Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman Laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Kedah ini diwujudkan oleh Bahagian Rujukan Fatwa JMNK bertarikh 26 Ogos 2015

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐ˆ: ๐Œ๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐€๐, ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡:๐ŸŽ๐Ÿ– ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)๐Œ๐€๐’๐€:๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข๐“๐„๐Œ...
08/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐ˆ: ๐Œ๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐€๐, ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡:
๐ŸŽ๐Ÿ– ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)

๐Œ๐€๐’๐€:
๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข

๐“๐„๐Œ๐๐€๐“:
๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐’๐ก๐ž๐ข๐ค๐ก ๐€๐›๐. ๐Œ๐š๐ฃ๐ข๐ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐๐จ๐จ๐ซ, ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ญ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก.


๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐”๐”๐Œ: ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐…๐€๐“๐–๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐๐“๐„๐๐† ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡, ๐“๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ '๐๐„๐– ๐€๐†๐„ ๐Œ๐Ž๐•๐„๐Œ๐„๐๐“' ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐„๐„๐๐…๐€๐Š๐„__________...
07/10/2026

๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐”๐”๐Œ: ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐…๐€๐“๐–๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐๐“๐„๐๐† ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡, ๐“๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ '๐๐„๐– ๐€๐†๐„ ๐Œ๐Ž๐•๐„๐Œ๐„๐๐“' ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐„๐„๐๐…๐€๐Š๐„
__________________________________________

SINTOK, 6 Oktober 2026 (Selasa)โ€“ Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman terus komited dalam memperkasa ummah melalui penganjuran Forum Ilmu Islam yang memfokuskan kepada peranan strategik institusi fatwa mendepani arus kemodenan.
Forum yang bertajuk โ€œMemperkasa Ummah dan Memartabatkan Syiar Islam: Peranan Institusi Fatwa Dalam Mendepani Cabaran Semasa di Negeri Kedah dan Malaysiaโ€ telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, jam 2:30 petang bertempat di Auditorium SOIS, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Majlis yang gilang-gemilang ini telah menghimpunkan tokoh-tokoh akademik dan agamawan antarabangsa termasuk Yang Berusaha Encik Aroon Boonchom, Sheikhul Islam Negara Thailand serta pemimpin-pemimpin Majlis Agama Islam dari wilayah Songkhla dan Sahibus Samahah (S.S.) Datoโ€™ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah serta pegawai dari JMNK. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Naib Canselor UUM. Peserta yang hadir p**a terdiri daripada barisan mahasiswa dan mahasiswi UUM serta wakil-wakil agensi kerajaan.

Sesi wacana ilmu ini membariskan panel tersohor iaitu Sahibus Samahah (S.S.) Datoโ€™ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah dan Yang Berusaha Encik Aroon Boonchom, Sheikhul Islam Negara Thailand manakala Profesor Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib bertindak selaku moderator.

Dalam wacana tersebut, Yang Berusaha Encik Aroon Boonchom turut mengambil peluang menonjolkan kepentingan memelihara hubungan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat minoriti Muslim di Thailand. Beliau menegaskan bahawa pendekatan berhikmah, sikap toleransi dan saling hotmat menghormati amat ditekankan bagi memastikan umat Islam di sana dapat menjalani kehidupan beragama dengan aman, sejahtera dan terus menyumbang kepada pembangunan negara tanpa sebarang bentuk diskriminasi.

Sementara itu, S.S. Datoโ€™ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang selaku panel kedua telah berkongsi dari aspek pengurusan fatwa dan peranannya dalam memperkasakan akidah umat Islam khususnya di Negeri Kedah. Beliau memaklumkan kepada para peserta bahawa kedudukan institusi fatwa di negeri ini berada di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam.

Beliau berkongsi dengan peserta bahawa sesuatu fatwa itu bukanlah sekadar pandangan peribadi individu sebaliknya ia merupakan hasil ketekunan meneliti persoalan hukum syarak melalui metodologi yang berautoriti. Keputusan yang dibuat menuntut penelitian silang disiplin, pemerhatian realiti semasa (waqi'), pertimbangan dalil serta menilai maslahat dan mafsadah yang bakal terhasil.

Sistem kefatwaan di Negeri Kedah juga utuh berpegang kepada kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah; berasaskan manhaj akidah Imam Abu al-Hasan al-Asyโ€˜ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, bersyariatkan qaul muktamad Mazhab Syafie, serta bertasawuf mengikut pendekatan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Bagaimanapun, fleksibiliti tetap wujud di mana Jawatankuasa Fatwa berhak merujuk kepada pandangan mazhab muktabar yang lain sekiranya wujud keperluan awam yang mendesak atau atas kepentingan ammah.

Dalam membincangkan cabaran masa kini, institusi fatwa amat mengambil berat tentang kelangsungan akidah, syariah dan tasawuf umat Islam. Kemunculan ideologi dan pemikiran baharu yang mengelirukan menuntut kewaspadaan yang tinggi agar masyarakat tidak tergelincir dari landasan akidah yang sebenar.
Satu ancaman paling membimbangkan mutakhir ini adalah penyelewengan akidah melalui New Age Movement (Gerakan Zaman Baru). Gerakan yang beroperasi secara amat halus ini sering kali berselindung di sebalik nama amalan kerohanian moden, penyembuhan tenaga (energy healing), meditasi serta hukum tarikan alam yang seolah-olah berbentuk saintifik. Hakikatnya, ideologi ini boleh meracuni tauhid secara perlahan-lahan dengan mengalih pergantungan mutlak umat Islam kepada Allah S.W.T kepada konsep pemujaan entiti kosmik dan kuasa alam. Ini adalah bentuk penyelewengan yang menuntut kefahaman ilmu yang mendalam agar masyarakat dapat membina sistem imun rohani yang kebal.

Selain ancaman ideologi halus, gelombang teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan deepfake kini menjadi medan fitnah baharu. Suara dan wajah tokoh agama kini boleh ditiru secara identikal untuk menjana kenyataan hukum yang tidak tepat.

Di samping itu, masyarakat moden hari ini didapati terlalu dahagakan "hukum segera" bersandarkan klip video pendek 30 saat di media sosial berbanding merujuk pihak yang berautoriti dalam hal kefatwaan dan hukum syarak. Walaupun AI sangat berguna sebagai alat pembantu penyelidikan, ia sama sekali tidak mampu dan tidak boleh menggantikan autoriti syarak yang ditunjangi gabungan nas, usul fiqh, maqasid syariah dan kebijaksanaan manusia.

Sebagai penutup rumusan, Sahibus Samahah Mufti Negeri Kedah menyeru seluruh umat Islam agar memperkasakan amalan tabayyun sebelum menyebarkan sebarang kandungan agama, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan maklumat ini.
Peranan institusi fatwa kini lebih proaktif; dalam mendidik masyarakat secara berterusan agar mereka memahami hikmah di sebalik sesuatu hukum dimuktamadkan. Usaha ini penting dalam merealisasikan Maqasid Syariah demi memelihara agama dan membawa kerahmatan, kesejahteraan serta keadilan secara menyeluruh buat umat Islam khususnya di bumi bertuah ini.

Jabatan Mufti Negeri Kedah turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, khususnya Universiti Utara Malaysia (UUM) atas komitmen cemerlang dalam menjayakan penganjuran forum ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan khas kepada Yang Berusaha Encik Aroon Boonchom, Sheikhul Islam Negara Thailand (Bangkok) berserta seluruh delegasi atas kesudian hadir dan berkongsi pandangan dalam wacana ilmu yang amat bermakna ini. Kesepakatan silang sempadan ini membuktikan keutuhan ukhuwah Islamiah dalam usaha bersama memartabatkan syiar Islam serantau. Semoga usaha murni dan wacana keilmuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kemaslahatan dan pemerkasaan ummah seluruhnya.


05/10/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ๐พ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ ๐‘ข๐‘  ๐น๐‘–๐‘žโ„Ž ๐‘Š๐‘Ž๐‘›๐‘–๐‘ก๐‘Ž & ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘ข...
05/10/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ

๐พ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ ๐‘ข๐‘  ๐น๐‘–๐‘žโ„Ž ๐‘Š๐‘Ž๐‘›๐‘–๐‘ก๐‘Ž & ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘ข๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘ˆ๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐ด๐‘ ๐‘›๐‘Ž๐‘“
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

๐Ÿ“† : 04 ๐‘‚๐‘˜๐‘ก๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2026
โฐ : 8:00 ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘”๐‘– - 1:00 ๐‘ƒ๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘”
๐Ÿ“ : ๐ท๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘™ ๐ต๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘Ž, ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Žโ„Ž, ๐ฝ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘–๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‡๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘™, ๐‘†๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘–.


๐Ÿ“ธ ๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ : ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐…๐€๐‘๐€๐ˆ๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐“๐€ ๐๐”๐’๐€๐Š๐€โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-๐Ÿ“† :  ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โฐ :  ๐Ÿ–:๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‘ท๐’‚๐’ˆ๐’Š๐Ÿ“ :  ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Ÿ’, ๐...
21/09/2026

๐Ÿ“ธ ๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ : ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐…๐€๐‘๐€๐ˆ๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐“๐€ ๐๐”๐’๐€๐Š๐€
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

๐Ÿ“† : ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โฐ : ๐Ÿ–:๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‘ท๐’‚๐’ˆ๐’Š
๐Ÿ“ : ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Ÿ’, ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐š๐ก๐ค๐š๐ฆ๐š๐ก ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ญ๐ข, ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ.

๐Ž๐‹๐„๐‡ : ๐˜๐๐‡๐†. ๐“๐”๐€๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐ ๐€๐™๐ˆ๐™
๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ง๐š๐ง, ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ค๐š, ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š.


#๐พ๐‘’๐‘‘๐‘Žโ„Ž๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ข๐‘™๐ด๐‘š๐‘Ž๐‘›

21/09/2026

๐ŸŽฅ LIVE : KURSUS FARAID DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

OLEH : YBHG. TUAN HAJI BAHARUDDIN BIN AZIZ

Pengarah Kanan, Bahagian Pembahagian Pusaka, JKPTG Putrajaya.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œโ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-๐Ÿ“† :  ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ...
15/09/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐Ÿ๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฒ๐›๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-
๐Ÿ“† : ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โฐ : ๐Ÿ–.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“ : ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐€๐ซ-๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ง๐ข๐š๐ก ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐จ๐ง๐ ๐จ๐ซ, ๐๐š๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐Š๐ž๐๐š๐ก.

Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam, Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Jawatankuasa Kariah Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Bongor, Baling telah menganjurkan program CSR (Corporate Social Responsibility) iaitu program Inisiatif Mufti Bersama Masyarakat Tahun 2026 sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk menyantuni golongan asnaf dalam kariah berkenaan.

Program yang julung-julung kali diadakan ini bermula dengan solat Maghrib dan Isya yang diimamkan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Hassan iaitu Imam Masjid ar-Rahmaniah manakala kuliah Maghrib disampaikan oleh Dr. Faridah binti Ahmad, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Kedah.
Usai solat Subuh berjamaah pada hari berikutnya, para pegawai masjid serta anak kariah bergotong royong untuk menyediakan sarapan dan juadah makan tengah hari.

Pada masa yang sama, anak kariah turut disajikan dengan santapan rohani merangkumi solat sunat dan Kuliah Dhuha oleh Sohibul Fadhilah Tuan Guru Haji Zulkifli bin Sohaimee, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Acara kemuncak program ini diserikan lagi dengan penyerahan Mock Cheque sebanyak RM20,000 kepada Masjid ar-Rahmaniah oleh Ustaz Airil Rizman bin Izhar daripada Bahagian Hal Ehwal Islam, Maybank. Sohibus Samahah Datoโ€™ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah Darul Aman turut berbesar hati untuk menyempurnakan majlis perasmian penutup seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 75 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid ar-Rahmaniah, Bongor.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Malayan Banking Berhad (Maybank) atas sumbangan dana untuk menzahirkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pelaksanaan khidmat fi sabilillah yang menyumbang kepada pembangunan rohani, intelektual dan kesejahteraan masyarakat berlandaskan syariat Islam.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada anak kariah Masjid ar-Rahmaniah, Batu 48 Kampung Bongor, Baling khususnya pengerusi dan Jawatankuasa Kariah masjid berkenaan atas khidmat bakti, masa, tenaga dan segalanya demi menjayakan program Inisiatif Mufti Bersama Masyarakat Tahun 2026. Semoga pengorbanan kalian dikurniakan sebaik-baik ganjaran disisi Allah S.W.T.

#๐ฝ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘€๐‘ข๐‘“๐‘ก๐‘–๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐พ๐‘’๐‘‘๐‘Žโ„Ž
#๐พ๐‘’๐‘‘๐‘Žโ„Ž๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ข๐‘™๐ด๐‘š๐‘Ž๐‘›

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐…๐€๐“๐–๐€ (๐‰๐Š๐๐๐…) ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ’โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”๐Ÿ—“๏ธ : ๐Ÿด ๐—ต๐—ถ๐—ป...
10/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐…๐€๐“๐–๐€ (๐‰๐Š๐๐๐…) ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ’
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

๐Ÿ—“๏ธ : ๐Ÿด ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.
๐Ÿ“Œ : ๐—”๐—ฑ๐˜†๐—ฎ ๐—›๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น, ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ถ.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ : ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐˜†๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐˜‡๐—ถ๐˜‡ @ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ, ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต (๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ), ๐—๐—”๐—ž๐—œ๐— .

๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ : ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ (๐—™๐—ฎ๐˜๐˜„๐—ฎ), ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) merupakan satu platform penyelarasan dan pengukuhan kerjasama antara institusi fatwa negeri - negeri seluruh Malaysia dalam aspek pengurusan serta pembangunan fatwa secara lebih sistematik dan bersepadu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah dirakamkan kepada seluruh jawatankuasa, urus setia, tenaga penggerak dan semua pihak yang telah memberikan komitmen serta sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat kali ke 14 ini.

Semoga segala usaha dan kesepaduan yang dibina melalui platform ini akan terus diperkukuh dan dipertingkatkan demi memartabatkan institusi kefatwaan di Malaysia seterusnya persada antarabangsa.


Address

Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047026333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman:

Shortcuts

Share