22/10/2026
๐ข PERHIMPUNAN PAGI JKN KEDAH EDISI OKTOBER 2026
Perhimpunan Pagi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Edisi Oktober 2026 telah berlangsung pada 22 Oktober 2026 bertempat di Wellness Centre, JKN Kedah dengan tema โMemanfaatkan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)โ.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), JKN Kedah telah diberi tanggungjawab sebagai penganjur bagi edisi kali ini.
Antara pengisian majlis termasuk tayangan montaj BKKM, pelancaran dan penyerahan Laporan Tahunan JKN Kedah 2025 serta penyampaian sijil (Inovasi, Penyelidikan dan Sukan KKM)
Majlis turut menyaksikan pelancaran Agen AI SafeBite Daily, iaitu Autonomous Agent yang mampu melaksanakan pelbagai tugasan dan menghasilkan bahan informasi keselamatan makanan menggunakan kecerdasan buatan (AI). Agen ini dibangunkan secara dalaman oleh BKKM, JKN Kedah sebagai inisiatif inovasi dalam penyampaian maklumat keselamatan makanan.
Semoga inisiatif ini dapat memperkukuh penggunaan teknologi AI demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.