03/06/2026
Peperiksaan tauliah mengajar agama Islam Negeri Kedah
3 Jun 2026 - Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR ,
Telah diadakan peperiksaan tauliah mengajar agama Islam Negeri Kedah bagi tahun 2026.
Di Sini Lahirnya Huffaz Profesional
27/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Semoga ibadah korban dan segala amal kebajikan diterima Allah SWT, serta Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat kepada semua.
Ikhlas daripada Yayasan Islam Negeri Kedah
18/05/2026
Salam 1 Zulhijjah 1447H
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
Ayuh kita perbanyakkan amalan supaya kita tidak terlepas dari ganjaran yang disediakan Allah pada bulan ini.
Di Sini Lahirnya Huffaz Profesional
17/05/2026
Sambutan hari guru peringkat IQDAR
17 Mei 2026 - Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR
Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru peringkat IQDAR. Semoga IQDAR terus maju dipandu dan dipimpin oleh para pensyarah yang penuh dedikasi dan beriltizam tinggi dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar. Kita doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada para pensyarah dalam membimbing para pelajar dengan akhlak dan adab al-Quran untuk disemat ke ke dalam hati-hati pelajar.
Di Sini Lahirnya Huffaz Profesional
16/05/2026
Selamat Hari Guru buat seluruh insan pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, mendidik akhlak dan membimbing generasi ummah ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
“Guru Bitara, Nadi Negara"
Jasamu dikenang, pengorbananmu disanjung, dan ilmumu terus mengalir menjadi saham akhirat yang berkekalan. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan langkah para guru dalam mendidik anak bangsa.
Di Sini Lahitnya Huffaz Profesional
15/05/2026
Terima kasih YB Mardhiyyah Johari sudi datang ke Majlis Graduasi & Sah Khatam Hafazan Al-Quran Ke-39 IQDAR.
15/05/2026
Majlis Graduasi & Sah Khatam Hafazan Al-Quran Ke-39 Institut Al-Quran Darul Aman
14 Mei 2026 - Dewan Insaniah Kompleks Lembaga Zakat Mergong.
Telah berlangsung Majlis Graduasi & Sah Khatam Hafazan Al-Quran Ke-39 Institut Al-Quran Darul Aman.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, bagi mewakili Menteri Besar Kedah. Seramai 53 orang pelajar diraikan dalam majlis ini kerana berjaya menamatkan hafazan al-Quran sepanjang pengajian di IQDAR.
Di Sini Lahirnya Huffaz Profesional