UMNOCawanganUkay

UMNOCawanganUkay

Share

UMNO Ukay, sebuah parti politik yg bermesyuarat penubuhan pada 11hb Jun. Bersatu.Bersetia.Berkhidmat.

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 7 Jun ini 28/05/2024

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN ZULHIJJAH BAGI TAHUN INI DITETAPKAN PADA PETANG JUMAAT, 7 JUN.

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah 7 Jun Ini.

28 Mei 2024 02:37pm

PUTRAJAYA - Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah (Hari Raya Korban) yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam 7 Jun melalui radio dan televisyen.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Jumaat, 7 Jun 2024 Masehi, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijriah.

"Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab,” menurut kenyataan itu.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi di Kedah ialah di Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar, manakala di Terengganu p**a di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.

Di Kelantan lokasinya p**a ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah di Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.

Lokasi melihat anak bulan di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; dan Menara Kuantan 188.

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. - Bernama

sumber: Sinar Harian

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 7 Jun ini PUTRAJAYA - Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi di seluruh...

28/05/2024

Selamat Menyambut HARI WARTAWAN NASIONAL 2024.

28/05/2024

FENOMENA ISTIWA A'DZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT

Pada 27 Mei 2024, Isnin bersamaan 18 Zulkaedah 1445H - 5:18 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A'dzam.

Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my)

Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.

(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).

sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

04/05/2024

Persidangan Cawangan UMNO 2024 selesai.

Alhamdulillah, Sayap Pemuda selesai bersidang, Sayap Wanita selesai bersidang... dan Cawangan Ukay turut selesai bersidang.

Persidangan bermula pada jam 9:00 malam dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:05 malam.

Beberapa wakil UMNO Bahagian Ampang telah hadir untuk mengesahkan Persidangan kali ini, terima kasih kepada wakil dari UMNO Ampang dan ahli-ahli yang hadir menjayakan persidangan ini.

Segalanya dipermudahkan Allah SWT, insyaAllah.

01/05/2024

PASeDAP

01/05/2024
25/04/2024

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, BEKAS PERDANA MENTERI, ADALAH ANTARA INDIVIDU YANG DISIASAT SPRM BERHUBUNG ISU PENGISYTIHARAN HARTA.

Isytihar Harta: Tun M Antara Individu Yang Disiasat SPRM.

Sinar Harian
25/04/2024 15:40 MYT

GUA MUSANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

"Saya tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, tentang apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.

"Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di sini, hari ini.

sumber: Astro AWANI

24/04/2024

PN GANTI UMNO... Kenyataan Jauh Panggang Dari Api.

"Tiada keperluan untuk Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah PN adalah kerajaan terbaik. Ini adalah salah satu kenyataan yang jauh panggang dari api dan tidak mengukur baju di badan sendiri. Rakyat dapat menilai rekod-rekod perkhidmatan yang telah dibuat oleh kerajan PN ketika memerintah Malaysia pada suatu masa dahulu."

Ruzaini Rais
Ketua UMNO Bahagian Padang Besar

sumber: UMNO Online

23/04/2024

MEMPERKUKUH PERPADUAN, MEMPERKASA KESATUAN

Kita bakal menghadapi Pilihan Raya Kecil N.06 DUN Kuala Kubu Baharu, fokus dan tekad kita adalah memastikan kemenangan siapa jua calon Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan nanti.

Ini bagi memastikan aspirasi Malaysia Madani dapat terus diperhebatkan dan kerjasama yang terbina ini terus berkekalan. Adat berkawan biarlah ada keikhlasan. Adat bekerjasama biarlah ada kesungguhan.

Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Tmbalan Perdana Menteri Malaysia
Pengerusi Barisan Nasional

sumber: UMNO Online

Senarai 10 mangsa korban nahas helikopter TLDM 23/04/2024

Al-fatihah... 😭😭😭

Senarai 10 mangsa korban nahas helikopter TLDM KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkongsi gambar 10 mangsa korban kejadian dua buah helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa. TLDM dalam...

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Taman Ukay Perdana
Ampang
68000