AKRAB SUK KEDAH

AKRAB SUK KEDAH

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AKRAB SUK KEDAH, Government Organization, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Alor Setar.

Akrab adalah singkatan bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam, satu program di sektor awam Malaysia di mana pegawai dilantik untuk menjadi pembimbing rakan sekerja, bertindak sebagai perantara, pemberi sokongan psikologi, dan pemupuk budaya kerja positif

28/04/2026

Hari ini Temui Kami di Reruai AKRAB SUK KEDAH (Dewan Mentaloon Alor Setar, Kedah) sempena Seminar Psikologi

Photos from AKRAB SUK KEDAH's post 30/03/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 π€πŠπ‘π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π’π”πŠ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ π€πŠπ‘π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀

PULAU PINANG, 30 Mac 2026 (Isnin) – Delegasi AKRAB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penanda aras ke AKRAB Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA, hari ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Puan Sharhida Nazuha Saad, bersama Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Psikologi BPSM , Pengurusan Tertinggi Akrab serta ahli-ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat SUK Kedah.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Kedah dan pihak PERDA, khususnya dalam memperkukuh peranan AKRAB sebagai platform sokongan psikososial, pembangunan modal insan dan kesejahteraan warga perkhidmatan awam.

Delegasi telah disambut oleh Pengurus Besar PERDA yang juga merangkap Pengerusi AKRAB PERDA, Dato’ Mohd Asri Baharum @ Harun, bersama Timbalan Pengurus Besar PERDA, Encik Anuar Shahab.

Selain sesi kunjungan hormat dan perbincangan dua hala, delegasi turut dibawa melawat kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) PERDA Food Park di Kubang Menerong, Pulau Pinang bagi melihat sendiri perkembangan inisiatif pembangunan industri dan keusahawanan yang dilaksanakan oleh pihak PERDA.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan) BPSM, Encik Mohd Tarmizi Saad; Pegawai Psikologi merangkap Pegawai Penyelaras AKRAB SUK Kedah, Encik Mohd Hanizam Mansor; serta Penolong Setiausaha (Pembangunan Organisasi), Puan Noorhayati Md Soberi.

Lawatan penanda aras ini diharap dapat membuka ruang perkongsian amalan terbaik serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua organisasi demi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam.




30/03/2026

30 Mac 2026
Lawatan Penanda Aras ke AKRAB PERDA
(Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang)

20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 1447𝐇/2026𝐌

Salam Aidilfitri yang penuh keberkatan kami titipkan buat semua warga kerja dan rakan-rakan yang dihormati.

Di kesempatan yang mulia ini, kami dari Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-Ahli AKRAB SUK Kedah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Semoga Syawal yang menjelma membawa sinar kebahagiaan, mempereratkan silaturahim, serta menyemai semangat kebersamaan dalam kita meneruskan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan integriti.

πŸŒ™ Salam Aidilfitri, ikhlas daripada kami semua πŸŒ™

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Alor Setar
05503