Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR

Call Directions Website

Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR IQDAR MERUPAKAN LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN JAKIM TERLETAK BERHADAPAN MASJID SULTANAH BAHIYAH A.SETAR

𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐓𝐀-𝐑𝐀𝐓𝐀ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus melahirk...
26/10/2026

𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐓𝐀-𝐑𝐀𝐓𝐀

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus melahirkan generasi masa hadapan yang berusaha menjaga Al-Quran dan terus bersemangat untuk menyambung pengajian di merata tempat pengajian demi kebaikan diri sendiri, keluarga, Negeri, Negara dan Agama tercinta.

Alhamdulillah, pada tahun ini, boleh dikatakan semua pelajar sesi 2023-2026 telah berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi mengikut bidang yang menjadi pilihan mereka.

Semoga perkongsian ini menjadi penyejuk mata dan pembakar semangat kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, para pembayar zakat dan individu yang telah menyumbang kepada perkembangan IQDAR. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya. Semoga ia juga menjadi contoh kepada 'adik-adik' yang sedang berjuang di IQDAR untuk berjaya seperti abang dan kakak mereka.

"Batch 2009, kami tunggu hangpa untuk kemasukan 2027 ya..pulun jangan tak pulun SPM ni.."

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

Cc -Data dan gambar dari Persatuan Alumni IQDAR - FAIQ

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑ALOR SETAR, 26 Okt - Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman mel...
26/10/2026

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑

ALOR SETAR, 26 Okt - Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman melalui Persatuan Alumni IQDAR - FAIQ telah menerima sumbangan mesin printer untuk kegunaan para pelajar IQDAR.

Mesin printer ini telah diserahkan oleh Ustazah Nur Insyirah binti Ahmad Basri mewakili pihak alumni IQDAR kepada Ustaz Muhammad Ashraf binti Jamaluddin mewakili IQDAR merangkap Penyelaras Makmal Komputer IQDAR.

Pentadbiran IQDAR amat berbesar hati dengan sumbangan ini kerana ia amat diperlukan oleh para pelajar dalam usaha menyiapkan tugasan akademik mereka dan amat terharu atas keprihatinan alumni dengan keperluan 'adik-adik' mereka yang sedang berjuang di IQDAR. Semoga penyumbang, alumni dan semua 'orang baik' kepada warga IQDAR sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT.

Sebagai tambahan, Persatuan Alumni IQDAR baru melancarkan kempen infak kepada tabung alumni bagi merancakkan kerja amal jariah khusus kepada warga IQDAR dan alumni.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙: 𝐋𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Alhamdulillah, sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada barisan ke...
23/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙: 𝐋𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) atas pemilihan mereka untuk mewakili IQDAR.

Wakil IQDAR:

MUHAMMAD AFIQ BIN FARIZAN
Yang Dipertua (YDP) MPP IQDAR

NUR IZZAH HANIZ BINTI IDRUS
Naib Yang Dipertua (NYDP) MPP IQDAR

📅 23 – 26 Oktober 2026
📍 Sarawak, Bumi Kenyalang
🏛️ Anjuran: Darul Quran JAKIM

Penyertaan ini merupakan satu penghormatan dan peluang bermakna buat kepimpinan mahasiswa IQDAR untuk menimba pengalaman, memperkukuh ukhuwah serta menyemai semangat kesukarelawanan dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Semoga amanah yang digalas oleh kedua-dua wakil IQDAR ini dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, dedikasi dan tanggungjawab, di samping menjadi medan pembentukan jati diri, kepimpinan serta sahsiah huffaz yang berwibawa.

Selamat menjalankan misi bakti!

Semoga segala urusan dipermudah Allah SWT, perjalanan diberkati dan setiap usaha menjadi amal kebajikan yang berpanjangan.

Membawa amanah, menabur bakti, menyinari ummah dengan cahaya al-Quran.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA


TERIMA KASIH Darul Quran JAKIM JEMPUT IQDAR. MOGA SYUKBAH HALAL DI IQDAR TERUS MAJU DAN ADA ILMU BARU YANG DI BAWA BALIK...
22/10/2026

TERIMA KASIH Darul Quran JAKIM JEMPUT IQDAR. MOGA SYUKBAH HALAL DI IQDAR TERUS MAJU DAN ADA ILMU BARU YANG DI BAWA BALIK DENGAN PENYERTAAN USTAZ KHAIRUL AMRI BIN DATO' HJ KASSIM DI DALAM BENGKEL TERSEBUT

𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃)ALOR SETAR, 22 Okt - Alhamdu...
22/10/2026

𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃)

ALOR SETAR, 22 Okt - Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus menjadi penyumbang kepada tenaga pengajar ilmu Al-Quran masa hadapan apabila hampir 50 orang pelajar daripada semester 3 dan 5 telah lulus peperiksaan Tauliah Mengajar Agama Islam (Al-Quran&Tajwid) di bawah Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMNK).

Sebagai makluman, IQDAR telah membuat memorandum persefahaman (MoU) bersama Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMNK) untuk IQDAR dijadikan sebagai salah satu daripada pusat peperiksaan khusus kepada pelajar IQDAR. Untuk itu, para pelajar tahun akhir khususnya diwajibkan untuk menduduki peperiksaan tauliah tersebut terutamanya tauliah Al-Quran dan Tajwid dan alhamdulillah pada tahun ini seramai 50 orang pelajar telah mengambil peperiksaan tauliah ini dan keputusan telah diterima pada minggu ini.

Pengurusan IQDAR diketuai Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi IQDAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman atas ruang kerjasama yang dijalankan ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru-guru yang telah memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan peperiksaan ini. Semoga ALLAH memberkati hidup kita semua.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇ALOR SETAR, 22 ...
22/10/2026

𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇

ALOR SETAR, 22 Okt - Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menghantar pelajar bagi mewakili IQDAR di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Saringan Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2027M/1448H. Majlis ini diadakan bermula 18 Oktober 2026 hingga 22 Oktober 2026 bertempat di Dewan Masjid Hasanah, Ampang Jajar, Alor Setar.

Menurut Ketua Unit Hal Ehwal Al-Quran (HAQ) iaitu Ustaz Khairul Anuar bin Dato' Hj Kassim, IQDAR pada tahun ini menghantar 10 orang pelajar untuk kategori hafazan dan tilawah Al-Quran dan berikut adalah nama-nama pelajar yang terlibat;

Juzuk 1-10 (Bertarannum)
~ Muhammad Arif Bin Nor Akashah

Juzuk 1-10 (Bertarannum)
~ Nur Asma' Humaira' Binti Mohd Shuhaimi

Juzuk 1-20 (L)
~ Muhammad Ammar Bin Rosfaizal Anuar

Juzuk 1-20 (P)
~ Dalili Aqilah Binti Noor Amali

Juzuk 1-30 (L)
~ Muhammad Salman Bin Ahmad Faris

TILAWAH (L)
1. Nor Nasrullah Bin Nor Faizal
2. Muhammad Ariff Bin Mohamad Dzahir

TILAWAH PEREMPUAN (P)
1. Nur Asma' Humaira' Binti Mohd Suhaimi
2. Nur Aina Nabilah Binti Rusman
3. Izzatul Ulya Binti Azlan
4. Ulya Binti Ahmad Sayuti

Sepanjang berlangsungnya majlis ini, Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi IQDAR juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama hadir bagi memberi semangat kepada para peserta dari IQDAR. Selain itu, majlis ini bertambah seri apabila salah seorang pensyarah IQDAR iaitu Ustaz Hamzah bin Mokhtar juga turut terpilih sebagai Hakim di dalam majlis tersebut.

IQDAR mengharapkan doa dan semangat daripada semua pihak agar anak-anak IQDAR khususnya dan para pencinta kalam ALLAH ini umumnya sentiasa bersungguh-sungguh bagi menjaga dan memelihara kesucian kitab ALLAH ini sehingga akhir hayat.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔📍 Darul Quran JAKIM📅 21 Oktober 2026 | RabuAlhamdulillah, Institut ...
21/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍 Darul Quran JAKIM
📅 21 Oktober 2026 | Rabu

Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menyertai Konvensyen Qiraat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Darul Quran JAKIM.

Penyertaan IQDAR dalam konvensyen ini melibatkan dua orang pegawai akademik, iaitu:

1. Ustaz Mohd Zakuan bin Abdul Manaf
Timbalan Pengarah HEA/HEP IQDAR
2. Ustaz Mohd Fikhri bin Yaacob
Ketua Program IQDAR

Turut serta dalam konvensyen ini ialah 7 orang pelajar IQDAR, iaitu:

1. Muhammad Fathulrazi bin Zulkifli
2. Abdul Qayyum bin Zaidi
3. Haddad Munzir bin Ghazali
4. Muhammad Ismail Najmi bin Noh
5. Badrul Najmi bin Ahmad Shohimi
6. Muhammad Ariff bin Nor Akashah
7. Muhammad Amar Arsyad bin Shahril Anuar

Penyertaan ini merupakan peluang yang amat bermakna kepada para pensyarah dan pelajar untuk menimba ilmu, bertukar pandangan serta memperkukuh kefahaman dalam bidang ilmu Qiraat di peringkat kebangsaan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui konvensyen ini dapat dimanfaatkan serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa pengajian al-Quran dan ilmu Qiraat di IQDAR.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐎𝐖𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, Pengurusan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) ...
20/10/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐎𝐖𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐈𝐐𝐃𝐀𝐑

ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, Pengurusan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus mendekati para pelajar dengan mengadakan sesi 'town hall' bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi kebajikan dan keperluan pelajar.

Sesi ini telah dikendalikan sendiri oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi dan dibantu oleh Ustaz Abdul Malik bin Che Haat selaku Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Ustaz Mohd Zakuan bin Abdul Manaf selaku Timbalan Pengarah (HEA&HEP), Ustazah Siti Shukriah binti Md Isa selaku Ketua Unit HEP, dua orang warden dan Penolong Pegawai IQDAR.

Sebelum diadakan sesi 'town hall' ini, para pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan melalui aplikasi google form yang disediakan dan hasilnya dibentangkan pada sesi tersebut. Beberapa permasalahan terutamanya melibatkan keperluan pelajar dibincangkan secara dua hala dan pihak Pengurusan akan cuba untuk menyelesaikannya sebaik yang mungkin.

Semoga hubungan baik antara pihak Pengurusan dan pelajar IQDAR akan membuahkan hasil yang terbaik demi merealisasikan motto IQDAR iaitu;
"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"

"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, ...
20/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

ALOR SETAR, 20 Okt - Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menerima kunjungan dua orang Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) iaitu Ustaz Hasbullah bin Md Mokhtar
selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JHEAIK dan Ustaz Helmi bin Mohamad Yusof selaku Penyelia Kanan KAFA, Bahagian Pendidikan JHEAIK.

Kunjungan yang penuh bermakna ini disambut mesra oleh Encik Mohd Zaki bin Mokhtar selaku Ketua Pegawai Operasi IQDAR.

Tujuan kunjungan oleh kedua-dua orang pegawai JHEAIK pada kali ini adalah untuk menyampaikan ucapan penghargaan di atas kesudiaan pihak IQDAR memberi ruang kepada JHEAIK menggunakan fasiliti IQDAR untuk membuat rakaman sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Kebangsaan pada bulan September yang lalu.

IQDAR sentiasa menghulurkan tangan dengan mana-mana agensi atau organisasi yang berhasrat untuk mengadakan kerjasama program-program dakwah di Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

YA ALLAH, SEMBUHKAN ANAK IQDAR...Untuk makluman rakan-rakan fb Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), seorang pelajar IQD...
20/10/2026

YA ALLAH, SEMBUHKAN ANAK IQDAR...

Untuk makluman rakan-rakan fb Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), seorang pelajar IQDAR iaitu Mardhiah Hayati (sem 2) kini berada di zon merah Hospital Baling. Menurut warisnya, keadaan beliau sekarang agak lemah.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IQDAR akan menganjurkan bacaan Surah Yaasin secara dalam talian (Google meet) untuk mendoakan kesihatan Mardhiah Hayati. Kepada rakan-rakan yang berkelapangan, anda semua dijemput bersama di dalam majlis tersebut seperti butiran berikut;
Tarikh : 20 Oktober 2026
Masa : 08.30 malam
Link : https://meet.google.com/iry-ppqx-ajz

IQDAR mendoakan agar Mardhiah kembali sihat dan dapat meneruskan pengajian seperti sediakala..amiin..

Address

Jalan Sultanah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047327017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share