbicaraan sebenar atau ‘mock trial’ bagi penambahbaikan kes jenayah syariah .

Para peserta berpeluang memahami dengan lebih mendalam tentang prosedur pendakwaan, pengurusan keterangan, dan teknik penghujahan secara praktikal.

Penganjuran bengkel ini dilihat amat signifikan dalam usaha meningkatkan profesionalisme pegawai pendakwaan dan penguatkuasaan syariah selain memperkukuh kefahaman terhadap sistem perbicaraan sebenar di Mahkamah Syariah.
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah berharap agar penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan undang-undang syariah terus cemerlang dan berkesan.

Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 03/07/2025

KURSUS KITAB TURATH MAQASID SYARIAH

3 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Saidina Hamzah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JAPESKDH)

Alor Setar – Kursus Kitab Turath Maqasid Syariah telah berjaya dilaksanakan pada 3 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Hamzah, dengan penyertaan daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah serta wakil agensi berkaitan.

Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman para peserta terhadap konsep Maqasid Syariah yang terkandung dalam kitab-kitab turath (klasik), sekali gus memperkaya metodologi hujahan syarie dalam urusan pendakwaan dan pentadbiran perundangan Islam.

Sepanjang sesi kursus, para peserta telah didedahkan dengan perbahasan mendalam mengenai prinsip-prinsip utama Maqasid Syariah serta aplikasi praktikalnya dalam konteks semasa. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang fiqh dan usul fiqh, dengan pendekatan interaktif dan analitikal terhadap teks klasik yang dirujuk olehTUAN SYEIKH MARWAZI BIN DZIYAUDDIN TIMBALAN M***I NEGERI KEDAH .

Melalui kursus ini, diharapkan para peserta dapat meningkatkan kecekapan dalam memahami dan mengaplikasikan konsep maqasid secara menyeluruh serta menyumbang kepada pengukuhan sistem perundangan syariah yang lebih holistik.

Hadir bersama kursus ini, Pengarah japeskdh Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom.

22/06/2025
Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 05/06/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan dan Audit Kewangan (JKPAK) serta Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah (JAPESKDH)

Mesyuarat JKPAK dan JPKA Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Tingkatkan Tadbir Urus dan Kualiti Perkhidmatan
Alor Setar, 5 Jun 2025 –Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) serta Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun(JPKA) bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Hamzah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kedah, Tuan Syeikh Bisyamuddin Azha Bin Baharom, BCK, dan dihadiri oleh Ketua Bahagian dan Ketua Unit JAPESKDH . Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menilai prestasi kewangan serta kualiti perkhidmatan jabatan, selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam sistem pendakwaan syariah negeri.

Antara agenda yang dibincangkan termasuk:
Penilaian Pelaksanaan Bajet 2025: Meneliti keberkesanan penggunaan peruntukan kewangan jabatan bagi memastikan perbelanjaan yang berhemah dan berimpak tinggi.

Audit Dalaman Proses Pendakwaan: Mengkaji semula prosedur kerja untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam pengendalian kes-kes syariah.

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan: Membincangkan inisiatif bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kepada masyarakat, termasuk latihan berterusan kepada pegawai pendakwa.

Mesyuarat ini juga menekankan kepentingan pematuhan kepada standard operasi dan peraturan yang ditetapkan, bagi memastikan keadilan dan integriti sistem perundangan syariah di Negeri Kedah.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkembangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah, sila layari laman Facebook JAPESKDH https://www.facebook.com/profile.php?id=61565882825742&mibextid=ZbWKwL

UNIT LATIHAN DAN KOMUNIKASI JAPESKDH

Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman's post 04/06/2025

Kursus Pendaftaran e-Syariah JAPESKDH Dijalankan pada 4 Jun 2025

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JAPESKDH) , 4 Jun 2025 – JAPENSKDH telah mengadakan Kursus Pendaftaran e-Syariah di bilik mesyuarat siadina hamzah, hari ini.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pegawai pendakwa syarie mengenai tatacara pendaftaran kes menggunakan platform e-Syariah.

Seramai 13 peserta, terdiri pendakwa syarie menghadiri kursus ini. Kursus ini merangkumi taklimat mengenai fungsi dan modul baharu dalam sistem e-Syariah serta latihan praktikal bagi memastikan pemahaman dan keberkesanan penggunaan sistem tersebut.

Menurut penceramah , Encik Abdul Basir Bin Abdullah , "Kursus ini penting bagi memastikan semua pendakwa syarie dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem e-Syariah dalam melaksanakan tugas seharian, seterusnya meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pendaftaran online kes di mahkamah."

Kursus ini bertujuan memastikan semua pendakwa syarie menggunakan sistem ini secara optimum.

UNIT LATIHAN DAN KOMUNIKASI JAPESKDH

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00