AMK Ampang - Harapan Baharu

AMK Ampang - Harapan Baharu

Share

Akaun rasmi
AMK Cabang Ampang - Harapan Baharu
HARAPAN BAHARU [ ✘ ]

15/03/2022

15 Mac 2022

PEMILIHAN KEADILAN 2022

Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri pilihanraya negeri. Setiap kali KEADILAN dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan, selain dari menyalahkan sesama sendiri, sehingga kini belum nampak strategi yang berlainan untuk menambat kembali hati rakyat.

Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/Barisan Nasional. Terbaru, saya dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Walaupun tidak ada tanda-tanda pun pendekatan “khemah besar” ini mendatangkan sebarang hasil setakat ini, ia kekal menjadi satu-satunya jalan yang difikirkan pimpinan Pakatan Harapan seolah-olah keseluruhan pimpinan Pakatan Harapan sudah mati akal untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

KEADILAN dan Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana isu-isu yang dibawa ketika itu dekat dengan rakyat. Rakyat memahami kesan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika itu kepada kehidupan seharian dan masa depan mereka. Rakyat juga tertarik dengan beberapa penyelesaian yang dibawa untuk merungkai masalah ekonomi yang dihadapi.

Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas PRU14 meyakinkan sebahagian rakyat (terutamanya pengundi atas pagar) bahawa pertelingkahan politik di peringkat pimpinan negara hanyalah berkisar kepada agihan kuasa sesama mereka. Baik dari gabungan politik mana pun yang berkuasa, akhirnya kehidupan mereka tidak akan berubah. Yang berubah hanyalah siapa yang menjadi menteri dan mendapat keistimewaan yang datang dengan kedudukan.

Sebab itu UMNO/Barisan Nasional boleh menang bergaya sedangkan sokongan rakyat di peti undi tidak banyak berubah sejak 2018. Dalam keadaan sebahagian besar pengundi atas pagar merasakan KEADILAN dan Pakatan Harapan sudah tidak ada beza dengan UMNO/Barisan Nasional atau Perikatan Nasional, sebahagian besar dari mereka mengalami kelesuan politik. Mereka mual dengan isu politik kerana tiada perbezaan ketara dari gabungan-gabungan politik.

Kelesuan politik ini juga berpunca dari pelbagai taktik yang dibawa gagasan-gagasan politik untuk mendapat kuasa selepas PRU14.

Di peringkat Persekutuan, UMNO dan BERSATU boleh berkongsi kuasa tetapi memaki hamun sesama sendiri di luar. PAS boleh mendakap UMNO demi kuasa (walaupun bermusuh sekian lama), kemudian memaki hamun kembali juga disebabkan kuasa. KEADILAN boleh dimainkan hidup-hidup oleh helah UMNO konon untuk menyokong calon KEADILAN menjadi Perdana Menteri, seolah-olah KEADILAN tidak kenal siapa UMNO. DAP menyatakan pengkhianatan BERSATU meruntuhkan mandat rakyat, tetapi DAP juga yang menjadi broker persefahaman MOU untuk mengekalkan Perdana Menteri dari BERSATU (seterusnya bersambung dengan Perdana Menteri dari UMNO).

Terkini, pandangan terbaru ialah supaya Pakatan Harapan mencari jalan bekerjasama p**a dengan Perikatan Nasional.

Di mata ahli-ahli politik ini adalah strategi demi meningkatkan peluang memenangi pilihanraya. Di mata rakyat biasa, politik Malaysia sudah menjadi drama Keluarga 69 seperti yang dinukilkan Allahyarham P Ramlee dahulu.

Saya memang kurang minat dengan politik sejak dari kecil. Saya tidak bercita-cita menerima jawatan awam kerana ia satu tanggungjawab. Jika kita tidak yakin boleh memikul sesuatu amanah, lebih baik kita beri laluan kepada orang lain.

Sejak 2019, saya telah menyuarakan pandangan yang tidak bersetuju dengan kegilaan membentuk gabungan (dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sentimen rakyat) demi untuk mendapat kuasa. Suara saya menjadi suara minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN, apatah lagi di kalangan Pakatan Harapan.

Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju. Jika saya kekal, maka saya perlu menyokong keputusan itu. Jika saya tidak menyokong, saya tidak boleh kekal menjadi sebahagian dari pimpinan. Ini adalah asas utama prinsip pertanggungjawaban (“accountability”).

Sebab itu, saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara. Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran Pakatan Harapan dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat).

Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaasuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan KEADILAN dan Pakatan Harapan dari rakyat. Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi.

Saya terus mendapat desakan dari pendukung KEADILAN dan Pakatan Harapan dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik. Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga KEADILAN dan Pakatan Harapan nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika KEADILAN dan Pakatan Harapan ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat. Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian-penyelesaian yang masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Usaha menambat hati rakyat seperti ini lebih memenatkan berbanding berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik. Sebab itu saya faham kenapa lebih mudah untuk memilih jalan bergabung politik dari menambat hati rakyat.

Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas UMNO/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Saya menganggotai KEADILAN sejak 1999 kerana saya yakin masa depan Malaysia adalah satu masa depan yang progresif, berbilang bangsa dengan citra idea yang pelbagai. Sumbangan saya dalam menubuhkan Pakatan Harapan dalam tahun 2015 bukanlah semata-mata demi kemenangan dalam pilihanraya, saya bertekad memastikan politik progresif pelbagai bangsa di negara ini dapat dipertahankan ketika itu.

Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika KEADILAN dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang.

RAFIZI RAMLI
Mantan Ahli Parlimen Pandan

08/03/2022

[ENGLISH BELOW]
`
Ayuh pengundi anak muda Keadilan di seluruh kawasan Ampang.

Anak muda penentu masa hadapan Ampang.

Anak muda Angkatan Muda Keadilan - Harapan Baharu boleh membawa perubahan yang baik, inklusif dan efektif ke Ampang.

Minat? Sertai melalui https://bit.ly/amkampang

---

Calling up all Keadilan Youths eligible to vote in Ampang.

The youths determine the future of Ampang.

The youth wing led by Angkatan Muda Keadilan - Harapan Baharu can bring about good, inclusive and effective change to Ampang.

If you are interested in the work we do, join us now via https://bit.ly/amkampang

31/01/2022

Siaran langsung malam ini

Forum Jalan Terus
Apa Anak Muda Mahu?
Tarikh : 31/1/2022 (Isnin)
Masa : 8.30 malam

Pendapat, luahan serta sudut pandang anak muda sering berlegar-legar di media sosial. Suara anak muda ini wajar diambil serius untuk membina masa depan negara. Jadi sebenarnya, apa yang anak muda mahukan?

Ikuti kupasan dari tiga panel anak muda dalam siri Forum Jalan Terus kali ini.

Forum Jalan Terus
Apa Anak Muda Mahu?

Tarikh : 31/1/2022 (Isnin)
Masa : 8.30 malam

Panelis:
1. Sdra Farhan Amran, Jurucakap
2. Sdri Dharshinee Suresh Kumar, Timbalan Presiden Mahasiswa Keadilan
3. Sdra Fahmi Zainol, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang

Moderator:
Sdra Haziq Azfar, Pengerusi Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan

Photos from AMK Ampang - Harapan Baharu's post 31/01/2022

30 Januari 2022- Setiawangsa.

Seramai 480 pemain dari 32 pasukan bola baling yang telah berentap selama dua hari bagi Kejohanan Bola Baling bawah 18 tahun kategori lelaki dan perempuan bermula 29 sehingga 30 Januari 2022, di Kompleks Sukan Setiawangsa untuk merebut kejuaraan Piala Daing Muhammad Reduan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta yang mengambil bahagian. Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Bola Baling Selangor Darul Ehsan yang berkerjasama bagi menjayakan program pada hari ini.

Semoga kejohanan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang supaya dapat mencungkil bakat-bakat baru didalam arena Bola Baling di Malaysia .

24/01/2022

Kenyataan Media
22 Januari 2022

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas amanah diberikan kepada Dr. Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) serta Sdr Manivanan a/l Gowindasamy sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengelola perjalanan Pemilihan Parti.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah memuktamadkan untuk mengadakan pemilihan parti bagi pemegang jawatan 2022-2025 bermula 22 April 2022 sehingga 29 April 2022. Tempoh pencalonan akan diadakan pada 11 Mac 2022 sehingga 19 Mac 2022.

Untuk memastikan proses pengundian lancar semua anggota parti diminta untuk membuat semakan status keanggotaan melalui laman web keanggotaan https://semakan.keadilanrakyat.org

Senarai anggota untuk pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) perlu mendaftar selewatnya pada 31 Januari 2022.

MPP turut menetapkan kesemua Cabang KEADILAN di seluruh negeri hendaklah mengadakan MATC bermula dari 4 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2022. Disusuli dengan Kongres Nasional yang akan diadakan pada 10,11 & 12 Jun 2022.

Segala ketetapan ini bagi memastikan perjalanan parti terpelihara selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

09/01/2022

KONVOI PROTES SELAMATKAN SPRM DI PUTRAJAYA, ISNIN JAM 10 PAGI

Integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib dipertahankan.

Namun, pendirian Perdana Menteri semalam adalah mendukacitakan dan seolah-olah tiada kesungguhan untuk mengatasi krisis SPRM.

Bagi menzahirkan usaha menyelamatkan institusi SPRM, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan berkonvoi ke Putrajaya esok seperti berikut:-

Dataran Putrajaya
10 pagi
Isnin, 10 Januari 2022

Rakan-rakan, pihak wartawan dan media dijemput bersama.

Sekian, terima kasih.



29/12/2021

Kenyataan Media 29 Dis 2021

Pertimbangkan Rebat Bil Utiliti dan Pengecualian Cukai Pintu bagi Meringankan Beban Mangsa Banjir

1. Mengambil kira impak kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara, rebat utiliti atau pengecualian bayaran di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) wajar dipertimbangkan oleh pembekal - pembekal perkhidmatan ini.

2. Saya mencadangkan agar rebat bil air dan elektrik sebanyak RM200 diberikan kepada mangsa banjir yang memiliki rumah, RM500 kepada mangsa banjir yang memiliki lot kedai atau rumah kedai dan RM1500 kepada pemilik-pemilik kilang.

3. Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar percuma diberikan oleh pembekal perkhidmatan kepada mangsa banjir selama tiga bulan. Saya juga mencadang bahawa kerajaan negeri boleh mempertimbangkan untuk mengecualikan cukai pintu premis mangsa banjir selama 6 bulan.

4. Pengecualian dan rebat bil ini hanyalah bantuan kewangan yang kecil berbanding dengan kerugian besar ratusan ribu yang dialami oleh orang ramai, para pengusaha dan peniaga akibat kerugian daripada kemusnahan perabot dan kelengkapan kerana banjir.

5. Oleh itu, agensi kerajaan dan sektor swasta digesa agar membantu untuk meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa-masa getir ini. Ibarat kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ampang
68000