KEADILAN Kedah

Directions Contact the organization

KEADILAN Kedah Facebook rasmi Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah

09/10/2026
09/10/2026

📢 *MAKLUMAN PENANGGUHAN HSN KEDAH 2026*

Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Taman Rekreasi Bandar Perdana, Sungai Petani adalah *DITANGGUHKAN* berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Keputusan ini dibuat demi mengutamakan keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Tarikh baharu penganjuran akan dimaklumkan kelak.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan kefahaman semua pihak.

09/10/2026

Semakan bacaan Sungai Petani pada 9 Oktober 2026 menunjukkan IPU 156 (Tidak Sihat).⚠️

Saya berpandangan bahawa semua aktiviti luar (outdoor) yang tidak penting, khususnya aktiviti sukan dan riadah, wajar ditangguhkan buat sementara waktu susulan keadaan jerebu yang dilaporkan semakin membimbangkan di Sungai Petani.

Kesihatan dan keselamatan orang ramai mesti menjadi keutamaan, terutama kanak-kanak, warga emas serta mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Saya juga menyeru pihak berkuasa agar terus memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan mengeluarkan nasihat serta maklumat terkini kepada masyarakat.

Jangan ambil mudah keadaan jerebu. Kurangkan aktiviti luar, elakkan senaman berat di kawasan terbuka dan utamakan kesihatan diri serta keluarga.

09/10/2026

Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Indonesia tangani jerebu.


09/10/2026

Insya-Allah petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.

Belanjawan MADANI kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah.

Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada jam 3.30 petang ini.




07/10/2026

Beberapa hari ini banyak perkara tentang keselamatan anak-anak kita dibangkitkan. Semuanya perlu kita dengar dan ambil serius.

Usaha memperkukuh keselamatan di sekolah tidak boleh dibuat oleh KPM sendirian. Sejak Oktober 2025, kita telah duduk semeja bersama UNICEF, SUHAKAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM, NUTP, PGBM, MPSM, Yayasan Chow Kit melalui Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan.

NIOSH turut dilibatkan dalam audit serta latihan keselamatan di sekolah.

Banyak perkara telah diteliti. Daripada pengurusan asrama, CCTV, peranan warden, pengurusan disiplin hinggalah kepada mekanisme pelaporan apabila berlaku sesuatu kejadian.

Kita tidak akan berhenti di sini. Selepas ini kita akan besarkan lagi meja ini. Tokoh dan pakar dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan kanak-kanak dan keselamatan akan kita bawa bersama untuk melihat apa lagi yang perlu diperbaiki.

Lebih banyak kepakaran dan perspektif akan kita dengar. Kita mahu setiap sudut diteliti supaya apa yang kurang dapat diperbaiki dan apa yang sudah berjalan dapat diperkukuh. Kerja ini akan terus kita lakukan.

Address

Lot 3860, Mukim T**i Gajah, Sekyen 2, Bandar Anak Bukit, Daerah Kota Setar
Alor Setar
06550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEADILAN Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KEADILAN Kedah:

Shortcuts

Share