25/01/2026
Perancangan aktiviti tersebut adalah selaras dengan objektif AKRAB untuk memperkukuh jaringan sokongan rakan sekerja, meningkatkan kesejahteraan emosi di tempat kerja serta membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, produktif dan berdaya tahan.
16/01/2026
πSalam Israk dan Mikraj 1447H / 17 Januari 2026π
Kami mengucapkan Salam Israk dan Mikraj kepada seluruh rakyat Malaysia. Peristiwa agung ini mengingatkan kita tentang keimanan, disiplin, dan tanggungjawab, serta menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan, integriti, dan dedikasi dalam setiap perkhidmatan dan usaha.
Semoga penghayatan hikmah Israk dan Mikraj menyemarakkan nilai ihsan, kerjasama, dan komitmen dalam kehidupan seharian.
Ikhlas daripada :
Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli AKRAB
13/01/2026
Semoga kita semua menghargai waktu yang ada π
11/01/2026
Sepanjang tahun 2025, pelbagai program berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan di bawah inisiatif AKRAB SUK Kedah - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan psikososial serta profesionalisme penjawat awam.
π Antara program utama yang telah dilaksanakan ialah:
πΉ Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Singkir Genting, Yan melibatkan aktiviti Ziarah Kasih dan Gotong-Royong sebagai manifestasi keprihatinan sosial serta semangat kebersamaan dalam komuniti.
πΉ Program Peningkatan Profesional Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Sedim Riverside Resort, Kulim anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bagi memperkasa kompetensi, kemahiran bimbingan serta peranan rakan pembimbing dalam perkhidmatan awam.
πΉ Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 Tahun 2025 berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang psikologi perkhidmatan awam di peringkat kebangsaan.
β¨ Semoga pelaksanaan program-program ini terus memberi manfaat dan impak positif kepada warga perkhidmatan awam serta masyarakat.
11/01/2026
Selamat datang ke Laman Rasmi AKRAB SUK KEDAH-
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH