Dewan Pemuda PAS Alor Setar

Directions Contact the organization

Dewan Pemuda PAS Alor Setar Dewan Pemuda Pas Alor Setar merupakan cabang daripada DPPNK dan DPPM

06/10/2026

Alhamdulillah.

Makin ramai rakyat Malaysia yang menyertai keluarga PAS.

Setiap bulan, PAS menerima ribuan ahli baharu.

Jom sama-sama sertai PAS!

05/10/2026
30/09/2026
30/09/2026

KENYATAAN MEDIA

ISU NEW AGE MOVEMENT: PENJELASAN TERBUKA DAN KETELUSAN AMAT DIPERLUKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengambil serius perkembangan berkaitan isu dakwaan unsur New Age Movement (NAM) yang dikaitkan dengan program dan pendekatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli.

Kami mengambil maklum kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa perkara tersebut telah melalui penelitian dan sesi tabayyun bersama Timbalan Menteri berkenaan dengan penglibatan pihak berautoriti agama, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan dan Panel Pakar Akidah JAKIM.

JAKIM turut memaklumkan bahawa beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan berkaitan kandungan, pengisian serta pendekatan program yang mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah. Perkara ini tidak wajar dipandang ringan kerana apa-apa kekeliruan yang menyentuh asas akidah umat Islam perlu ditangani secara berilmu, telus dan bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, kami mengambil perhatian terhadap penjelasan Timbalan Menteri yang menafikan kaitan dengan ajaran New Age Movement serta menegaskan pegangan beliau terhadap akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, isu ini tidak seharusnya berlarutan dalam bentuk tuduhan, polemik atau pertikaian di media sosial. Sebaliknya, masyarakat berhak memperoleh penjelasan yang jelas daripada pihak berautoriti mengenai:

- Apakah kandungan dan pendekatan program yang telah dikenal pasti mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah;
- ⁠Apakah teguran dan panduan yang telah diberikan oleh JAKIM serta Panel Pakar Akidah;
- ⁠Apakah bentuk penambahbaikan atau pembetulan yang perlu dilakukan terhadap program dan pendekatan berkenaan; dan
- ⁠Apakah langkah pemantauan yang akan dilaksanakan bagi memastikan sebarang unsur yang boleh mengelirukan akidah umat Islam tidak lagi berlaku.

Kami menegaskan bahawa persoalan akidah tidak sewajarnya diselesaikan hanya melalui penafian atau pertikaian antara individu. Ia hendaklah dikembalikan kepada disiplin ilmu Islam dan penilaian pihak berautoriti seperti JAKIM, institusi mufti serta badan-badan agama yang mempunyai kepakaran dalam bidang akidah.

Pada masa yang sama, semua pihak perlu mengelakkan daripada membuat kesimpulan bahawa seseorang telah menyeleweng daripada akidah sebelum terdapat keputusan atau penjelasan berautoriti yang mengesahkan perkara tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berpandangan bahawa masyarakat Islam khususnya generasi muda perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai batas-batas akidah Islam serta perbezaan antara pendekatan pembangunan diri, motivasi dan kerohanian yang selari dengan syariat dengan fahaman atau amalan yang bercanggah dengannya.

Kami menyeru agar pihak kerajaan dan institusi agama mengambil kesempatan daripada isu ini untuk memperkukuh garis panduan, pemantauan dan pendidikan berkaitan program pembangunan insan serta kerohanian supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Prinsip kami jelas: soal akidah mesti ditangani dengan ilmu, tabayyun, ketelusan dan autoriti agama bukan dengan spekulasi atau polemik.

Masyarakat berhak mendapat jawapan yang jelas dan berautoriti agar segala kekeliruan dapat diselesaikan serta kepercayaan terhadap institusi agama negara terus dipelihara.

Muhammad Amsyar Faiz bin Md Shukri
Pengerusi Lajnah Dakwah
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

29/09/2026
28/09/2026

Ada hamba Allah beri sumbangan untuk kipas Kompleks PAS S*k.
Istiqamah dia menabung... Subhanallah.

Kata hukamak:
الاستقامة خير من ألف كرامة
Istiqamah itu lebih baik daripada seribu karamah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar merakamkan sal...
28/09/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar merakamkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah.
Semoga segala amal kebaikan beliau diterima Allah SWT, segala kekhilafan diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Al-Fatihah.

28/09/2026

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA

Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, bahkan merupakan seorang doktor, tokoh masyarakat dan wanita yang telah mencurahkan jasa serta bakti kepada rakyat dan negara sepanjang kehidupannya.

Dalam perjalanan panjang kehidupan dan perjuangan Tun Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa setia berada di sisi, melalui pelbagai fasa s**a dan duka, sama ada ketika memimpin negara mahupun selepasnya. Sebuah perjalanan bersama yang panjang, penuh pengorbanan dan tentunya meninggalkan begitu banyak kenangan buat keluarga.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat dikasihi.

Al-Fatihah.

Address

Km. 12. 5 Jalan Datuk Kumbar (Hadapan Stesyen Minyak Petron Tajar)
Alor Setar
05350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Alor Setar:

Shortcuts

Share