Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Government Organization, Jalan Kuala, Alor Setar.

Akaun Rasmi Baharu:
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Jalan Kuala Kedah
05400 Simpang Kuala
Alor Setar, Kedah

☎️: 04-7741000
πŸ’»: https://jknkedah.moh.gov.my

#jknkedah
#kedahsihat
#sihatitusaya

04/06/2026

πŸ›‘οΈπ‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ
πƒπ”πƒπ”πŠ π‘π”πŒπ€π‡ π‹π„ππˆπ‡ ππ€πˆπŠπŸ‘

Anda ibubapa yang mana satu?

πŸ…°οΈ Geng wajib bawa anak 'healing' dekat luar setiap kali cuti sekolah. πŸ…±οΈ Geng kreatif cipta 'taman permainan' sendiri di dalam rumah.

Buat masa sekarang, pilihan πŸ…±οΈ amatlah digalakkan!

Kenapa?
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) amat mudah berjangkit terutamanya di kawasan yang sesak dan padat dengan orang ramai.

Cuba kongsi sikit di ruangan komen, apa aktiviti paling 'sempoi' yang anda selalu buat bersama anak-anak kat rumah? Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk ibu bapa yang lain!



Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 03/06/2026
03/06/2026
Photos from Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kedah's post 03/06/2026
03/06/2026

π“π„πŒππ€π“ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 πŒπ„πŒππˆπ€πŠ π‹π„ππˆπ‡ πƒπ„πŠπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ π˜π€ππ† πŠπˆπ“π€ π’π€ππ†πŠπ€

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.

Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.



sihat

emagJun2026 02/06/2026

πŸ”Šπ„πƒπˆπ’πˆ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐄-πŒπ€π‰π€π‹π€π‡ 𝐊𝐈𝐍𝐈 π“πˆππ€! πŸ“–

Klik https://bit.ly/4u3rTbl untuk bacaan. Dapatkan panduan kesihatan fizikal, mental dan sosial yang terkini untuk anda dan keluarga.

Antara perkongsian menarik bulan ini:

βœ… Inisiatif 'Sihat Itu Saya' & Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.
βœ… Info Penyakit: Gout jejas kualiti hidup & kisah inspirasi Hidradenitis Suppurativa.
βœ… Tip harian :
1. Cara betul baca label makanan
2. Keselamatan makanan
3. Pelupusan ubat dengan selamat (MyMediSAFE).



emagJun2026 emagJun2026

02/06/2026

π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

Ayuh dengarkan temubual kesihatan
πŸ”ΈTarikh: 03 Jun 2026 (Rabu)
πŸ”ΈMasa: 10.15 pagi hingga 10.30 pagi
πŸ”ΈMedia: Radio Langkawi fm
πŸ”ΈProgram: 15 minit
πŸ”ΈPanelis: YBrs. Encik Mohamad Faizal bin Hajar Maidin, Pegawai Teknologi Makanan, Pejabat Kesihatan Langkawi
πŸ”ΈTopik: Keracunan Makanan: Mengapa Masih Berlaku?


02/06/2026

πŸ’‘π‰πŽπŒ πŠπ„ππ€π‹πˆ π‰πŠπ πŠπ„πƒπ€π‡

π’π„ππ€π‘π€πˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇

Terdapat sebanyak 11 buah Pejabat Kesihatan Daerah di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah beroperasi di seluruh negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi.

Pejabat Kesihatan Daerah bertanggungjawab mencegah penularan penyakit dan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Peranan ini diperkukuh melalui pengurusan rangkaian Klinik Kesihatan bagi rawatan asas penduduk, di samping pemantauan proaktif terhadap kebersihan makanan serta keselamatan persekitaran daerah.

Kesemua usaha bersepadu ini memastikan seluruh komuniti dapat hidup dalam persekitaran yang bebas daripada ancaman kesihatan.

................................
πŸ—¨οΈCuba tulis kat ruangan komen sikit, Pejabat Kesihatan Daerah mana paling dekat dengan rumah hangpa.



02/06/2026

π™Žπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆ π™π˜Όπ™†π™•π™„π˜Όπ™ƒ

Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Khairul Azhar bin Abdullah, Pegawai Sains Pemakanan bertugas di Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani yang telah kembali ke Rahmatullah.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah


Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Kuala
Alor Setar