Dewan Pemuda PAS Alor Setar

Dewan Pemuda PAS Alor Setar

Share

Dewan Pemuda Pas Alor Setar merupakan cabang daripada DPPNK dan DPPM

02/06/2026

🔥 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN & PELANCARAN JENTERA PEMUDA DPPK ALOR SETAR KALI KE-42 🔥

Ayuh seluruh anak muda dan pendukung perjuangan hadir memeriahkan program penuh semangat ini!

📅 04 Jun 2026 (Khamis)
🕣 8.30 Malam
📍 Jerai Hotel, Alor Setar

Bersama kita memperkukuhkan saf perjuangan dan melancarkan gerak kerja Pemuda demi mempertahankan Alor Setar. 💚✊

“PERTAHAN ALOR SETAR”

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam himpunan penting ini.
Sebarkan kepada sahabat-sahabat dan seluruh jentera! 🔥





01/06/2026

Kenyataan Tuan Guru Presiden mengingatkan kita bahawa kekuatan PAS bukan terletak pada kuasa atau kerusi, tetapi pada istiqamah mempertahankan Islam sebagai dasar perjuangan.

Sejarah para anbiya’ membuktikan bahawa kemenangan sebenar lahir daripada kesabaran, keteguhan prinsip dan pergantungan kepada Allah. PAS telah melalui pelbagai ujian politik, namun terus berdiri kerana berpaut teguh kepada Islam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar berdiri teguh bersama kepimpinan parti dalam mempertahankan prinsip ini. Selagi PAS bersama Islam, PAS tidak akan ditenggelamkan.

AHMAD SAYYAF BIN MOHAMAD SHAUKI
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar
1 Jun 2026





Photos from Afnan Hamimi Taib Azamudden's post 29/05/2026
28/05/2026

Jom semak arah kiblat rumah masing-masing melalui fenomena Istiwa A’dzam 2026 🌞🕋

📌 Ketika matahari berada tepat di atas Kaabah, bayang-bayang objek akan menunjukkan arah bertentangan dengan kiblat.

🗓 Tarikh:
▪️ 28 Mei 2026 (Khamis) – 5.18 petang
▪️ 15 Julai 2026 (Rabu) – 5.27 petang

✅ Cara semak:

1. Pacakkan objek tegak seperti kayu atau botol.
2. Lihat arah bayang pada waktu yang ditetapkan.
3. Arah kiblat ialah bertentangan arah bayang tersebut.

Anjuran:
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar





26/05/2026

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Moga setiap amal diterima Allah SWT dan dikurniakan keberkatan buat kita semua.

“Tempat orang kaya berbakti,
Tempat orang miskin berteduh”

Ikhlas daripada,
AHMAD SAYYAF BIN MOHAMAD SHAUKI
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar




Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Km. 12. 5 Jalan Datuk Kumbar (Hadapan Stesyen Minyak Petron Tajar)
Alor Setar
05350