Bahagian Industri Padi MADA

Bahagian Industri Padi MADA

Share

Halaman ini di gunakan untuk pemberitahuan maklumat, info terbaru, teknologi terkini serta aktiviti yang di lakukan

17/11/2025
Photos from Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA's post 16/10/2025
18/09/2025

๐’๐ˆ๐‹๐€ ๐๐€๐“๐”๐‡๐ˆ ๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐๐„๐๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ—๏ธ

Penetapan Jadual Penanaman Padi mengambil kira faktor utama seperti ramalan sumber air tahunan, kadar pencapaian penuaian musim sebelumnya serta varieti dan tempoh matang padi. Pertimbangan ini memastikan kelancaran penanaman dengan sumber yang optimum bagi menjamin hasil yang mampan.

Sehubungan itu, pihak MADA menyeru para peladang agar mematuhi Jadual Penanaman Padi Musim 2/2025 yang ditetapkan dan memanfaatkan turunan hujan di dataran sebagai sumber utama pengairan sawah padi.





Photos from Dato Dr Ismail Salleh's post 29/07/2025
Photos from Bahagian Industri Padi MADA's post 21/07/2025

๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—” ๐—ฃ๐—”๐——๐—œ: ๐—ž๐—˜๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐—ญ๐—˜๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—œ

๐Ÿ. ๐๐ฎ๐ง๐ ๐š ๐๐š๐๐ข
Bunga padi sangat kecil dan tidak berwarna-warni. Ia tidak mempunyai kelopak seperti bunga biasa. Struktur bunga padi terdiri daripada kelopak sekam (๐˜จ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฆ), ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ข, ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ข, dan organ pembiakan (๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ, ๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜จ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ข๐˜ณ๐˜ช) .

๐Ÿฎ. ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ
Bunga padi hanya mekar selama 2 hingga 3 jam sahaja dalam sehari. Biasanya berlaku pada waktu pagi antara 8.00 hingga 11.00 pagi. Selepas itu, kelopak akan tertutup semula.

๐Ÿฏ. ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ
Pokok padi hanya berbunga sekali dalam kitaran hidupnya. Proses ini penting kerana ia menentukan hasil tuaian.

๐Ÿฐ. ๐—”๐—ด๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป
Pendebungaannya berlaku melalui angin (๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ญ๐˜บ) dan tidak perlu melalui serangga. Debunga disebarkan oleh angin ke bunga padi lain. Oleh itu, padi perlu ditanam rapat untuk meningkatkan kadar pendebungaan.

๐Ÿฑ. ๐—•๐—ถ๐—ท๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ
Setiap bunga padi akan menghasilkan 1 biji padi (gabah). Satu tangkai padi terdapat antara 100 hingga 220 biji padi bergantung kepada varieti padi.

๐Ÿฒ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป
Aktiviti persawahan perlu dielakkan ketika fasa pendebungaan bagi meningkatkan hasil tuaian.

Photos from Bahagian Industri Padi MADA's post 23/06/2025

๐Ÿฆ‰๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ค ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ข๐ค๐ฎ๐ฌ ๐’๐š๐ฐ๐š๐ก ๐Ÿ€

๐Ÿ˜บ Burung pungguk jelapang (๐‘‡๐‘ฆ๐‘ก๐‘œ ๐‘Ž๐‘™๐‘๐‘Ž ๐‘—๐‘Ž๐‘ฃ๐‘Ž๐‘›๐‘–๐‘๐‘Ž) atau dikenali sebagai burung helang kucing oleh warga tempatan.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ Dipercayai berasal dari Kepulauan Jawa dan Sumatera.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pertama kali dijumpai membiak di Malaysia pada tahun 1969 di sebuah ladang kelapa sawit di Johor.
โณTempoh untuk mencapai umur matang lebih kurang 2 bulan.
๐Ÿ”Ÿ Dianggarkan mampu hidup antara 5 hingga 10 tahun.

๐Ÿค Burung dewasa mempunyai muka berbentuk jantung dan berwarna putih.
๐Ÿฅ‡Bulu di bahagian bawah badannya berwarna putih manakala di bahagian atas badannya berwarna perang keemasan.
โš–๏ธBurung dewasa mempunyai berat badan antara 500 hingga 650 gram.
๐ŸชœKetinggian purata burung dewasa daripada ekor ke kepala 35 cm hingga 48 cm.

๐Š๐ž๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ค ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š๐ง๐  :
๐Ÿฆ‰ Burung dewasa berbunyi decitan yang nyaring manakala anaknya berbunyi berdesis seperti ular jika diganggu iaitu berbeza dengan spesis burung hantu yang mengeluarkan bunyi โ€˜hut-hutโ€™.
๐Ÿฆ‰ Tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup pada lubang pokok atau bumbung rumah. Bagi meningkatkan populasinya di kawasan sawah, kotak sarang perlu didirikan di sekitar sawah supaya burung tersebut dapat berlindung dan membiak. Kebiasaannya 1 kotak sarang dibina bagi kawasan seluas 40 hektar.
๐Ÿฆ‰ Pemasangan batang kayu berbentuk T di sawah adalah disyorkan sebagai tempat burung pungguk jelapang bertenggek untuk mengesan mangsa sebelum tangkapan iaitu berbeza dengan burung helang yang lebih gemar berlegar di ruang udara sebelum menjunam menangkap mangsa.

๐‚๐ข๐ซ๐ข-๐‚๐ข๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ค ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ข๐ค๐ฎ๐ฌ ๐’๐š๐ฐ๐š๐ก :
๐Ÿฆ‰98 hingga 99% daripada diet keseluruhannya adalah memakan tikus.
๐Ÿฆ‰ Mencari makanan pada waktu malam dimana tikus sawah juga aktif keluar daripada lubang sarang pada sebelah malam untuk menyerang tanaman.
๐Ÿฆ‰ Membiak dengan kerap iaitu 2 hingga 4 kali setahun dengan 5โ€“6 biji telur setiap kali pembiakan.
๐Ÿฆ‰ Mempunyai pendengaran yang tajam untuk mengesan serta memburu tikus sawah.
๐Ÿฆ‰ Mempunyai bulu sayap yang lembut bagi membolehkannya terbang secara senyap ketika menangkap tikus sawah.
๐Ÿฆ‰ Memiliki kuku dan paruh yang tajam untuk memegang serta membunuh tikus yang ditangkap.
๐Ÿฆ‰Boleh hidup dan memburu di kawasan yang sama secara harmoni tanpa berlakunya persaingan merebut wilayah.

๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ค ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š๐ง๐  :
๐ŸŒพ Merupakan agen kawalan biologi yang berkesan untuk membunuh tikus sawah dimana sepasang burung pungguk jelapang dewasa beserta 4 hingga 5 ekor anak burung boleh makan lebih 3,000 ekor tikus dalam tempoh setahun. Tikus yang ditangkap akan ditelan, dihadam dan segala sisa baki yang tidak tercerna seperti tulang dan bulu tikus akan diluahkan semula dalam bentuk ketulan yang biasanya boleh dijumpai di dalam kotak sarang dan di atas tanah berhampiran tiang kotak sarang.

๐ŸŒพ Mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan racun kimia untuk kawalan tikus sawah dimana secara tidak langsung dapat melindungi tanah, air dan biodiversiti.

27/04/2025

Musim 1/2025 akan bermula. Jom mulakan kempen kawalan rumpai.

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Alor Setar
05990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00