๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Masjid Zahir Negeri Kedah Darul Aman
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐๐๐๐ก, ๐๐๐ค๐ฐ๐๐ก, ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ก & ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐ง๐ข๐
โ๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐ฝ๐๐ค๐, ๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐๐๐ ๐ป๐๐ก๐โ
#masjidzahirmasjidkita
#masjidkitawarisandunia
#masjidzahirmasjiddiraja
01/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
ALOR SETAR, 30 Mei 2026 โ Program Ibadah Korban Masjid Negeri Masjid Zahir bagi Tahun 1447H/2026M telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 Zulhijjah 1447H bersamaan 30 Mei 2026 di Tapak Penyembelihan Masjid Negeri Masjid Zahir, Kedah Darul Aman.
Seawal jam 6.45 pagi, para peserta telah hadir bagi sesi pendaftaran sebelum program dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Shafie bin Haji Ibrahim , memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang pelaksanaan ibadah korban.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad, BCK, Imam Besar Masjid Negeri Masjid Zahir, yang menzahirkan rasa syukur atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan syiar Islam yang mulia ini.
Program turut disusuli dengan taklimat ringkas pelaksanaan ibadah korban yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhd Kamal Ariffin bin Haji Abdul Hamid , selaku Pengarah Program.
๐ 4 EKOR LEMBU DAN 1 EKOR KERBAU DISEMPURNAKAN
Sebanyak empat (4) ekor lembu dan satu (1) ekor kerbau telah disempurnakan penyembelihannya dalam suasana penuh tertib, mematuhi syariat serta semangat gotong-royong yang tinggi.
Penyembelihan haiwan korban telah dilaksanakan oleh:
โ
Lembu Korban Pertama โ Ustaz Muhd Kamal Ariffin bin Haji Abdul Hamid
โ
Lembu Korban Kedua โ Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad
โ
Lembu Korban Ketiga โ Ustaz Haji Shafie bin Haji Ibrahim
โ
Lembu Korban Keempat โ Ustaz Haji Mohd Farahi bin Mohd Jamil
โ
Kerbau Korban Kelima โ Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad
Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para petugas, peserta korban dan sukarelawan telah mempercepatkan proses melapah, menimbang serta mengagihkan daging korban kepada golongan yang berhak.
๐ค APM DAN RELA TURUT MEMBANTU KELANCARAN PROGRAM
Pihak Masjid Negeri Masjid Zahir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kedah yang telah membantu dari aspek keselamatan, kawalan dan pengurusan program sepanjang berlangsungnya ibadah korban tersebut.
Kehadiran kedua-dua agensi ini membuktikan semangat kebersamaan dalam memastikan program berjalan dengan lancar, selamat dan teratur.
๐ TAJAAN ISTIMEWA MAGGI UNTUK ASNAF DAN ORANG RAMAI
Menambahkan lagi kemeriahan program pada tahun ini, pihak MAGGI telah menaja "Kit MAGGI Beef Cube" yang diedarkan bersama daging korban kepada golongan asnaf, fakir miskin dalam kariah Masjid Negeri Masjid Zahir serta orang ramai yang hadir.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah menjadi simbol keprihatinan dan perkongsian rezeki sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan.
โค๏ธ KORBAN: IBADAH YANG MENYATUKAN UMMAH
Program Ibadah Korban Masjid Negeri Masjid Zahir tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, bahkan menjadi medan penyatuan masyarakat, memperkukuhkan ukhuwah Islamiah serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga segala amal ibadah, sumbangan dan pengorbanan para peserta korban diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
๐TAJUK KHUTBAH : "ADAB MEDIA SOSIAL : JANGAN SIA-SIAKAN PAHALA"
Solat & Khutbah Jumaat
Masjid Negeri Masjid Zahir
28/05/2026
ATURCARA PROGRAM
IBADAH KORBAN MASJID NEGERI MASJID ZAHIR TAHUN 1447H/2026M
30 MEI 2026 | 13 ZULHIJJAH 1447H (RABU)
27/05/2026
SULTAN KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H/2026M
โ
โRABU (27.05.2026)
โ
โALOR SETAR - Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M di Masjid Zahir di sini, hari ini.
โ
โKira-kira lebih 1,500 penduduk negeri Kedah dari pelbagai peringkat umur bersama Tuanku menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan diikuti bacaan khutbah yang bertajuk "Erti Pengorbanan" yang di imamkan oleh Imam Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad secara berjemaah bersama-sama Keluarga DiRaja Kedah, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
โ
โBerangkat hadir sama Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
โ
โHadir sama Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; M***i Negeri Kedah, Dato' Paduka Dr Syeikh Fadzil Awang dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
MAJLIS SOLAT SUNAT AIDIL ADHA TAHUN 1447H
26/05/2026
SALAM AIDILADHA 1447H/2026M
26/05/2026
25/05/2026
JOM ESOK KITA PUASA ARAFAH
Buleh share di medsos masing-masing, moga lebih ramai mendapat manfaat.๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Jalan Kampung
Alor Setar
05100
