Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik

Share

#bpmsjheaik

25/03/2026
18/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik dan diizinkan bertemu dengan Ramadan akan datang.
كل عام وانتم بخير

Tuan Haji Zainul Jamal bin Abdul Ghani
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Photos from 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇's post 05/02/2026

KENYATAAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH SELAKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)

Photos from Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik's post 05/02/2026

KENYATAAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH SELAKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Photos from Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik's post 11/05/2025

PROGRAM BUAL BICARA IMAM BERSAMA FADHILAT AS-SYEIKH DR. HISHAM AL-KAMIL

11 Mei 2025 (Ahad): Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau (BPMS) dengan kerjasama Masjid Negeri Masjid Zahir dan Masjid Al-Hasanah, Mergong telah menganjurkan satu program Bual Bicara Imam bersama Fadhilat As-Syeikh Dr. Hisham Al-Kamil. Beliau merupakan Tokoh Anugerah Imam Terbaik Keherah, Mesir. Peserta-peserta program ini adalah dalam kalangan Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah, Imam-Imam Masjid dari daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIK mewakili Dato’ Pengarah JHEAIK dan diteruskan dengan tausiah berhubung pengurusan dan masjid.

Seusai program, As-Syeikh Dr. Hisham Al-Kamil bergambar bersama-sama semua peserta yang hadir.

30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H / 2025M

Maaf Zahir dan Batin

تقبل الله منا ومنكم

Ikhlas Daripada:

Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, BCK.
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Photos from Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik's post 17/01/2025

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID RAFEAH, TAMAN UDA, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH

Taman Uda, Alor Setar, 17 Januari 2025 : Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah di sini hari ini.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut Yang Berhormat Tuan Haji Dzowahir bin Hj. Abd Ghani (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah), Sohibus Samah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (M***i Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah ( Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato' Dr. Haji Abdul Ghani @ @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Pengarah JHEAIK), Yang Dihormati Dato' Fisol bin Salleh (Ketua Polis Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato' Haji Hakim Ariff bin Md Noor (Pegawai Daerah Kota Setar) serta dif-dif kenamaan yang lain.

Khatib ialah Yang Berusaha Ustaz Badrud’din bin Abd Razak (Imam dan Khatib) menyampaikan khutbah bertajuk “Berdamailah Dengan Takdir".

Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid.

Baginda berangkat p**ang pada jam 2.30 petang diikuti kep**angan dif-dif kenamaan yang lain.

Kredit: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Photos from Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik's post 10/08/2024

KURSUS JATI DIRI IMAM MUDA NEGERI KEDAH SIRI 1/2024

8-10 OGOS 2024, Sedim: Kursus Jati Diri Imam Muda Negeri Kedah Siri 1/2024 melibatkan seramai 30 orang Pegawai Masjid terpilih bagi Daerah Kulim, Pokok Sena, Pendang, Baling dan Kubang Pasu.

Kursus ini dilaksanakan bagi membentuk modal insan yang berkualiti dan produktif serta membudayakan semangat kerjasama dalam pasukan untuk menerajui organisasi masjid.

Turut hadir Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIK yang merupakan salah seorang penceramah dalam kursus ini. Kursus ini dirasmikan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), wakil kepada Pengarah JHEAIK.

Photos from Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik's post 11/07/2024

IJTIMAK IMAM KARIAH PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2024

11 JULAI 2024 (KHAMIS), ALOR SETAR – Ijtimak Imam Kariah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar dihadiri lebih kurang seramai 500 Pegawai Masjid dari seluruh Negeri Kedah.

Aturcara Ijtimak ini bermula dengan sesi pembentangan pertama (1) oleh YBhg. Tuan Haji Yasim bin Muhamad, Pengarah Urusan Al-Huda Management Training and Consultant yang bertajuk “ Transformasi Masjid Negeri Kedah Ke Arah Masjid Dinamik ”. Manakala sesi kedua (2) p**a dibentangkan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang bertajuk “ Maqasid Syariah Dalam Mengurus Tadbir Institusi Masjid ”.

Ijtimak ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah. Turut hadir YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Pengarah JHEAIK, Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), JHEAIK, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Azhari bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JHEAIK, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIK, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, JHEAIK, Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah dan Pegawai Hal Ehwal Islam.

Usai Ijtimak, YAB Menteri Besar beramah mesra dan bergambar bersama peserta-peserta Ijtimak yang hadir.

Photos from Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jheaik's post 19/05/2024

LAWATAN KE JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR BAGI MESYUARAT PERKONGSIAN PINTAR PENGURUSAN MASJID NEGERI DAN MASJID DAERAH DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

14 -16 MEI 2024 - JOHOR BAHRU : Lawatan Delegasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah ke Jabatan Agama Islam Negeri Johor Darul Takzim diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hj Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Turut serta dalam lawatan ini YBhg. Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim, Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK, Sohibul Fadilah Syeikh Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK, Sohibul Fadilah Syeikh Naim bin Ahmad, Imam Besar Masjid Negeri Masjid Zahir dan Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK.

Ketibaan Delegasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah disambut baik oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), YBhg. Tuan Haji Jamaluddin bin Haji A. Hamid, Yang Berusaha Tuan Hj. Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi JAIJ, YBrs. Tuan Saipol Rahman bin Hj Amat, Timbalan Pengarah Pengurusan JAIJ, YBrs. Hj. Halid bin Sono, Kadi Besar Negeri Johor dan YBrs. Hj Makhadzir bin Abdan Al-Hafiz, Imam Besar Masjid Negeri Johor Darul Takzim.

Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada YBhg. Pengarah JAIJ yang telah melakukan kunjungan hormat di JHEAIK pada Disember 2023 yang lalu. Pertemuan ini juga adalah untuk mengerat dan memperkukuhkan kolaborasi dan jaringan strategik antara agensi pengurusan hal ehwal islam. Dikesempatan pertemuan ini, pihak JHEAIK berhasrat untuk mengetahui tadbir urus pengurusan masjid oleh Jabatan Islam Johor yang dilihat begitu profesional dalam tadbir urus institusi masjid. Disamping itu, pertemuan ini berhasrat untuk sama-sama bertukar idea dan pandangan dengan harapan institusi masjid dan surau dapat berfungsi secara sistematik dan profesional sehingga berupaya mengembalikan zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu.

Melalui lawatan ini juga, delegasi JHEAIK berkesempatan menziarahi beberapa Institusi Masjid antaranya Masjid Temenggong Daeng Ibrahim yang merupakan Masjid Diraja Telok Blangah di Singapura dan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Delegasi JHEAIK turut mengadakan ziarah mahabbah ke Akademi Al-Quran Negeri Johor.


Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja
Alor Setar
05676

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00