10/10/2026
SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI KEDAH BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA AHAD, 11 OKTOBER 2026
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN Kedah) menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berhubung kepentingan memelihara keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.
π Status terkini: Sehingga jam 2.00 petang, 10 Oktober 2026, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua kawasan pemantauan di negeri Kedah direkodkan di bawah paras 100.
Sehubungan itu, semua institusi pendidikan di negeri Kedah akan beroperasi seperti biasa pada Ahad, 11 Oktober 2026, tertakluk kepada sebarang arahan terbaharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak berkuasa berkaitan.
Warga pendidikan, ibu bapa dan penjaga diminta untuk sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, mengikuti maklumat daripada saluran rasmi serta mengutamakan kesihatan dan keselamatan anak-anak.
JPN Kedah akan terus memantau perkembangan situasi jerebu dari semasa ke semasa demi memastikan kebajikan murid dan warga pendidikan sentiasa terpelihara.
Keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan kami.
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Kedah.